𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭 10

193 12 2
                                    

HEMBUSAN nafas dihela buat kesekian kalinya. Mata merewang kesana kesini. Fikiran juga melayang entah sudah kemana. Kedua tangan diletak kebelakang untuk menyandar dirinya.

Penerbangannya untuk pulang ke Malaysia pada esok hari. Biarlah dia mengambil angin di bumi Australia buat terakhir kali sebelum berangkat ke Malaysia.

Wafi Mikael menghirup kopi panasnya dengan perlahan sebelum bangkit dari bangku disitu dan berjalan pergi. Menikmati permandangan yang indah disana.

Telefonnya tiba-tiba berdering.

Makcik Darwiyah.

Ada apa pula Puan Darwiyah menelefonnya. Panggilan diangkat dan disapa Puan Darwiyah.

"Helo.. Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam, Wafi apa khabar?"

"Oh,khabar baik.. Makcik pula? Sihat ke? Uncle?"

"Alhamdulillah sihat aje. Makcik telefon ni sebab nak ajak Wafi datang kenduri kesyukuran dekat rumah ni ha. Wafi balik esok kan?" soal Puan Darwiyah.

"Oh, kenduri... Haah, Wafi balik esok. Tapi Wafi tak janji lah sebab kerja banyak Wafi tinggal. In shaa Allah Wafi datang,"

"Ha yelah, nanti kalau tak boleh datang makcik bungkuskan aje hantarkan kat rumah Wafi ye?"

"Boleh, boleh.." balasnya.

"Takpelah kalau macam tu, makcik letak dulu ye assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam,"

Panggilan tamat disitu.

Wafi termenung seketika. Kuatkah dirinya untuk menjejakkan kakinya kesana semula?

Dia faham sebab Puan Darwiyah mengundangnya ke kenduri kesyukuran itu, tak mahu hubungan persaudaraan antara mereka terputus hanya kerana risikannya ditolak haritu.

SETELAH habis berdoa Dahlia terkebil-kebil menunggu suaminya memusing kebelakang untuk bersalaman. Tunggu punya tunggu akhirnya selepas beberapa saat, Faheem pusing.

Dia menatap Dahlia. Dahlia menatapnya kembali. Ha main tatap-tatap pulak.

Dahlia menyuakan tangan pada si suami, minta untuk bersalam tetapi berlapik. Masih belum dapat biasakan diri untuk bersentuh dengan suami sendiri.

Faheem mengambil tangannya lalu Dahlia menyalami si suami.

Kekok saja mereka berdua sejak berumah tangga.

"Awak balik kem bila?"

"Minggu depan. Kenapa?"

"Oh, ibu nak buat kenduri kesyukuran lusa. Ibu ajak balik, boleh ke?" soalnya.

Faheem sekadar mengangguk. Takkan nak tolak pulak?

Seketika suasana hening.

"Wafi macam mana? Lama tak tanya khabar dia," soal Faheem tiba-tiba.

Dahlia melihat kearah suaminya. Dia sendiri tiada jawapan untuk itu.

"...saya dah lama tak call dia sejak...saya tolak lamaran dia." jujurnya.

"..."

"Dia ada datang tak masa majlis nikah haritu?"

Gelengan diberi Dahlia.

"...kau suka dia?"

"Hah? Apa awak cakap ni?" terus gelabah Dahlia apabila Faheem menanyakan soalan itu.

"Aku nak kau jujur aje. Wafi risik kau lebih awal daripada aku risik kau. Kenapa kau tolak?" soal Faheem ingin tahu. Bukan berniat hendak menidakkan takdir.

"...Kalau saya terima dia, kita takkan pernah berkahwin? Itu ke maksud awak?" jujur Dahlia juga tersinggung dengan soalan yang dituju oleh Faheem.

"Bukan.."

"...tapi kalau kau dengan dia, kau takkan tak happy macam sekarang," sambungnya dengan perlahan.

Matanya elok menatap sejadah. Tak mampu nak tatap wajah yang tidak bersalah itu.

Dahlia menatap suaminya.

"Aku tak boleh nak bahagiakan kau macam mana Wafi buat... Aku tak mampu... Kau patut terima risikan tu, Dahlia."

Sungguh hendak dikata Dahlia kecewa mendengar Faheem berkata sedemikian. Mereka berdua sudahlah belum serasi malah Faheem makin meyakinkannya bahawa mereka berdua takkan pernah serasi.

"...saya pilih awak, bukan Wafi."

Cukup saja kata ringkas untuk buat Faheem faham.

"Saya tahu Wafi dah buat macam-macam untuk saya. Dia hargai saya malah cintakan saya.. Tapi tak bermaksud saya perlu balas perasaan dia. Saya hargai dia sebab dia sudi hargai saya tak macam orang lain."

"...tapi saya cintakan awak,"

"Salah ke?"

Faheem mencengkam tangannya sendiri. Dari awal lagi Faheem tak pernah setuju hendak disatukan dengan Dahlia kerana dia tahu dia tak mampu cintakan Dahlia seperti mana Wafi cintakan isterinya sekarang.

"Kau tahukan aku masih belum--"

"Saya tahu hati awak masih tertutup dan hanya untuk arwah Sara." potong Dahlia.

"...saya tak mintak banyak, izinkan saya terus cintakan awak."

𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧Where stories live. Discover now