BAB 1

96 18 35
                                    

(Sila vote dan komen, selamat membaca! (ノ^_^)ノ)

(Sila vote dan komen, selamat membaca! (ノ^_^)ノ)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

═════ஜBAB 1ஜ═════

"Aduh!" aku meringis kesakitan lalu aku membuka mata. Badan aku terasa seperti di hempas akan sesuatu yang sangat keras. Apabila aku membuka mata yang pertama aku nampak ialah sinar matahari yang terang menyapa.

Aku menutup mata menggunakan tangan aku supaya boleh dilindungi daripada sinar matahari terang mengalahkan cahaya ilahi. "Tasia..." Sayup - sayup aku mendengar suara itu.

mak aik, ada setan berbisik kah? fikirku. kejap telinga aku macam masuk airlah. Aku cuba keluarkan air di telinga ku itu. Saat berjaya keluarkan air di telinga, mata aku pula meliar sekeliling. Seketika terperanjat saat satu lelaki asing berada depan mata aku.

Dia hanya tersenyum melihat kelakuan aku tadi- eh...? Jap, jadi dia lah yang panggil dari tadi tu eh? aku tengok baju lelaki itu. Baju putih dan seluar hitam. Dia juga pakai rantai.

rambut hitam yang serabai namun masih lagi nampak kacak. Dia juga nampak basah. Aku heran. Aku pun rasa diri aku basah. Macam berat pun ada.

Sekali lagi mata aku meliar di segala arah. Tumbuh - tumbuhan, awan biru dan angin kuat. Kenapa aku rasa macam di dunia lain? tapi kenapa aku tak boleh ingat kenapa aku boleh sampai ke sini?

Takkan aku hilang ingatan macam dalam drama - drama dekat televisyen tu? "tasia?" sekali lagi lelaki itu memanggil dia lalu sambung perkataannya itu. "Kenapa dengan tasia ni? tasia seperti kebingungan."

Dia mari dengan slang europe dia sobat. "Uh... Saya ke?" tiba - tiba aku bersuara. Eh kenapa aku ada slang juga ni? aih pelik lah aku. Lelaki itu nampak pelik melihat kelakuan aku. Iyalah mestilah dia hairan kenapa dengan aku ni.

Dia tanya dengan kita, kita tanya dia balik. Aduh ni b*ngang jenis apa? b*doh ke? eh sudahlah terlampau tengok toktok ni. Aku fokus kembali pada lelaki di hadapan aku ini.

"Tak apa tasia, mesti awak bingung dengan keadaan sekarang setelah terjun dari sungai yang dalamkan?" terperanjat aku dengar dia boleh baca fikiran aku ke? eh tapi dia asyik - asyik panggil aku 'tasia' siapa 'tasia'?

Aku memandang matanya. Masih bingung dengan situasi terkini. Lelaki itu hanya menghela nafasnya. "Ryan rasa... Tasia terhantuk batu besar saat tasia terjun ke sungai dalam untuk bersembunyi dari 𝗱𝗶𝗮."

Aku hanya menganggukkan kepala. Entah kenapa hati aku rasa bergetar semacam saat lelaki ini sebut si 𝗱𝗶𝗮 ni. Siapa tu? aduh pening kepala lah! aku nampak lelaki itu berdiri dan menghulurkan tangannya ke arah aku. "jom tasia." Ucapnya lalu dia berjalan dulu selepas tolong aku berdiri.

aku berjalan ikut rentak kakinya. Aku melihat busana yang aku sedang pakai sekarang ni. aku sedang pakai gaun panjang berwarna putih namun ia kotor mungkin terkena dengan tanah.

The Fate Is YoursWhere stories live. Discover now