BEBERAPA bulan telah berlalu... Sekarang masing-masing sudah meningkat usia. Setelah tamat zaman persekolahan masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Begitu juga dengan Dahlia.
Usianya sendiri sudah meningkat 22 tahun. Dia menyambung pelajarannya di London ketika usianya 19 tahun. Dan kini sudah 4 tahun dia berada di sini.
Kadangkala dia akan pulang ke Malaysia apabila cuti panjang. Tak betah lama-lama di negara orang. Sudahlah perempuan, sendirian pula.
Tubuh direbah di atas tilam empuk. Telefon pintar dicapai. Nombor Puan Darwiyah didailnya.
Menunggu ibunya menjawab telefon.
"Helo," kedengaran suara ibunya disini.
"Assalamualaikum,ibu.."
"Waalaikumussalam.. Kenapa ni call tiba-tiba?"
"Eh nak call pun dah tak boleh ke??" balas Dahlia.
"Selalunya kalau nak balik Malaysia je call, ha kenapa? Nak balik ke?"
"Ibu ni, tahu-tahu je dia..."
"Hm.. Dah agak dah. Bila balik?"
"Erm... Lagi dua hari. Hari Sabtu. Tapi Manda cuti tak lama lah. Dalam 4 hari camtu aje.."
"Lah pastu kenapa tergesa-gesa sangat nak balik?" hairan ibunya.
"Aih? Nak balik pun tak boleh?"
"Bukan tak bolehlah, nanti Manda juga yang penat. Ulang-alik dari London ke Malaysia. Tak penat ke naik flight?"
"Manda sunyi la kat sini..."
"Eh buat macam tak biasa pulak. Sabar la sikit, tahun ni last kan.."
"Tahu... Takpelah nanti kirim salam dekat papa dengan abang ea? Assalamualaikum.."
"Yelah waalaikumussalam..."
Panggilan mereka tamat disitu. Telefon diletak disebelah kepala. Nafas dihembus.
Teringat pula akan tiga orang sahabatnya yang jauh di Malaysia. Mereka buat apa ya sekarang? Sudah lama dia tidak menelefon mereka. Mereka juga tidak menelefonnya. Ada haritu, hanya sekadar tanya khabar saja.
Tidak pula ada cerita-cerita tentang hal lain.
NASUHA dan Dian setia menunggu dan menemani Sara disisi tatkala dia dimasukkan kedalam wad apabila Sara disahkan menghidap penyakit kanser paru-paru tahap kedua.
Tipu jika mereka kata mereka tidak terkejut. Tentu saja terkejut. Paling teruk, sudah seminggu Sara ditahan wad dan gadis itu langsung tidak memberitahu mereka. Alasannya, tidak mahu mereka risau.
Sekarang dia bersikeras tidak mahu memaklumkan pada Dahlia tentang penyakitnya. Katanya Dahlia sedang sibuk sambung belajar dan tidak mahu menganggunya.
Geram pula Dian dan Nasuha. Degil benar Sara.
Dian tertidur di sofa manakala Nasuha pula setia berjaga menunggu Sara disisi. Lepas saja doktor memberi Sara ubat, gadis itu tertidur kepenatan.
Nasuha di dalam dilema. Patutkah dia beritahu saja Dahlia tentang penyakit yang menganggu Sara sekarang? Lambat laun, Dahlia pasti akan tahu juga.
Sedang dia termenung tiba-tiba pintu dikuak. Seorang lelaki tegap yang memakai uniform lengkap tentera darat masuk.
Siapa lagi kalau bukan tunang Sara, Faheem. Sekaramg dia sudah mendapat gelaran Leftenan Muda.
Dia menutup pintu kembali dengan perlahan, tidak mahu menganggu lena Sara. Mata memandang kearah Nasuha yang duduk diatas kerusi disebelah katil Sara.
"Sara macam mana?" soalan pertama yang terpacul dari bibir Faheem.
"Tadi doktor baru je bagi dia ubat, lepastu terus terlelap. Penat sangat la tu.." balas Nasuha.
Faheem mengangguk. Wajah pucat itu ditatap. Risau menjengah hatinya. Jujur dia kata bila dia menerima berita bahawa Sara batuk darah minggu lepas dan ditahan wad, hatinya resah saja.
Tak pernah nak tenang.
Lagi-lagi bila dia dihantar ke misi di luar negeri. Rasa mahu ambil cuti panjang saja untuk jaga gadisnya satu ini.
Nasuha memandang Faheem.
"Kau jangan risau lah.. Doakan yang baik-baik. In sha Allah, dia akan okay.."
Faheem berdiam diri. Bagaimana dia hendak positif jika Sara menghidap kanser paru-paru tahap kedua? Bukan tahap pertama. Sudah tahap kedua.
Faheem lekas buang fikiran negatifnya itu.
"Bawa lah Dian balik, korang mesti penat. Baliklah dulu,"
Nasuha mengangguk. Dia bangun dari kerusi dan berjalan kearah Dian yang sedang lena diatas sofa itu.
Nasuha perlahan mengejutkan Dian dari lena.
"Dian, bangun.. Jom balik,"
Mata terkebil-kebil melihat sekeliling. Terlihat Faheem berada disisi katil Sara. Matanya kembali pada Nasuha.
"Kenapa...?" suara serak tidur nya kedengaran.
"Jom balik, penat sangat kau ni. Faheem ada, dia jaga kejap. Nanti ibu Sara datang."
Dian mengangguk. Dia menguap sambil bangun dari sofa dan menggeliat sedikit. Beg sandang digalasnya.
"Nanti kalau ada apa-apa bagitahu kitorang.." pesan Nasuha.
Faheem mengangguk.
"Thanks,"
Nasuha mengangguk.
YOU ARE READING
𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧
Roman d'amourMelepaskan seseorang untuk orang yang disayanginya... Perit... Namun dia melebihkan persahabatan dari hubungan percintaan. Dialah Dahlia Amanda. Disaat usia nya masih remaja,tentu saja dia ada seseorang yang dia kagumi dan cintai. Dia ialah Faheem A...