BAB 17

24 5 2
                                    

(Sila vote dan komen. Selamat membaca! (ノ^_^)ノ)

 Selamat membaca! (ノ^_^)ノ)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

═════ஜBAB 17ஜ═════

Seusai makan siang. Hayyaz dan ryan berbincang - bincang. Untungnya hayyaz tidak cemburu sangat selepas mengetahui kalau ryan tidak tahu kalau dalam badan anastasia itu ialah orang lain. Ryan pun meminta maaf kepada miciela.

Hayyaz pun memberi mereka berdua berbincang antara satu sama lain. "Jadi nama awak miciela?" miciela yang di tanya hanya menganggukkan kepalanya. "Iya, saya bingung sebenarnya..." Ucap miciela sambil menggaruk - garuk kepalanya yang beralas tudung itu.

Mata ryan menatap tudung yang miciela kenakan. Mukanya memang mirip anastasia. "Jadi awak memang bukan anastasia... dan awak kata awak termasuk dalam badan anastasia masa kita berdua melarikan diri dari theo?" miciela menganggukkan kepalanya sekali lagi.

Ryan masih mencerna info yang masuk dalam kepalanya. Jadi sekarang mereka berada di dunia moden. Di dunia miciela berasal. Entah kenapa ryan rasa kecewa dengan sesuatu. Hal itu terlihat jelas di mata miciela tapi miciela tidak menghiraukan hal itu.

Mereka berdua berada di suasana yang canggung dan hening menghiasi suasana di antara mereka. Selang beberapa minit akhirnya ryan membuka mulut untuk bersuara. Banyak pertanyaan yang muncul dalam kepalanya.

"Jadi awak dan hayyaz bertunang?" tanya ryan pada miciela. Miciela yang di tanya menganggukkan kepalanya. "Iya, saya dan hayyaz bertunang. Oleh kerana saya koma perkahwinan kami di tunda." Miciela menjelaskan apa yang terjadi kepadanya.

Ryan hanya mengeluh dan menganggukkan kepalanya. "Oh begitu..." Gumam ryan. Setelah beberapa saat berdiam diri dia bertanya lagi. "Awak tahu tak kenapa kita berdua kembali ke dunia awak?" tanya ryan membuat miciela mengelengkan kepalanya.

Miciela ingin memberitahu ryan kalau dia jumpa anastasia selepas mereka berdua di bunuh oleh theo tapi dia mengurungkan niatnya. Dia tidak boleh terburu - buru. Setidaknya dia selamat dari theo buat masa ini. "Tunggu berarti kalau awak berada di sini..." Jeda miciela dan ryan sambung perkataan miciela.

"Benar, dia berada di dunia ini juga tapi jangan risau. Dia tidak berhak perbuat apa - apa lagi kerana dia tidak ada takhta rajanya di sini. Di sini dunia moden yang awak bilang itu kan? jadi saya rasa tidak masalah kalau dia muncul. Saya dan hayyaz akan melindungi awak."

Ryan berkata membuat miciela menganggukkan kepalanya. Setelah berbincang - bincang. Ryan menolak kerusi rodanya. "Soal perasaan saya kepada anastasia itu saya biarkan terpendam sahaja. Dia bukan awak dan awak pun ada orang lain di sini yang menunggu awak selama 3 tahun."

Perkataan ryan membuat miciela rasa bersalah walaupun itu bukanlah salahnya. Ryan pun berkata lagi. "Pasti ada alasan kenapa anastasia memilih awak dan awak tiba - tiba masuk ke dalam badannya." Ryan merapikan rambutnya ke belakang kerana kusut di terpa angin taman hospital.

The Fate Is YoursWhere stories live. Discover now