𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭 1

359 13 0
                                    

DAHLIA berjalan masuk kedalam kelasnya dan terlihat dua orang sahabatnya sedang tersenyum lebar padanya sambil menunggu Dahlia duduk ditempatnya.

"Lambat sampai... Tidur lewat la tu.." sembur Dian. Sahabat baiknya, seorang yang terus sembur depan kalau tak suka.

"Takdelah... Buat math lah,kan cikgu Mariam nak tengok harini."

"Sumpahlah dah siap? Aku satu karat apa pun tak siap lagi.." Nasuha menyampuk.

"Tulah aku dah ajak buat sekali,korang taknak."

"Bukan taknaklah. Aku busy." balas Dian.

"Busy taik kucing!" sembur Nasuha pula.

Dahlia menggeleng sahaja melihat dua ketul manusia itu. Matanya kemudian beralih ke tempat duduk Faheem. Lelaki itu belum datang. Selalunya kalau dah pukul 7:10 dia dah datang. Tapi harini lambat pula?

"Dahlia! Ada orang minat kau.." ujar Dian.

"Heh?"

"Tu... Apa nama dia Suha?"

"Ish! Wafi lah!" balas Nasuha sambil menepuk sedikit lengan Dian.

"Ha. Haah si Wafi kelas sebelah. Dia suka kau."

"Mana korang tahu?"

"Erm minah ni... Ada pulak dia pergi curi-curi dengar Wafi borak dengan member dia." kutuk Nasuha.

"Heh! Heh! Correction! Aku terdengar je.."

"Sama je lah.."

Berkerut wajah cantik Dahlia. Wafi tu ketua pengawas. Pendek cerita memang pakej lah. Sudah lah pandai, top student, kacak. Apa sangat la jika nak dibandingkan dengan dirinya ini.

"Kau taknak accept? Helok aje mamat tu ha." Dian mula menyoal.

"Taknaklah... Kita nak SPM lah tahun ni,aku nak fokus.. Lagipun Wafi tu takkan nak nye bercinta."

"Ish kau ni boring lah!" ditolak sedikit bahu Dahlia.

"Ish kau ni! Biarlah dia nak fokus! Bukan cam kau! Gatei! Merenyam je 24 jam!"

DAHLIA,Dian dan Nasuha berjalan ke kantin untuk makan tengah hari. Sedang mereka berborak, Dian ternampak Wafi sedang beratur untuk membeli makanan.

Dian memberi isyarat kepada Nasuha untuk perlahan-lahan meninggalkan Dahlia dan Wafi berdua. Apabila Dahlia beratur, dia melihat kedua makhluk Allah itu sudah menghilang. Kurang ajar!

Dahlia memandang depan semula. Baru perasan Wafi tinggi lampai itu dihadapan nya. Dia sekadar senyum biasa saja kepada lelaki itu tanda menegurnya.

Wafi membalas senyuman itu. Sedikit sebanyak cair juga lelaki itu dengan senyuman manis Dahlia.

"Dahlia.."

"Ye?"

"Ibu kirim salam.."

"Ohh waalaikumussalam... Lama tak jumpa aunty... Aunty macam mana? Sihat?"

"Alhamdulillah sihat... Dia ada tanya pasal awak haritu,saya tak tahu nak jawab apa sebab dah lama tak nampak awak kan so saya cakap jelah awak okay..."

"Oh... Haah... Tulah..." digaru kepala yang berlapik tudung bawal sekolah itu.

"Eh takpelah saya pergi dulu... Bye.." Wafi melambai pada Dahlia.

Dahlia sekadar mengaanguk saja dan memberikan senyuman.

"Eleh... Kata nak fokus SPM konon..." tiba-tiba saja suara Dian kedengaran dari belakang.

𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧Where stories live. Discover now