BAB 3

67 10 12
                                    

(Sila vote dan comment! Selamat membaca! (ノ^_^)ノ)

(Sila vote dan comment! Selamat membaca! (ノ^_^)ノ)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

═════ஜBAB 3ஜ═════

'Anastasia' bisikan lembut itu terasa familiar, tubuh aku begetar saat satu pedang diarahkan ke leher aku. Sangat sejuk dan juga darah dari pedang itu mengalir jatuh ke lantai serta membasahi gaun yang aku kenakan.

Tatapan lelaki di hadapan aku ini sangat tajam hingga aku tak tahu mana lagi tajam antara pedang yang sedang dia pegang itu atau tatapan matanya yang mematikan seluruh jiwa dan raga aku itu.

Pedang yang haus akan darah itu sekejap lagi akan basah untuk sekian kalinya, kerana giliran darah aku yang akan terpecik. Aku memberanikan diri untuk memandang lelaki itu. Aku tak sangka dialah orangnya. Sebelum aku membuka mulut untuk berbicara..

Dia menganyunkan pedang kearahku dan aku pun tahu kisah akhir ku berakhir dengan tragedi.

-------------------------------------------------------------------

Miciela terbangun gara - gara mimpi ngeri itu. Badannya kini bermandikan peluh. Dia mengigil dan mukanya nampak sangat pucat. 'Apa yang aku nampak tadi itu?' Perasaan miciela bercampur aduk, antaranya takut dan keliru.

Takut? Sudah tentu. kenapa? Kerana mimpi itu tiba - tiba muncul. Keliru? Kerana mimpi itu bagaikan ingatan anastasia. Tapi kalau anastasia mati di pancung- Ah miciela tidak mahu memikirkan hal itu sekarang ini.

Dia mahu tenangkan diri sendiri dahulu barulah dia akan fikirkan teka - teki mimpi itu. Miciela melihat luar jendela dan rupanya masih malam. Ia gelap tanpa dihiasi bintang mahupun bulan yang menerangi setiap malam.

"Entah kenapa aku rasa. Aku ada kaitan dengan semua ini, tapi aku tidak tahu apa sebenarnya itu." gumam miciela sambil menyentuh kaca jendela itu. Dia nampak refleksi dirinya sendiri di kaca jendela itu.

Anastasia. 'siapa sebenarnya diri kau anastasia?' Miciela berfikir keras sekali lagi. 'kenapa dengan mimpi itu? Mimpi itu sangat nyata, kenapa kau bagitahu kepada aku? Apa yang kau ingin aku tahu sebenarnya? Apa yang kau cuba sampaikan pada aku anastasia?'

'Apa sebenarnya hasrat kau Anastasia? Apa sebenarnya terjadi kepada kau? Kalau kau mati dalam mimpi itu... Itu maksudnya aku berada dalam dunia lain di mana kau masih hidup? Ah aku bingung.'

Miciela mengelengkan kepalanya. Kepala miciela ingin meletup juga saat ini. Miciela pun melabuhkan punggungnya di katil besar nan lembut itu. katil yang sangat empuk dan wangi itu membuat miciela ingin tidur tanpa ada rasa beban yang bermain di fikirannya saat ini.

Miciela pun membuat keputusan untuk pergi ke balkoni untuk menghirup udara segar. Balkoni yang sangat rendah dapat melihat tanaman bunga yang cantik dan mekar. Bermacam - macam bunga yang di tanam di sana. Tapi yang menarik perhatian miciela ialah bunga ros berwarna biru.

The Fate Is YoursWhere stories live. Discover now