𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭 8

182 12 4
                                    

CINCIN indah tersarung dijari ditatap lama. Cincin permata ini sepatutnya berada pada arwah Sara dan sememangnya ini lah cincin pilihan Faheem buat Sara dan bukan buat Dahlia.

Selesai saja majlis pembatalan wudhuk, Faheem menghilangkan diri. Menjauhkan diri dari Dahlia. Bukan benci. Tetapi masih belum terima kenyataan yang Dahlia lah isterinya sekarang dan bukan arwah Sara.

Sejak Sara meninggalkan pesanan buat Dahlia untuk mengantikan tempatnya sebagai pengantin perempuan buat Faheem, lelaki itu tidak langsung bercakap dengannya. Mahu menatap mata pun tidak sudi.

Sekarang ditinggal pula seorang diri duduk bersimpuh di masjid.

Apa lah nasib.

Puan Darwiyah setia berada disisi anak. Dato' Daris berada di luar masjid bersama Dato' Khalid. Cuba menelefon Faheem. Sudah beberapa kali panggilan dibuat. Tapi tetap sama juga.

"Abang budak ni off telefon dia tu,geram betul saya.." terkumat kamit mulut Hajah Aisyah membebelkan anaknya.

Dato' Khalid tiba-tiba terfikir. Boleh jadi sekarang Faheem ditanah perkuburan. Melawati kubur Sarah.

"Aisyah,"

"Ye,"

"Tengok-tengokkan menantu kita. Abang pergi cari Faheem." arah Dato' Khalid sambil memegang bahu si isteri.

"Tu nak cari kat mana pulak?"

"Takpe jangan risau,"

Dato' Khalid meminta diri kepada Dato' Daris. Kereta berjenama nya keluar daripada kawasan masjid dan berlalu pergi.

Hajah Aisyah berjalan kearah menantunya. Muram wajah berseri itu. Sudah tentu lah, baru lepas akad nikah dah kena tinggal.

Hajah Aisyah duduk disebelah menantunya.

"um, Dahlia.."

Tangan mulus yang sejuk itu disentuh oleh ibu mertuanya. Bagi tanda hormat dia mengangkat wajahnya menyahut seruan ibu mertua.

"Jangan risau ye, Faheem ada je dekat sini.." jelas Hajah Aisyah hendak menyenangkan hati menantunya. Walhal dirinya pun tidak tenang lepas si anak meninggalkan majlis begitu saja.

Dahlia hanya mengangguk perlahan dan memaksakan senyuman.

Hajah Aisyah membalas senyuman dan melihat kearah Puan Darwiyah. Tahu jika keluarga di pihak pengantin perempuan terguris hati.

Tunggu saja la nasib anak teruna itu bila dia pulang nanti.

JARI jemarinya digenggam kemas sambil dibawa ke mulut menahan agar tidak mengeluarkan sebarang suara. Gigi diketap rapat. Anak mata tepat menatap kubur dihadapannya.

𝗔𝗹-𝗙𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗵
𝗡𝘂𝗿 𝗦𝗮𝗿𝗮 𝗔𝘁𝗵𝗲𝗲𝗿𝗮 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹
12.11.1998 - 4.3.2024

Kemudian tangan dibawa ke batu nisan itu. Diusapnya dengan sebak. Dicengkamnya dengan kemas tidak mahu lepas.

Hampir dua bulan wanita ini meninggalkannya. Bakal isterinya. Namun takdir berkata lain. Dahlia Amanda ialah isterinya yang sah sekarang dan bukanlah Sara Atheera.

Hendak menidakkan segalanya tetapi dia hanyalah manusia yang lemah. Dia percaya akan takdir Allah, tetapi hendak menerima Dahlia ke dalam hidupnya dengan secara tiba-tiba tidak mudah, mungkin...tidak akan pernah.

Perlahan-lahan esakan seorang lelaki kedengaran. Esakan lembut.

Terasa tangan lain lembut menyapa bahu sasanya. Faheem hanya berterus-terusan menangis. Dato' Khalid menghela nafas lembut kemudian ditarik Faheem agar tidak berada didalam kawasan kubur untuk menghormati penghuni kubur.

Pagar ditutup kepala ditoleh kearah Faheem yang tersedu-sedan.

"Faheem--"

Belum sempat Dato' Khalid hendak meneruskan kata, tiba-tiba dipotong oleh Faheem.

"Faheem tak boleh pa," suaranya sedikit bergetar.

Merayu agar mereka tidak memaksanya untuk menerima keadaan, menerima DAHLIA. Dia tak boleh. Dia tak kuat.

"Faheem...Papa tahu papa tak layak nak cakap benda ni sebab papa tak berada dekat tempat Faheem, tapi Faheem anak papa. Dahlia pun anak papa sekarang... Papa sayang anak-anak papa. Buatlah demi papa,mama."

"...papa tahu tak mudah untuk Faheem terima sesiapa atau Dahlia sendiri. Tapi Dahlia dah jadi sebahagian dari hidup Faheem.. Dia sendiri pun taknak benda ni jadi... Tapi dia terpaksa kuat untuk ibu dengan papa dia.. Untuk Faheem."

Didakap tubuh si anak. Digosok belakang Faheem memberi kekuatan tatkala si anak teresak-esak menangis.

"Baliklah.. Dahlia tunggu."

KEPALA ditunduk ke jarinya saja. Menatap cincin berbatukan permata diatasnya. Sungguh indah tersemat dijarinya.

Bibir sesekali dikemam.

Para tetamu sudah pulang apabila pengantin lelaki tiba-tiba saja menghilangkan diri meninggalkan pengantin perempuan. Hendak elakkan dari sebarang fitnah, Hajah Aisyah dan Puan Darwiyah meminta agar para tetamu pulang dahulu.

Air mata disekanya perlahan. Baru saja menjadi isteri 2 jam yang lalu, dia sudah terasa hati.

Jari jemari digenggam sendiri antara satu sama lain. Rasa ingin saja menjerit melepaskan rasa sakit di lubuk hatinya.

Hanya tangisan saja yang keluar.

Tapak kaki seseorang kedengaran. Melihat kakinya saja sudah tahu siapa. Dahlia langsung tidak mengangkat kepalanya untuk melihat suaminya yang sudah kembali selepas dua jam menghilangkan diri.

Mata Faheem  menatap tubuh isterinya yang duduk bersimpuh diatas karpet masjid itu. Tahu isterinya cukup makan hati dengannya.

Perlahan-lahan Faheem menjatuhkan tubuhnya sedikit dan duduk dihadapan Dahlia. Tangan lembut itu dicapainya. Dipegangnya, diusap cincin yang tersemat dijari manisnya itu.

Makin sebak Dahlia dibuatnya. Jatuh lagi air matanya. Hendak dikesat air mata, tangan dipegang. Begitu juga dengan hatinya. Hendak menjadi seorang yang kuat, tapi hati dicengkam takdir bak tidak mahu lepas.

Dahlia dibawa kepelukan. Tangannya mengusap belakang tubuh genit itu. Didakap erat Dahlia hendak memujuk.

"...aku tak kuat, Dahlia."

𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧Where stories live. Discover now