𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭 13

210 13 0
                                    

BANGUN saja dari tidur yang nyenyak, terlihat si suami tidur diatas lantai beralaskan selimut nipis. Kemudian Dahlia melihat dirinya yang masih utuh memakai tudung. Nafas dilepas lega.

Jam ditelefon dilihat. 5:30 a.m. Subuh mendekati.

Dahlia perlahan-lahan bangun dari katil. Tuala dan pakaiannya diambil lalu kaki berjalan masuk ke dalam bilik mandi dengan perlahan supaya si suami tidak terjaga.

Setelah beberapa minit membersihkan diri, Dahlia keluar dari bilik air dengan lengkap memakai tudung sarung hitam nya bersama berjubah hitam.

Rupanya Faheem sudah terjaga dan sekarang sibuk dengan telefonnya. Chat orang kut. Entahlah.

"...awak taknak mandi?" suara lembut Dahlia menegur.

Faheem mengangkat wajah dan terlihat Dahlia sudah lengkap mandi.

"Subuh dah masuk, nanti boleh...kita solat sama-sama," ajak Dahlia.

Faheem hanya mengangguk saja lalu kaki dibawa menuju ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Dahlia kemudian mengemas katilnya dan melipat selimut yang digunakan Faheem di atas sofa itu.

HABIS saja solat Subuh tadi Faheem sudah mengheret isterinya ke taman berdekatan kawasan perumahan bapa mertuanya. Sudah janji hendak membawa isterinya keluar sebelum dia balik ke kem.

Hening saja suasana di dalam kereta. Wajah ditoleh memandang suami.

"Kita nak pergi mana?" soalan tetap diaju pada suami walau tahu Faheem tidak akan memberitahunya.

"Tunggu aje,"

Mahu tidak mahu terpaksalah Dahlia menunggu sehingga tiba di destinasi mereka.

Selepas beberapa minit memandu akhirnya mereka tiba. Dahlia melihat sekitar kawasan itu kemudian menoleh kearah Faheem.

"ni..."

"Tahu, saja nak mengimbau kenangan. Jom keluar," potongnya.

Mereka berdua keluar dari kereta. Mereka tiba di sebuah taman yang tidak asing bagi mereka. Taman tasik berhampiran kawasan rumah Dahlia.

Tempat ini pernah menjadi saksi persahabatan di antara Dahlia, Sara, Dian, Nasuha, Faheem dan Wafi.

Ketika dulu mereka selalu melepak di sini bersama-sama jika ada masa terluang. Di sinilah juga tempat saksi tangisan seorang gadis. Tidak lain tidak bukan, Dahlia lah gadis itu.

"Kenapa datang sini?"

Faheem tunduk memandang Dahlia.

"Kau tak suka?"

"...bukan,"

Faheem menyembunyikan senyuman kecilnya.

"Kau takut aku teringat kan Sara?" tebaknya.

"Eh! Tak..." kelam kabut dia membalas.

"Kalau aku teringat kan dia, lebih baik aku pergi kubur dia daripada datang sini kan?"

Senyap saja isterinya.

"...aku tak kejam sangatlah nak seksa orang tu," sambungnya.

Tahu akan Dahlia yang seringkali terasa hati atas sikapnya.

"Berkembang otak aku lepas Wafi bebel,"

Dahlia berkerut.

"Awak jumpa Wafi?"

Anggukan diberi.

"Kenapa?"

"Bila awak jumpa dia?" soalan diaju soalan.

"Semalam dia datang kenduri, tapi kau tidur. Kitorang sempat lah borak. Habis-habis kena bebel dengan dia kejap." jelas Faheem ringkas.

"...dia...kata apa?" takut benar Wafi terasa hati kerana pinangannya ditolak.

Faheem menoleh kembali kearah isteri.

"Macam-macam. Antaranya dia suruh aku jaga kau baik-baik. Kalau dia tak suruh pun, aku tahu."

Mata comel itu terkelip-kelip menatap suaminya. Bagai hendak jatuh atas dakapan si suami setelah mendengar perkataannya itu. Berbunga-bunga pula hati ni pun.

"Esok aku dah nak kena balik kem. Tak janji minggu depan boleh balik, kadang-kadang kalau jadual aku full sangat mungkin baru bulan depan aku boleh balik."

Faheem suka benar memotong mood nya yang sedang baik. Baru elok-elok blushing dah bawa-bawa topik ini pula. Ini yang malas ni.

"Kalau kau nak stay dengan ibu sampai aku balik, aku izinkan. Tapi seeloknya, baliklah tidur rumah kita dua tiga hari pun takpe dah. Jangan risau, aku dah ada hired orang gaji untuk teman and tolong kau. Takdelah kau sorang-sorang."

"...boleh call kan?" soal Dahlia.

Senyum senget terukir dibibir jejaka itu.

"Boleh,"

Faheem berlalu untuk duduk di atas rumput berhampiran dengan tasik berhampiran mereka.  Kepala ditoleh kearah Dahlia lalu memberi isyarat untuk duduk disebelahnya dengan menepuk perlahan tempat kosong disampingnya.

Dahlia yang mengerti terus ambil tempat disisi suami.

Suasana sepi saja tatkala mereka berdua langsung tidak membuka mulut untuk berbicara. Dahlia sesekali menoleh kearah Faheem.

"...kenapa kau sukakan aku?"

Terpinga-pinga Dahlia dibuatnya. Soalan cepumas ditanya si Faheem.

"a...apa?"

"Kenapa sukakan aku?"

𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧Where stories live. Discover now