𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭 5

192 11 8
                                    

HARINYA diteruskan seperti biasa. Pergi ke sekolah, tuisyen dan pulang sekolah. Kadang-kadang bertemu dengan pasangan yang baru bertunang itu. Perit rasanya.

Apabila hari persekolahannya tamat dia akan terus pulang saja.

Dahlia berjalan ke parking motor hendak pulang. Tiba-tiba dia ternampak Wafi sudah berada di motor berkuasa tinggi nya. Sejak Wafi meluahkan perasaannya pada Dahlia, mereka jarang berborak mahupun bertegur sapa.

Hubungan antara mereka menjadi terlalu kekok. Tambahan pula, bila Dahlia sendiri yang menjauhkan dirinya dari Wafi.

Mereka berpandangan sesama sendiri saja sambil fikiran melayang ke tempat lain. Memikirkan tentang apakah hubungan mereka sekarang, kerana Dahlia tidak memberi apa-apa kata putus setelah Wafi meluahkan perasaan padanya.

Dia tidak terima, dia tidak tolak. Mungkin tengah-tengah? Ada ke?

Wafi tidak tahan lagi dengan hubungan mereka yang seperti orang asing ini. Dia berjalan menyapa Dahlia.

"Dahlia,"

"Err ye?"

"Erm kejap,"

Wafi mengeluarkan satu kotak dari beg nya. Dahlia pula dengan sabar menunggu Wafi berbicara semula. Kemudian kotak yang dikeluarkan Wafi dari beg nya disuakan pada Dahlia.

"Ambiklah," pelawanya.

Berkerut sedikit wajah indah Dahlia.

"Err untuk apa ni? Birthday saya tak sampai lagi,"

Bibir Wafi mengukir sedikit senyuman.

"Memang birthday awak lambat lagi, tapi saya memang nak bagi ni dekat awak. Buka dekat rumah ea.." pesannya.

"Aah... Oh okay, terima kasih. Susah-susah aje." balas Dahlia.

Wafi mengaanguk lalu tersenyum.

"Takpelah saya nak balik dah ni, nanti ibu risau."

"Ha okay, kirim salam kat ibu awak ea.. Bawak motor elok-elok. Jangan merempit pulak," meloya buruk pula si Wafi.

"Eh hahaha taklah.. Okey lah saya balik dulu. Bye."

MALAM menjelma... Wajah diraup setelah salam terakhir diberi. Dahlia baru sahaja habis menunaikan solat maghrib. Kemudian mata terpandang pula pada kotak yang berada di atas nightstand nya itu.

Kotak yang berisi sesuatu yang diberi oleh Wafi tengah hari tadi dicapainya. Perlahan-lahan jari runcing itu menarik tali reben yang berada di kotak itu. Dibuka kotak itu.

Ada kad...

𝗦𝗲𝗺𝗼𝗴𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗶𝘀𝘁𝗶𝗾𝗮𝗺𝗮𝗵... :)

Berkerut wajah Dahlia. Apa benda?

Dia mengambil isi didalam kotak itu. Beberapa helai handsock berwarna lembut. Cantik.. Dibelek-belek handsock itu kemudian dia termenung. Tidak pernah pula dia memakai handsock.

Rasa terjentik hati nya untuk memakai handsock apabila Wafi memberinya.

Tersenyum dia sendiri. Wafi sangat peka tentang dirinya dan menegur nya dengan cara begini. Dia suka cara Wafi... Tapi kalau nak dikaitkan tentang hati... Dia juga tidak pasti... Sama ada dia suka atau tidak pada Wafi..

Keluhan dilepaskan beberapa kali.

Handsock yang berada ditangannya dicuba untuk pakai.

"Cantik..." gumam Dahlia. Tersenyum lebar Dahlia.

KEESOKAN harinya di sekolah, Wafi berjalan hendak masuk ke kelasnya tiba-tiba terserempak dengan Dahlia. Dia perasan sesuatu pada Dahlia harini. Dia agak lain harini. Ia mencuit hati Wafi.

Wafi terpandangkan pada tangan Dahlia. Handsock itu dia yang bagi dan Dahlia sudah pakai. Senyuman senget diukir tatkala handsock yang diberinya dipakai Dahlia. Elok saja terletak di tangan gadis itu.

"Ehem.." Wafi berdehem sedikit.

Dahlia pula kekok lah seperti biasa. Dah macam cacing kepanasan pula. Asyik gelabah saja.

"Cantik ke handsock tu? Tak tahu lah kalau awak suka ke tak,"

"Eh cantiklah... Terima kasih... Lagipun saya tak pernah pakai.. Awak bagi handsock ni,terus rasa nak pakai..." jujur Dahlia.

Bukan ibu bapanya tidak mengajarkan nya atau mendidiknya dengan ilmu agama, tetapi Dahlia selalu ambil ringan saja. Kalau tentang solat, lagi lah. Selalu ibu nya yang akan memperingatkan nya. Sekarang pun dalam proses berhijrah. Khilaf nya.

Kebetulan Wafi berinya handsock, bagai ditegur Allah pula... Cuma dihantar hambanya saja.

"Baguslah macam tu.." balas Wafi. Wafi memang suka lihat Dahlia berubah sikit demi sedikit.

Sedang mereka berborak tiba-tiba mereka ternampak Faheem dan Sara sedang berjalan berdua sambil berborak mesra. Wah,wah..

Berubah terus raut wajah Dahlia. Tiba-tiba terasa berpeluh. Entah. Tak tahu apa yang dirasa sekarang. Cemburu. Marah. Geram. Semuanya bercampur baur. Namun riak wajah masih cuba dikawal walau hati terasa pedih.

Mereka berjalan mengatur langkah kearah Wafi dan Dahlia. Jelas sekali riak wajah Faheem begitu bahagia tatkala Sara disisi.

"Ehem dating nampak.." tegur Sara pada Wafi dan Dahlia sambil tersengih mengusik. Begitu juga Faheem.

"Taklah.." nafi Dahlia. Wafi mengaanguk setuju dengan nafian Dahlia. Gila apa dating kat sekolah.

Dahlia cuba angkat kepalanya untuk tatap Faheem tapi tak boleh... Dia tak kuat...

"Takpelah kitorang gerak lu. Taknak ganggu korang," Faheem pula bersuara lalu Sara dan Faheem berlalu jua.

Saat Faheem dan Sara berlalu Wafi terdengar keluhan kecil Dahlia.

"Awak okay ke?" tegur Wafi.

"Uh? Err okay.."

𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧Where stories live. Discover now