BAB 12

40 5 14
                                    

(Sila vote dan komen, selamat membaca! (ノ^_^)ノ)

(Sila vote dan komen, selamat membaca! (ノ^_^)ノ)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

═════ஜBAB 12ஜ═════

Di sisi lain, miciela hanya duduk diam di sofa lembut itu. Dia hanya diam sambil berfikir patutkah dia larikan diri sahaja dari sini? Fikirnya. Tapi dia hendak pergi ke mana? Lagipula dia masih belum terbiasa dengan dunia ini.

Apalagi sudah 3 hari dia berada di sini. Theo pula sudah pergi untuk melaksanakan tugasnya sebagai seorang raja. Dia bahkan hantar para pengawal untuk menjaga miciela di sini. Serta memiliki pembantu rumah peribadi.

Dia berdiri dan berjalan ke hulur ke hilir, mencari - cara. 'sekarang ryan macam mana? Aku nak buat apa sekarang ni?' Fikir miciela lagi, namun satu pun tak ada yang masuk dalam fikirannya apa yang dia ingin buat selepas ini.

Miciela pun duduk diam disitu sambil melihat bilik theo. Bilik kemas dan rapi. Ia sangatlah wangi. Seperti bunga ros. Miciela menghela nafas 'apalah nasib kau miciela.' Fikirnya lagi. Matanya meliar lagi. 'Aku harus cari tahu kenapa aku berada di sini dan apa yang anastasia ingin aku lakukan untuknya.'

'Dalam memori anastasia, dia ingin seseorang tunaikan hajatnya yang terdalam, yang dia ingin sesungguhnya, meskipun pengakhirannya yang bahagia walaupun itu bukanlah dirinya. Lalu permata unggu itu.. Sama ada aku adalah belahan jiwanya atau yang lain.'

'Tapi tidak mungkin aku adalah belahan jiwa Anastasia, sebab aku sendiri tidak tahu kenapa aku di sini, semua jawapan yang sebenarnya ialah anastasia itu sendiri.' Muka miciela tegang dan serius. Dia tidak tahu apa lagi yang harus dia buat.

Dia tidak tahu bagaimana hubungan ryan dan anastasia atau anastasia dengan theo. Pasal anastasia juga dia tidak tahu, semua ingatannya membuat otak miciela bercelaru. Banyak lagi dia belum selesaikan teka teki. Pertama kenapa dia boleh ada di sini.

Kedua, apa kaitannya anastasia dengan dirinya. Ketiga, apa yang anastasia inginkan darinya. Keempat, jika mimpi anastasia yang mati di tangan seseorang itu adalah kehidupan sebelumnya, jadi kehidupan sekarang? Permata itu pula?

Theo dan ryan? Banyak lagi soalan - soalan yang belum di jawab, bunga ros biru itu lagi serta buku bunga ros biru yang tiba - tiba hilang itu. Tiba - tiba miciela ingat akan sesuatu, iaitu kehidupan zaman modennya, dia telah lupa seperti amnesia kerana ingatan anastasia dan miciela bersatu.

Miciela berfikir hingga tak sedar bunyi ketukan banyak kali di pintu, membuat dia tersedar. Matanya mengalih ke arah pintu itu. "Yang mulia pemaisuri, patik adalah suruhan yang mulia raja theo, nama patik adalah esme, patik akan jadi yang mulia pemaisuri pembantu peribadi."

Terdengar suara gadis di balik pintu itu, terdengar muda dan sopan, miciela hanya mengiyakan saja. "Masuk" ucapnya dan pembantu itu lantas masuk, pembantu dengan rambut pendek, dia melihat ke arah miciela dan menunduk sedikit lalu menegakkan badannya.

Dia meletakkan dulang yang berisi makanan untuk tengah hari, 'oh sudah tengah hari rupanya? Tadi serasa masih pagi. Selepas theo keluar tadi, esme datang memberi sarapan.' Miciela hanya memerhatikan gerak - geri gadis di hadapannya ini.

'Entah kenapa aku rasa deja vu.' Miciela menatap esme saat esme sudah hidangkan semua lauk pauk di situ. Dia pun merasakan makanan itu. Kepala esme mengangguk pelan kerana makanan itu selamat. "Makanan selamat untuk di makan." Ucap esme membuat miciela mengelengkan kepalanya.

Sampai macam tu sekali theo waspada dengan sekeliling? miciela makan dan esme hanya berlalu pergi untuk berapa jam, dia menunggu di luar bersama para pengawal yang lain. Miciela hanya makan makanan yang di hidangkan, saat miciela terbatuk - batuk. Ingatan tak terduga muncul.

-------------------------------------------------------------------

Aku terbatuk dan lemah tak berdaya di lantai, aku melihat wanita itu. Wanita yang aku hormati dan mempercayai dirinya . Tapi Dia lakukan begini kerana rasa iri hati. Tatapannya yang sinis dan kejam setelah melihat aku tersiksa.

"Aku fikir kau kebal dengan racun, tapi rupa - rupanya lemah, ayah kau tak pernah ajar ke? Oh lupa ayah kau dah mampus!" Dia tertawa keras yang terdengar nyaring di telinga ku.

Mestilah aku pernah di ajar minum racun untuk kebalkan badan, tapi sekarang aku tidak Boleh. Setidaknya anak di dalan perutku ini tidak dapat menahan racun itu. Dia harus bertahan kalau tidak-

Tiba - tiba bunyi pintu di buka secara paksa nampak lelaki yang cemas di hadapan ku, dia nampak panik dan melihat perempuan itu dengan amarah, "apa yang kau cuba lakukan terhadap pemaisuri ku _____!?"

Perempuan yang di panggil nama _____ itu pun seketika sedikit panik "kau tak payah berlagak sangatlah ____! Kau pun sama je kan!? Kau tak nak anak ni! Kau lebih sayangkan aku daripada dia ni!" Perempuan itu bersuara.

Suara tenggelam dan pandang aku kabur dan gelap gulita.

-------------------------------------------------------------------

Mata miciela terbeliak seketika lantas dia ambil air dan meminumnya dengan segera. Dahinya mulai berkerut. 'Nama mereka seperti sengaja di nyaringkan atau tenggelam saat anastasia memberikan ingatannya tadi tapi,'

'Siapa pula wanita dan lelaki yang sedang bergaduh itu? muka mereka gelap dan kabur. Lalu yang paling buat aku tekejut ialah... Anak yang berada dalam perut anastasia.'

═════ஜEND OF BAB 12ஜ═════

═════ஜEND OF BAB 12ஜ═════

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The Fate Is YoursWhere stories live. Discover now