𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭 9

175 13 6
                                    

RUMAH dihadapannya ditatap. Cantik. Sungguh cantik. Luggage nya diangkat Faheem lalu dikeluarkan dari perut kereta mewah itu. Diletakkan dihadapannya.

Faheem melihat Dahlia yang ralit menatap rumah dihadapan mereka.

"...kenapa? Tak suka ke?" soalnya.

Tersentak Dahlia. Kepala ditoleh. Mata dilarikan dari menatap mata indah Faheem.

"...cantik,"

Faheem mengangguk.

"Masuklah," pelawa Faheem.

Tanpa membuang masa, Dahlia mengatur langkah kearah rumah itu. Jubah abaya nya diangkat sedikit untuk berjalan kerana kainnya yang labuh.

Dahlia melihat pintu Faheem yang mempunyai kata laluan itu.

Kemudian Faheem datang sambil menarik luggage milik Dahlia. Dipandang Dahlia dan kata laluan di pintu itu. Baru dia sedar.

"um, kejap."

Cepat-cepat Faheem menekan kata laluan sambil menghalang penglihatan Dahlia untuk tidak melihat kata laluan yang ditekannya.

Dahlia juga tertanya-tanya. Tetapi apabila pintu terbuka mulut terkatup terlupa untuk bertanya. Cantik benar rumah ini. Minimalis.

Kaki berjalan masuk kedalam rumah itu sambil melihat sekelilingnya. Rumah ini berlantaikan mozek. Art frame penuh didalam rumah ini.

Hiasan nya sungguh cantik, tidak terlalu full atau least. Rumah ini bertingkat dua. Ruang tamunya yang sangat cantik, dilengkapi dengan sofa mewah dan perabot mahal yang lain.

"...awak design sendiri ke?"

Faheem mengusap belakang tengkuknya. Memang tidaklah dia yang design sendiri. Ada lingkup kalau dia yang design.

"Err...taklah, book designer jelah."

"Ouh.."

Seketika suasana hening. Tiada suara pula menyapa pendengaran mereka apabila keduanya diam tak berkutik.

"Faheem,"

Faheem menoleh kearah isterinya.

"Awak tak kisah ke sebilik dengan saya?"

Seketika Faheem terdiam. Dia langsung tiada niat hendak mengecilkan hati si isteri tetapi sungguh dia masih belum bersedia hendak sekatil malah sebilik dengan gadis ini.

"Jom, aku tunjuk bilik kau."

Dahlia melihat Faheem yang menuju keatas. Helaan dilepaskan. Tahu akan suaminya yang tidak sudi hendak sebilik dengannya.

SELESAI membersihkan tubuh, Dahlia melabuhkan diri diatas katil empuknya itu. Telefon dicapai lalu nombor si ibu didailnya hendak beritahu mereka selamat sampai kerumah baru.

"Ha helo?" sapa suara dari sana.

"Helo, assalamualaikum ibu. Buat apa tu? Kitorang baru aje sampai Johor."

"Waalaikumussalam. Alhamdulillah baguslah macam tu. Nak buat apa aje? Ada laki, sibuk mancing dengan Pak Ngah kamu. Ibu ni dah macam bermadu dengan dia pulak." leter Puan Darwiyah.

Tawa halus Dahlia kedengaran. Masak sangat dengan perangai bapa saudaranya suka merebut papa nya dari ibu nya.

"Alah, kongsi-kongsi lah."

"Banyaklah kamu. Ha ni, kamu tu buat apa? Faheem mana?"

"Dia dekat bilik-- Eh! Bukan dekat toilet. Ha dekat toilet." hampir saja Dahlia terlanjur kata.

"Ha yelah, nanti kirim salam dekat dia. Ibu nak pergi masak, abang kamu dah balik dah tu. Assalamualaikum."

"Okay, jaga diri. Waalaikumussalam." sambutnya.

Panggilan tamat disitu. Telefon diletak diatas katil. Helaan bosan dilepas.

"...nak buat apa ni," gumamnya dengan wajah bosan.

Kemudian dia terpandang akan hadiah-hadiah yang diberi orang ketika majlis akad nikah 2 hari lepas.

Tiada pilihan.

Dahlia duduk diatas katil semula dan mengambil semua hadiah-hadiah itu dan membukanya satu-satu. Teruja pula rasa. Iyelah, bila lagi nak merasa orang bagi hadiah kan?

Kotak hadiah ketiga diambilnya. Ia berwarna merah jambu. Dibuka kotak itu. Terlihat ada satu set jam couple. Bukan jam murah-murah ni. Cartier cok!

"Cantiknya..."

Kad terselit lalu dibukanya.

𝒮ℯ𝓁𝒶𝓂𝒶𝓉 𝒫ℯ𝓃𝓰𝒶𝓃𝓉𝒾𝓃 ℬ𝒶𝓇𝓊
~𝒲𝒶𝒻𝒾 ℳ𝒾𝓀𝒶ℯ𝓁

Wafi? Tetapi sejak bila pula dia datang ke majlis akad nikah haritu? Rasanya bayang-bayang dia pun Dahlia tidak nampak.

Atau memang dia kirim pada Puan Darwiyah agar diberi pada Dahlia.

Dahlia termenung sendiri.

Apa kering ke hati Wafi? Dahlia menolak risikannya  boleh pulak dia bagi hadiah nikah pada nya dan Faheem. Tidakkah dia sakit hati?

Atau dia memang benar-benar sudah redha? Dahlia tidak tahu. Dia memang hendak bertemu muka dengan Wafi. Tetapi selepas saja Dahli menolak risikannya, Wafi seperti mengelakkan dirinya daripada Dahlia. Serba salah rasanya.

Tentu saja Dahlia tidak salahkan Wafi. Dia sendiri yang bersalah disini. Memberikan Wafi harapan dengan mahukan perhatian darinya seolah-olah mempunyai rasa yang sama padahal tidak.

Kuku dikuis sendiri.

Tiba-tiba ketukan dipintu menyentakkan lamunannya.

"Dahlia," seru suami dari luar.

"Kejap,"

Dahlia cepat-cepat menyarungkan tudung sarungnya lalu membuka pintu.

"Ye?"

"Jom makan,"

"Eh tapi saya belum masak." katanya dengan gelisah.

"Takpayah, aku dah masak." kata Faheem dengan tenang.

"Awak masak??" soalnya tidak percaya.

"Bukan masak apa pun. Sardin aje pun. Aku masak? Lambat lagi. Dah jom." ajaknya.

Mahu saja Dahlia hamburkan tawanya disitu.

𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧Where stories live. Discover now