Setelah 4 hari di Dubai barulah wanita itu dapat menjejakkan kaki semula ke tanah air. Kepulangannya hari ini tidak diberitahu kepada Johan dan dia juga sebenarnya enggan menyusahkan suaminya untuk menjemputnya malam-malam begini. Sedar semenjak beberapa hari yang lalu hubungannya dengan Johan jadi terlalu dingin. Panggilannya langsung tidak dijawab suaminya. Mungkin Johan masih bengang dengannya.Biarlah, kalau Johan sendiri tidak mahu mengerti dengan keadaan dirinya. Lantaklah! Tetapi dalam keadaan begitu pun, malam semalam ketika dia menghubungi rumah untuk bercakap dengan kedua-dua anak perempuannya, pembantu rumahnya berkata mereka bertiga keluar sejak selepas maghrib.
''Eleh! Dalam marah-marah tu pun boleh lagi jumpa kawan-kawan dia....' desis hati Lyn sendiri.
Dalam perjalanan pulang, telefon bimbitnya yang dimatikan semenjak beberapa jam tadi dihidupkan semula. Tertera beberapa panggilan masuk yang tidak dijawabnya. Paling banyak sudah tentulah daripada suaminya. Melihat panggilan terakhir daripada Johan dibuat kira-kira 3 jam yang lalu, Lyn segera menghubungi semula suaminya.
''Hmm... kenapa offkan phone? Tak cukup-cukup lagi Pak Arab tu nak mengacau bini orang? Tahulah Pak Arab tu tiada bini. Yang bini orang tu pun... ingatlah sikit ada suami yang menunggu dekat rumah ini. Walaupun Pak Arab itu penting sangat berbanding suami, at least on your phone supaya senang nak dicari!'' keras nada suara Johan menampar gegendang telinga Lyn. Turut menampar kesabaran wanita itu.
''Yang abang ni tak habis-habis nak marah Lyn ni kenapa? Dah buang tabiat ke apa? Tak boleh cakap elok-elok?'' Lyn membalas geram. Sakit hatinya. Bercakap main sedap tembak aja! Sentiasa mahu menegakkan ego. Sedangkan dia sudah meminta maaf berkali-kali. Masakan hal seperti ini mahu diperbesarkan sampai ke anak cucu?
''Aik? Terasa pulak ke? Cakap macam itu pun nak marah?'' sindir Johan tajam.
''Malaslah nak layan abang ini. Keras kepala tak bertempat. Untuk pengetahuan abang, Lyn dah sampai KL dan Lyn matikan telefon dalam flight balik ke KL untuk suami dan anak-anak. Bukannya melayan Pak Arab macam yang abang sangka itu! Kalau abang tak mahu faham Lyn, it's okey. Tapi janganlah bercakap ikut sedap mulut sebelum tanya situasi orang dulu, ada faham ka?'' tempelek Lyn agak keras.
Johan spontan terdiam mendengarkan itu.
''Alamak, dia dah sampai KL,'' desis hati Johan sekadar dalam hati. Jantungnya berdetak hebat. Menyedari dia sudah tersalah sangka mulalah perasaaannya jadi libang-libu saat ini.
''Err... sa.... sayang dah sampai KL? Kenapa tak call abang?'' Mulalah nadanya berubah tidak tentu hala. Tergagap-gagap dia mahu memperbetulkan keadaan. Kesal benar kerana bercakap mengikut sedap mulut.
''Alahai.... karang merajuk tak dapatlah aku peluk dia,'' bisik hati Johan sendiri.
''Yes, I've just arrived! Lyn tak call sebab abang pun macam dah tak berminat nak jawab call daripada Lyn. Ada lagi kata-kata yang menyakitkan hati yang nak disampaikan? Because I'm running out of time! Lyn nak balik cepat nak tengok a ak-anak dan suami yang suka sangat merajuk sekarang ini. Lyn bukannya jenis isteri yang tak bertanggungjawab walaupun ada orang itu dia memang tak pernah faham betapa beratnya beban yang ada atas bahu ni,''sindir Lyn geram.
Kelat liur Johan rasakan saat itu. Berdesing telinganya dengan sindiran demi sindiran. Itulah.... smash lagi tak tentu pasal. Kan dah kena balik!
''Oh! I'm sorry, sayang. Abang salah cakap tadi. Sayang tunggu sana, abang datang ambil.'' Johan segera menawarkan diri untuk menjemput sebagai tanda mahu memujuk.
''No, thanks! I Penat sangat dan I malas nak tunggu lagi. I boleh naik airport limo aja. See you soon.'' Talian itu terus dimatikan Lyn. Puas hatinya setelah meluahkan pula kesakitan hatinya yang telah disimpan semenjak beberapa hari yang lalu.
YOU ARE READING
Curangla Lagi 2
RomantizmCurang? Perkataan itu pantang bagi semua isteri atas dunia ini. Begitu juga dengan Azlyn. Ketika di kemuncak bahagia, dia diuji dengan kecurangan suaminya Johan. Johan telah membuat hubungan dengan gadis muda di pejabatnya. Sebagai perempuan, sudah...