(sila vote dan komen, selamat membaca (ノ^_^)ノ)
═════ஜBAB 11ஜ═════
Kelopak mata aku terbuka luas dan mata aku mula perhatikan sekeliling. Nampaknya sekarang aku telah berada di kampung. Siapa yang pungut aku hingga aku tersasar ke sini? aduh badan aku sakit. Aku melihat badan aku penuh dengan daun herba dan balutan kain.
Dawai besi yang terikat di tangan aku sebelumnya sudah terbuka. Namun kedua - dua pergelangan tangan aku terasa begitu lemah. Sesaat aku sedar apa yang terjadi. Erez meninggal dunia lalu... Apa yang terjadi dengan anastasia?
"Anastasia!" aku tak perasaan aku sedikit menjerit. Aku pun sedar yang anatasia harus di selamatkan dari bahaya. Bilik yang aku huni sekaranh ini sangat gelap dan tak bercahaya. Saat aku ingin bangun dari katil dan berdiri. Tiba - tiba ada seseorang membukakan tingkap yang di perbuat dari kayu itu.
Seketika ruangannya nampak dengan jelas saat cahaya matahari yang menyilaukan mata itu masuk keruangan gelap ini tadi. Aku pun memandang orang yang sudah menyelamatkan aku itu.
Dia seorang lelaki yang nampak paruh baya...? uhm... tidak tahulah badannya begitu sado dan rambut hitamnya panjang miliknua yang sedikit memutih itu di ikat. Dia memiliki jambang dan mukanya agak tegas.
Hanya sahaja dahi kirinya mempunyai parut besar hingga ke dagu, adakah dia ini seorang ketua penyamun, pahlawan atau apa? seketika jiwa lelaki aku sedikit goyah. Mak anak mu jumpa dengan lelaki seram melebihi ayah, mak.
Mata hitam pekatnya itu memandang mata aku. Ia sangatlah tajam dan menusuk jiwa. Berbeza dengan theo yang tajam dan tidak mempunyai perasaan. Pakcik ini mempunyai aura yang begitu intimidasi. Aku rasa dia lebih kejam dari-
"Kenapa pandang saya begitu anak muda?" Suara garau terdengar kasar dan dingin menerpa telinga ku. Aku yang sedikit panik memegang dada ku yang tiba - tiba sakit saat aku berdiri itu. "Anak muda, kau harus duduk, berehat." Nasihatnya sambil duduk bersila di lantai.
Aku hanya menatapnya sesudah aku menenangkan diri sendiri. Aku pun duduk di katil kecil nan empuk di mana aku berbaring tadi. Aku pun membuka mulut untuk bertanya pada pakcik ini. "Bagaimana saya boleh berada di sini pakcik?" itu pertanyaan pertama aku lontarkan.
Pakcik itu hanya diam seketika lalu menjawab. "Kamu tidak sedarkan diri di dekat tengah - tengah padang. Kamu di pokok arah sambil merangkak dan gumam yang tak begitu jelas." Ucap pakcik tersebut membuat aku terkejut.
Hah, biar betul!? aku pun mula berfikir. iyakah? Mata aku yang suram mula bertambah suram. Mungkin sebab aku terlalu sedih dan terkejut berat dengan apa yang terjadi pada erez yang meninggal... Anastasia dalam bahaya dan aku lah... Puncanya.
Mengetahui bahawa aku sedang duduk diam dan bersedih, pakcik itu bersuara lagi. "Nama anak muda?" Dia bertanya kepadaku dan lantas aku memandang kearahnya. "Ryan..." Jawab aku lada pakcik itu. Sengaja aku tidak menyebut nama penuh aku. Walaupun aku tahu pakcik tu tidaklah bodoh.
YOU ARE READING
The Fate Is Yours
Romance"Kau yang di takdirkan untuk hidup namun memilih untuk mati, sementara aku ditakdirkan mati lebih memilih untuk meneruskan hidup, layakkah aku menentukan takdirmu?"- miciela Miciela aeries, seorang wanita yang tiba - tiba terbangun di zaman kerajaan...