𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭 12

177 11 0
                                    

FAHEEM meletakkan segala jenis ubat-ubatan yang baru dibelinya tadi di atas nightstand di sebelah katil yang diduduki Dahlia sekarang.

Dahlia terlelap sambil menunggu suaminya pulang dari farmasi. Jadi Faheem meletakkan saja ubat-ubatan dan sebotol air mineral disebelah Dahlia.

Apabila Dahlia terjaga, pandailah dia makan ubat nanti.

Faheem menarik selimut tebal itu agar benar-benar menutupi tubuh Dahlia. Lampu bilik ditutup dan kaki melangkah keluar untuk sambung menyambut tetamu.

Setiba saja dia dibawah, pandangannya disapa dengan sosok tubuh Wafi yang berada diruang tamu itu. Sedang membaca doa kesyukuran.

Habis saja doa kesyukuran dibaca, Wafi mengangkat wajahnya dan terlihat Faheem disitu. Dia meminta diri kepada Dato' Daris dan berjalan kearah Faheem.

Tangan disua untuk berjabat. Faheem menyambutnya.

"Kau apa khabar?" Wafi membuka suara.

Faheem sekadar memberi anggukan.

SUASANA hening diantara dua lelaki ini. Langsung tiada suara kedengaran diantara mereka berdua sehingga Faheem membuka bicara.

"Kau macam mana sekarang,"

"Macam nilah," balasnya bersahaja.

Faheem menjongketkan keningnya. Macam umum saja balasan Wafi.

"Dengan cafe aku, dengan family itu ajelah. Macam mana lagi?" Wafi menyimpulkan jawapannya.

"Maksud aku, pasal Dahlia."

Wafi hanya mengukirkan senyuman lalu tangan dimasukkan kedalam poket seluar baju melayunya itu.

"Dah kenapa pula aku nak sibuk fikir pasal bini orang?"

Faheem hanya tersenyum sinis. Bukan dia baru kenal sahabat lamanya ini. Wafi. Hm kenal sangat. Selalu sembunyikan perasaan.

"Kau tak marah aku rembat dia daripada kau?" soal Faheem pula.

"Gila tak marah. Tangan aku dah lama gatal nak tumbuk orang."

"...tapi tulah, bila fikir balik aku takde hak pun nak marah. Dah dia pilih kau takkan aku nak paksa dia pilih aku pulak?"

"Takkan semudah tu aje kau terima?"

"Habis? Kau nak aku rebut dia dari kau ke? Dah habis fikir ke kau ni?" soalnya dengan gurauan. Saja hendak mengusik Faheem sedikit.

Faheem hanya senyap. Dia pun tidak tahu. Dia tidak tahu apa perasaannya terhadap Dahlia. Tetapi apabila memikir kemungkinan bahawa Wafi mahu merampas Dahlia darinya agak menggugatkan hati seorang Faheem.

"Borak kosong jelah kau. Dah tak payah mengarut. Jaga aje Dahlia, dia nak kau je." kata Wafi.

"Susah untuk aku terima dia sekarang," ujar Faheem tiba-tiba.

Wafi melihat kearah Faheem yang ralit menatap kolam dihadapan mereka.

"Susah lagi aku nak lupakan arwah Sara," sambungnya lagi dengan redup.

"Sampai bila kau nak macam ni?" soal Wafi.

"Entah,"

"Haih... Kau kena ingat isteri kau sekarang Dahlia. Bukan Sara. Sara hanya kisah silam kau aje. Aku tahu tak mudah untuk kau lupakan dia, tapi sampai bila?"

"Aku cintakan dia, Fi."

"Aku tahu, tapi kau kena belajar terima takdir. Terima Dahlia dalam hidup kau."

Wajah kacaknya diraup. Serabut apabila memikir hal ini. Bukan dia tak serba salah apabila Dahlia asyik makan hati dengan perangainya.

"Lagipun, Dahlia je satu-satu menantu yang mama kau ada. At least fikir lah pasal mama kau."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 24 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧Where stories live. Discover now