Kena jaga anak lagi....,
Semenjak kebelakangan ini ligat benar isterinya itu. Ke mana saja pergi tidak langsung memberitahunya. Johan pula, demi hendak meraih semula kemaafan isterinya, dia rela begitu sahaja.
"Aril, tidurlah..." ucap Johan sambil menguap. Sudah letih. Anak lelakinya masih segar-bugar. Sekejap meniarap, sekejap terlentang pula. Susu sudah sebotol dihentamnya. Tidurnya tidak juga. Sehingga tersengguk-sengguk Johan mendodoikan Zairyl.
Terlelap seketika, Johan tersedar yang anaknya sudah turun dari katil. Lekas-lekas dia bangun mendapatkan anak itu semula.
"Tidurlah! Kenapa tak mahu tidur ni?" marah Johan, mula terbeban dengan kerenah sang anak. Anak kecil itu dibawa ke dalam dakapannya, tetapi Zairyl sibuk menggesel-geselkan wajah ke dada daddynya. Anak itu menyelak baju Johan. Bibirnya tetap disua ke dada daddynya itu.
"Mummy aja ada buah dada besar. Daddy tiada," ucap Johan perlahan. Namun setelah dibiarkan perbuatan anaknya, Zairyl makin tidak tenteram.
"Apa ni? Aril..." tegur Johan. Sudahnya anak itu mengaruk pula kerana tidak dapat apa yang dihajatkan.
"Yalah.,,, yalah... mari baring dengan daddy ya? Sayang hero daddy ni," pujuk Johan.
YOU ARE READING
Curangla Lagi 2
RomansaCurang? Perkataan itu pantang bagi semua isteri atas dunia ini. Begitu juga dengan Azlyn. Ketika di kemuncak bahagia, dia diuji dengan kecurangan suaminya Johan. Johan telah membuat hubungan dengan gadis muda di pejabatnya. Sebagai perempuan, sudah...