(Sila vote dan komen, selamat membaca! (ノ^_^)ノ)
═════ஜBAB 10ஜ═════
Miciela di beri pakaian baru saat dia mandi di bilik mandi kepunyaan theo, theo hanya menunggunya dari luar bilik. Dia membaca buku sambil menunggu istri kesayangannya habis mandi.
Pembantu kerajaan castiel datang dan meletakkan makanan ke atas meja. Theo hanya mengangguk, tanpa basa basi pembantu itu pergi begitu sahaja dari bilik ini. Theo hanya diam sambil membaca bukunya dengan tenang.
Dia memikirkan rancangan seterusnya. "Ryan masih belum di seret kemari, apa raja fernand main - main dengan ku?" Gumam theo. Miciela selesai mandi dan mengeringkan badannya, seusai itu dia memakai gaun di berikan oleh theo.
dia agak bingung bagaimana ingin pakai baju tersebut. 'Memang baju zaman kerajaan macam ni ke? Patutlah aku tengok dalam komik - komik tu ada pembantu tolong pakaikan dia baju...' Fikir miciela sambil mengikat tali kain gaun itu. 'Argh! macam mana ni?'
Fikir miciela. Dia tidak nampak belakang badannya itu. Cermin pula tak cukup besar. Theo yang perasan istrinya tengah kesusahan, dia pun meletakkan buku itu ke katil dan berdiri.
"Nak saya tolong?" tanya theo tiba - tiba formal dan sopan. 'Ish mamat ni, kejap formal kejap tak... Pelik aku dengan kaulah.' kutuk miciela dalam hati tapi dia sempat terperanjat juga dengan tawaran theo secara tiba - tiba. Seperti dia tahu saja yang miciela sedang kesusahan.
Tapi muka miciela membahang seketika
'Kejap... Dia tawar apa tadi? nak tolong? tapi haramlah! taknak!' Teriak hati miciela. Bukan apa, dia ni dalam badan orang lain. Dalam badan anastasia. Miciela pula perempuan yang masih belum berkahwin. "Haram ke tak eh? kan badan ni anastasia punya. Dia berkahwin dengan theo.'Saat miciela kebingungan dan membuat theo yang menunggu jawapan dari istrinya itu hanya menatap pintu bilik mandi kepunyaan dia itu dengan keheranan. 'Dia terdiam... Apa tawaran aku itu terlebih batas?' fikir theo lalu dia pun mengetuk pintu itu sekali lagi.
"Ariningsun." panggilnya sekali lagi. "Nak kena tolong ke tak?" Tanyanya theo mengulangi soalan yang sama. 'Aduh macam mana mau jawab ni? nak jawab apa eh?' "saya boleh buat sendiri" spontan miciela berkata tanpa dia sedar. alamak!
miciela memukul kepalanya sendiri sembari menunggu respon theo. Theo yang mendengarkan respon dari miciela hanya berdiri canggung di situ. "Baiklah." Respon theo kepada miciela membuat miciela yang kebingungan kali ini.
'Aku bingung, aku fikir theo jahat, suka memaksa orang, ke aku yang salah? Tapi dari ligat anastasia pun dia memang takut dengan theo sampai ryan pun cakap dia memang kejam. Memang betul ke dia bunuh semua keluarga anastasia,'
'Selepas itu merampas segala - gala harta kerajaan elysian? Aku betul - betul keliru dan bingung.' Fikirnya namun dia mengelengkan kepala lagi. Dia pun mengikat tali itu sembarangan. Dia membuka pintu membuat sedikit terkejut apabila theo masih berdiri di muka pintu.
Tatapan tajam theo melihat miciela atas bawah. Dia menarik tangan miciela sampai ke katil. "Lama dekat dalam sana. Tidak terfikir untuk larikan diri lagi sekali kan?" tanya theo dengan nada yang sedikit menyindir.
Dia pun ke belakang miciela dan mula membetulkan tali baju miciela kenakan. "Kalau tidak tahu cara pakai. Bagitahu bukan diam seperti orang bisu. Saya ni suami mu. Ariningsun." Kata theo sambil mengusap belakang miciela dengan lembut. Terasa kasar namun hangat. "Junjung kasih." Kata miciela denga nada ragu - ragu.
Detak jantungnya tak keruan lagi. 'Kenapa ni?' tanyanya pada diri sendiri. Theo meletakkan mukanya ke bahu miciela, theo masih lagi di belakang miciela. Memeluknya erat dari belakang. Serasa tak ingin melepaskan dia pergi. "Tak perlu berterima kasih." bisiknya lalu mencium bahu miciela.
Miciela seketika tegang. Theo mengembalikan badannya. "Giliran suami mu mandi." Theo berkata lagi lalu pergi mandi dengan tuala berlambang emas itu. Theo masuk ke dalam bilik mandi. Namun miciela masih bingung dengan perasaannya sendiri.
'Kalau theo seperti ini, segala memori anastasia dalam mimpi itu dan ryan berkata kalau theo itu jahat apa?' tidak boleh jadi miciela harus mencari cara untuk mengorek rahsia meskipun dia berisiko sangat tinggi. Miciela pun mengeringkan rambutnya yang basah itu dengan tuala.
Makin lama makin banyak persoalan muncul ke dalam kepala miciela. Tapi persoalan utamanya ialah apa kaitan dia dengan semua ini? Dia harus cari tahu tentang rahsia di sebalik semua ini. Sementara itu... Theo sibuk mandi dan membersihkan badannya.
Dia tersenyum kerana istrinya yang comel tapi dia pelik kenapa kelakuan anastasia yang hanya diam tidak pernah bercakap? dia selalunya memberontak kepada theo untuk meminta dia lepaskannya. Anastasia mengira kalau dialah yang menghancurkan segalanya sedangkan itu adalah ryan.
Ryan yang mulakan masalah ini dulu. Sekarang dia harus tanggungjawab dengan akibat yang harus dia tanggung. Dia harus sedar bahawa ini semua salahnya. Dia tidak ingin ryan terus berfikir kalau dia berlagak hero dan theo adalah jahat di cerita mereka.
Dia harus buat ryan sedar diri. Dia menunggu kedatangan raja fernand. Menunggu satu mayat dan manusia yang sekarat itu. Buat masa ini dia harus mengurus tentang politik. Kerana ryan semuanya jadi kecoh seperti ini. Dia harus menjaga anastasia juga.
Selepas semua ini selesai. Dia ingin hidup tenang bersama dengan anastasia. Soal aksi dia yang betul atau salah itu. Dia ketepikan dulu. Ada banyak hal lagi yang dia ingin urus. Malas dia ingin berfikir lebih. "Sampai bila kau kaburkan pandangan anastasia dengan topeng kau itu ryan?"
Ucap theo seorang diri. Dia harus menghancurkan topeng ryan itu. Agar pandangan anastasia tidak kabur. Dia terpaksa jadi penjahat seperti ini hanya untuk membalas dendam pada ryan. Abangnya itu. Soal ibubapanya pula membuat mata theo terbuka.
Dia memandang air yang membersihkan badannya dari kotoran dan peluh itu. Tentang ibubapa mereka sangat rumit. Tapi bagi theo, ayah mereka berdua penyebab segala ini berlaku.
Entah kenapa kehidupan kali ini mereka berdua tiba - tiba mokad. Kononnya penyakit tapi ada orang yang meracuninya. Theo tahu siapa dalangnya supaya mereka berdua mengikuti seleksi raja. Mengingatkan theo bagaimana dia terus belajar menjadi pemimpin kerajaan casiel kelak.
═════ஜEND OF BAB 10ஜ═════
YOU ARE READING
The Fate Is Yours
Romance"Kau yang di takdirkan untuk hidup namun memilih untuk mati, sementara aku ditakdirkan mati lebih memilih untuk meneruskan hidup, layakkah aku menentukan takdirmu?"- miciela Miciela aeries, seorang wanita yang tiba - tiba terbangun di zaman kerajaan...