(Sila vote dan komen. Selamat membaca! (ノ^_^)ノ)
═════ஜBAB 16ஜ═════
Satu minggu setelah miciela sedar dari koma selama 3 tahun. Dia masih terpukul tentang berita satu minggu lepas di mana dia sedar dari koma. Dia masih lagi di dalam wad hospital bersama tunangnya yang menunggunya selama 3 tahun, ya tunang. Namanya ahmad rais hayyaz bin dilnawaz.
Hayyaz meceritakan kejadian kenapa miciela boleh koma. Waktu itu miciela dan segerombolan rakannya sedang balik dari berkhemah dan mendaki di hutan sana. Perjalanan yang agak jauh untuk kembali ke bandar memakan waktu yang lama. Tiba - tiba hujan turun membuat jalan jadi licin.
Jalan rayanya terletak di tepi tebing laut yang agak dalam. Oleh kerana bas yang terlalu berat menyebabkan pemandu hilang kawalan. Mendengar itu menyebabkan miciela terkejut dan terasa sebak di dadanya. "Lalu... Bagaimana dengan kawan - kawan saya?" tanya miciela pada tunangannya itu.
Hayyaz mengeluh dan mengelengkan kepalanya. "10 dari rakan kita tewas termasuk pemandu bas itu. 5 lagi yang hidup termasuk awak. Ada yang terluka parah, ada yang macam awak, koma. Lepas tu ada yang cacat. Masa tu saya tak sedap hati dan cuba untuk telefon awak. Bila tidak di angkat saya rasa risau,"
"Saya masa tu kerja siang sampai malam untuk kumpul duit. Kita nak menikah dah masa tu." Cerita hayyaz. Sedikit demi sedikit ingatan miciela kembali teringat apabila hayyaz ceritakan semuanya pada miciela. Sejak dari sekolah rendah lagi hayyaz dan miciela berkawan hinggalah masuk kolej.
Entah bila mereka mula menyatakan perasaan tapi mereka tidak menjadi sepasang kekasih kerana hayyaz ingin menghalalkan hubungan dia dan miciela. Dia pun meminta restu kepada ibu miciela kerana ayah miciela sudah meninggal saat beliau menjadi polis. Tanpa sedar air mata miciela bercucuran lagi.
"Hayyaz... Adakah awak percaya pada saya?" tanya miciela secara tiba - tiba. Hayyaz yang nampak miciela menangis dan bertanya seperti itu kepadanya terkejut bukan main. Dia pun mengusap pipi miciela menggunakan tisu di sebelah katil pesakit yang miciela tempati. "Kenapa bertanya seperti itu? sudah tentulah saya percayakan awak."
Miciela mengelengkan kepalanya. "Saya menceritakan ibu tentang apa yang saya alami sepanjang saya koma ini tapi dia kata semuanya hanya permainan mimpi saat saya koma selama 3 tahun." Hayyaz merasa simpati dengan wanita yang dia sayang menangis seperti ini. "Apa yang awak alami sepanjang awak koma ini?" tanya hayyaz kepada miciela.
Miciela pun menceritakan semua kejadian aneh yang dia alami. Dari dia terbangun di dunia asing. Tentang kerajaan zaman dulu, dia berjumpa dengan lelaki bernama ryan dan banyak lagi cerita yang miciela cerita pada hayyaz. Dia ingin meluahkan semuanya. Tidak mungkin dia boleh nampak jam dalam mimpikan?
YOU ARE READING
The Fate Is Yours
Romance"Kau yang di takdirkan untuk hidup namun memilih untuk mati, sementara aku ditakdirkan mati lebih memilih untuk meneruskan hidup, layakkah aku menentukan takdirmu?"- miciela Miciela aeries, seorang wanita yang tiba - tiba terbangun di zaman kerajaan...