(Sila vote & komen, selamat membaca! (ノ^_^)ノ)
═════ஜBAB 21ஜ═════
'Pada suatu hari... Ada dua putra yang di berikan misi agar salah satu dari mereka dapat menjadi pemimpin rakyat. Iaitu menjadi raja kerajaan castiel.'
'Dua adik beradik bernama ryan dan theo adalah sahabat sejak kecil lagi. Mereka berdua mempunyai reputasi yang bagus. Mereka pun menjalankan misi mereka dengan adil.'
'Kemudian hubungan silaturahim mereka terguncang kerana jatuh cinta dengan wanita yang sama. Putri anastasia dari kerajaan makmur bernama elysian.'
'Theo yang begitu taksub dengan kecantikkan anastasia melakukan hal yang gila. Menculik anastasia dan mencetuskan perang antara kerajaan castiel dan kerajaan elysian.'
'Raja dan ratu iaitu ibubapa ryan dan theo memutuskan untuk memilih ryan menjadi raja seterusnya. Hal itu tidak diterima oleh theo. Dia pun membunuh ibubapanya sendiri membuat ryan merasa terkejut dengan perubahan adiknya itu.'
'Gara - gara perempuan yang mereka suka ialah sama. Semuanya berubah. Theo menjadi raja pemberontak dan kahwin dengan anastasia secara paksa. Mengandungkan anastasia serta melahirkan anak theo.'
'Ryan yang tidak boleh berbuat apa - apa kini menjadi pemberani dan memberontak juga. Dia membawa anastasia melarikan diri. Meninggalkan anaknya sendiri. Theo pun murka dan menangkap mereka berdua.'
'Oleh kerana mereka memiliki skandal. Theo memancung kepala ryan dan anastasia dengan tangannya sendiri di depan umum. Dia pun mula memanipulasi anaknya sendiri.'
'Namun akhirnya theo mati dengan tragis di tangan anaknya sendiri. Karma yang mula memakan dirinya. Anaknya memberontak kepada ayahnya sendiri.'
Kisah itu ditutup dengan perkataan 'tamat' membuat hayyaz dan miciela yang membaca jadi terkejut dan kaku seketika. Terlalu terkejut dan tidak percaya apa yang mereka baca. Jadi... Itulah kisah benar anastasia? jadi ingatan yang lain anastasia beri itu apa?
Adakah itu semua mandela effect? atau itu di mana anastasia berada di timeline yang lain? "buku ini tiba - tiba muncul dalam beg. Saya tidak tahu kenapa boleh muncul begitu. Mungkin kita berada di dunia awak miciela." Jelas ryan kepada miciela yang masih lagi terkejut dengan hayyaz.
"Jadi kita harus macam mana sekarang ini?" tanya hayyaz yang kini sedar kembali selepas dari terkejutnya dia kerana membaca cerita sejarah tentang ryan dan theo. Ryan menghela nafas dan mengangkat kedua - dua bahunya. "Aku tidak tahu yaz..." Ucap ryan membuat miciela semakin bingung juga untuk keluar dari masalah ini.
Seketika puan mikaela turun ke bawah dengan penampilan yang rapi dan cantik yang penting sekali dia menutup auratnya sama seperti tadi hanya saja dia lepas habis mandi. Dia pun pergi ke arah anaknya dan dua jejaka itu. Suasana yang tadinya tegang kini mula mencair. Mereka tidak ingin puan mikaela tahu tentang ini.
Silap - silap di kata gila nanti oleh puan mikaela. Saat mereka bertiga lupa seketika dengan situasi sekarang kerana puan mikaela ajak mereka berborak. Ryan berdiri untuk pergi ke tandas ruang tamu yang biasa di gunakan saat tetamu ingin pergi ke bilik air atau tandas. Saat ryan pergi, puan mikaela sambung berborak lagi.
Tiba - tiba eletrik rumah puan mikaela mati. Membuat seisi rumah gelap. Membuat mereka terpaksa membuka langsir dan jendela. Merasa panas dan gelap. Nasib masih tengah hari. Kalau malam memang bergelap - gelaplah di buatnya.
Hal itu membuat ryan yang melakukan bisnes di dalam tandas membuat dia keluar dari bilik tandas itu. Selesai urusan dia pergi ke arah miciela. "Miciela? kenapa ni?" tanya ryan pada miciela. "Oh tadi elektrik mati. Ibu saya kata dia dah bayar elektrik rumah,
"Jadi dia rasa pelik kenapa tiba - tiba mati. Hayyaz pergi periksa apa yang jadi sementara ibu saya ke atas kejap untuk ambilkan lampu suluh bagi kepada hayyaz. Ibu suruh tunggu saya dekat sini. Hayyaz mungkin perlukan bantuan awak. Dia ke bilik store hujung sana dekat dengan dapur."
Beritahu miciela pada ryan. Ryan pun menganggukkan kepalanya dan dia pun pergi di mana miciela mengarahkan padanya. Saat miciela bersendirian di sana dia mula rasa tidak sedap hati. Tidak mungkin theo akan melepaskan mereka begitu saja kan? apa mungkin ini sabotaj dari theo?
tidak boleh jadi! dia harus pergi menyusul mereka. Saat miciela meletakkan buku usang itu kembali ke beg ryan. 'Maaf ryan. Saya nak letakkan balik buku ni. Maaf nampak barang privasi awak tanpa kebenaran.' Fikir batin miciela yang meminta maaf pada ryan kerana sudah membuka beg ryan tanpa kebenaran.
Saat dia meletakkan kembali buku usang itu ke dalam beg milik ryan. Sesuatu terkeluar dari beg ryan. Benda itu tampak berkilat di dalam kegelapan. Miciela yang merasa hairan mengambil benda itu. Saat dia lihat benda itu. Ia permata unggu yang dia pernah baca di buku ros biru itu! mata miciela membulat sempurna.
Apa maksudnya ini? banyak batu permata unggu yang terkeluar dari beg ryan. Membuat dia semakin keliru. Apa maksud semua ini? dia pun meletakkan kembali permata unggu itu tapi apa yang mengejutkannya... Ialah buku usang tadi terbuka sendiri. Menampilkan setiap isi buku itu di padam.
Lalu di tulis semuanya kembali. Menjadi... 'King ryan love story.' Hal itu membuat miciela makin kebingungan. Saat dia memegang kembali buku usang itu. Semua isi tadi yang dia baca bersama hayyaz hilang menampilkan isi baru. Mata miciela membulat sempurna lagi.
'Cinta kisah raja ryan dengan gundiknya, anastasia berakhir tragis. Kisah ratu haura yang iri dengan anastasia yang mengandungkan pewaris kerajaan castiel. Semua sejarah kerajaan castiel di mulai pada...'
Saat miciela membaca perkataan pertama itu membuat dia terkejut bukan main. Dia mula keliru, terkejut dan takut. Dia tidak percaya. Mungkin ini semua palsu. Mungkin ini semua ulah theo. Iya ini semua ulah theo. Paling tidak itulah yang dia fikirkan sebelum merasakan kepalanya terhentak akan sesuatu.
Miciela meringis kesakitan saat dia memegang kepalanya yang sakit di hentam akan sesuatu. Dia melihat siapa yang melakukan hal itu. Semuanya berlaku dengan cepat dan hal itu membuat miciela tidak dapat mencerna semua info yang dia dapatkan. Matanya terbeliak sekali lagi saat ryan memandangnya dengan tatapan tajam.
Lebih tajam daripada theo. Di tangannya ada pasu bunga yang berderai di lantai. Miciela tidak sedar kalau kepalanya berdarah. Parut miciela yang di tutup oleh tudung terasa terbuka kembali. "A-apa maksud kau... Ryan?" tanya miciela dan seketika matanya berat dan jatuh ke lantai.
Ryan hanya diam sambil ketawa sinis yang menyerpa telinga miciela. Miciela mendengar perkataan dari ryan kali terakhir sebelum dia jatuh pingsan ialah...
"Aku tidak sangka kau cepat percaya pada aku miciela... Kau dengan anastasia memang sama - sama bodoh..." Kata ryan dengan sesuatu yang menyinari dalam baju ryan. Lebih tepatnya dalam dada ryan menyinari permata unggu.
═════ஜEND OF BAB 21ஜ═════
YOU ARE READING
The Fate Is Yours
Romance"Kau yang di takdirkan untuk hidup namun memilih untuk mati, sementara aku ditakdirkan mati lebih memilih untuk meneruskan hidup, layakkah aku menentukan takdirmu?"- miciela Miciela aeries, seorang wanita yang tiba - tiba terbangun di zaman kerajaan...