𝐏𝐫𝐨𝐥𝐨𝐠

615 18 6
                                    

CINCIN indah tersarung dijari ditatap lama. Cincin permata ini sepatutnya berada pada arwah Sara dan sememangnya ini lah cincin pilihan Faheem buat Sara dan bukan buat Dahlia.

Selesai saja majlis pembatalan wudhuk, Faheem menghilangkan diri. Menjauhkan diri dari Dahlia. Bukan benci. Tetapi masih belum terima kenyataan yang Dahlia lah isterinya sekarang dan bukan arwah Sara.

Sejak Sara meninggalkan pesanan buat Dahlia untuk mengantikan tempatnya sebagai pengantin perempuan buat Faheem, lelaki itu tidak langsung bercakap dengannya. Mahu menatap mata pun tidak sudi.

Sekarang ditinggal pula seorang diri duduk bersimpuh di masjid.

Apa lah nasib.

Puan Darwiyah setia berada disisi anak. Dato' Daris berada di luar masjid bersama Dato' Khalid. Cuba menelefon Faheem. Sudah beberapa kali panggilan dibuat. Tapi tetap sama juga.

"Abang budak ni off telefon dia tu,geram betul saya.." terkumat kamit mulut Hajah Aisyah membebelkan anaknya.

Dato' Khalid tiba-tiba terfikir. Boleh jadi sekarang Faheem ditanah perkuburan. Melawati kubur Sarah.

"Aisyah,"

"Ye,"

"Tengok-tengokkan menantu kita. Abang pergi cari Faheem." arah Dato' Khalid sambil memegang bahu si isteri.

"Tu nak cari kat mana pulak?"

"Takpe jangan risau,"

Dato' Khalid meminta diri kepada Dato' Daris. Kereta berjenama nya keluar daripada kawasan masjid dan berlalu pergi.

Hajah Aisyah berjalan kearah menantunya. Muram wajah berseri itu. Sudah tentu lah, baru lepas akad nikah dah kena tinggal.

Hajah Aisyah duduk disebelah menantunya.

"um, Dahlia.."

Tangan mulus yang sejuk itu disentuh oleh ibu mertuanya. Bagi tanda hormat dia mengangkat wajahnya menyahut seruan ibu mertua.

"Jangan risau ye, Faheem ada je dekat sini.." jelas Hajah Aisyah hendak menyenangkan hati menantunya. Walhal dirinya pun tidak tenang lepas si anak meninggalkan majlis begitu saja.

Dahlia hanya mengangguk perlahan dan memaksakan senyuman.

Hajah Aisyah membalas senyuman dan melihat kearah Puan Darwiyah. Tahu jika keluarga di pihak pengantin perempuan terguris hati.

Tunggu saja la nasib anak teruna itu bila dia pulang nanti.

𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧Where stories live. Discover now