(Sila vote & komen. Selamat membaca! (ノ^_^)ノ)
═════ஜBAB 19ஜ═════
Di sisi lain...
Ryan sedang mengalami baik pulih di kakinya. Meskipun jalannya agak pincang sedikit tapi itu bukanlah masalah baginya yang penting dia masih hidup. Dia mula mencari tahu kehidupan dia di sini. Matanya merenung kepada ICnya itu. Miciela pernah memberitahunya.
IC itu ialah identity card. Di mana maklumat tentang diri. Miciela juga memberitahu ryan kad ini juga penting dan akan banyak digunakan dalam pelbagai urusan. Contohnya bank, imigresen, perkahwinan dan lesen memandu. Ryan juga belajar tentang bahasa baru di dunia ini.
Banyak lagi yang dia harus pelajari. Cakap tentang IC ryan. Nama ryan berubah. Dari ryaner royce von havern kyne. Ia berubah ke Muhammad ryaner bin abdullah. Umur dia di dunia zaman moden ini ialah 27 tahun. Sama umur dengan hayyaz serta miciela. Di zaman miliknya dia berumur 30 tahun sementara theo di sana berumur 26 tahun.
Ibubapa ryan di sini tidak di ketahui. Nampaknya zaman di sini ryan sangat muda. Dia tidak tahu theo di mana sekarang. Dia tahu theo sedang mencari mereka sekarang. Untungnya miciela tidak bertanya kenapa ryan boleh tahu theo pun berada di zaman ini. Soal itu ryan merahsiakan kenapa dia boleh tahu theo di sini.
Hayyaz sudah menolong membayarkan kos ryan. Hayyaz yang tampak lelaki baik dan menghormati orang membuat ryan merasa hayyaz patut dipercayai. Dia juga menolong masalah ini. Jadi menurut ryan tidak salah kalau hayyaz mengetahui masalah ini selain dirinya dan miciela. Seusai dia mengemas bajunya.
Dia pun pergi keluar dari hospital. Dia melihat alamat rumah miliknya di dunia ini. "Ini di mana?" gumam ryan membuat dia mengkerutkan dahinya. Ryan pun mengelengkan kepalanya. Aduh dia tidak tahu macam mana ini? dia tidak ingin menyusahkan miciela atau pun hayyaz tapi ryan juga tidak ingin sesat!
Sudahlah dia baru saja keluar dari hospital. Kakinya juga baru sembuh. Entah kenapa kakinya cepat sembuh walaupun ia masih sakit kalau berjalan. Di hari isnin pukul 8 pagi ini sudah banyak orang dan kereta lalu lalang. Membuat ryan sedikit tertolak kerana orang yang ramai. Mau tidak mau dia terpaksa telefon miciela.
Saat dia ingin telefon miciela dan berjalan menuju tempat bas stop berada. Dia merasakan sesuatu yang mengikutinya. 'Sial... Tidak mungkin secepat ini!' fikir ryan kerana kakinya sakit dan masih pincang dia tidak boleh berlari dengan baik. Jadi yang di lakukan adalah berjalan di keramaian dengan mempercepatkan jalannya.
Saat dia berjalan di keramaian dia merasakan bulu romanya berdiri. Tatapan tajam yang dia kenal itu. Dia dapat merasakannya. Ryan mengigit bibirnya. 'Sial! Sial! Sial!' makinya kepada diri sendiri. Dia berjalan ke lorong sepi. Dia pun menyorokkan dirinya di samping tong sampah yang besar.
Dia tidak peduli kalau itu bau busuk atau tidak. Dia ingin keluar dari sini aksi kejar mengejar ini sekarang juga! ryan pun dengan badan kesejukkan dan bergetar menelefon miciela. Entah apa yang di takuti ryan? adakah dia belum sedia menghadapi adiknya itu? atau kakinya yang belum? jawapan itu hanya ryan saja yang tahu.
YOU ARE READING
The Fate Is Yours
Romance"Kau yang di takdirkan untuk hidup namun memilih untuk mati, sementara aku ditakdirkan mati lebih memilih untuk meneruskan hidup, layakkah aku menentukan takdirmu?"- miciela Miciela aeries, seorang wanita yang tiba - tiba terbangun di zaman kerajaan...