SETELAH sampai di bumi Malaysia, terus sahaja kaki menjejak lantai rumah. Bilik, tempat pertama ditujunya selepas bersapa dengan ibu bapa nya. Abangnya, Akashah yang menunggunya di lapangan terbang.
Tubuh direbah di atas katil dengan malas. Matanya menatap siling bilik. Entah apa yang menarik sangat dengan siling itu.
Tangannya mencapai telefon pintarnya. Nombor Sara didail.
"Helo?"
"Helo, Sara.."
"Ni aunty Shima."
"Oh! Aunty Shima ke.. Maaf.. Aunty Shima apa khabar?"
"Alhamdulillah, khabar baik. Kamu baru balik dari London ye?"
"Haah, mana aunty tahu?"
"Ibu kamu lagi bagitahu,"
"Oh... Sara ada tak?"
Berkerut wajah tua Puan Hashima disana. Tidakkah Dahlia tahu Sara di hospital?
"Kamu tak tahu?"
"Tahu apa?"
"Sara dekat hospital,"
Terus Dahlia bangun dari pembaringan. Terkejut
"Huh? Kenapa? Dia sakit ke?"
PINTU bilik di hospital dibuka dengan tergesa-gesa. Terlihat Nasuha dan Dian berada di sisi katil Sara sambil berborak. Terkejut mereka bertiga dengan kedatangan Dahlia.
Bila pula dia balik? Bagaimana dia tahu mereka di sini?
"...Dahlia,"
Dahlia melepas pintu itu dan berjalan kearah mereka bertiga.
"Sampai hati korang tak bagitahu aku..."
Nasuha dan Dian senyap sepi saja. Menggigit bibir. Mengkuis kuku sendiri. Sara cuba bangun dari pembaringan hendak jelaskan segalanya. Tapi dihalang Nasuha kerana dia masih belum stabil.
"Dahlia, aku--"
"Kalau ibu kau tak bagitahu aku, memang kau akan sorokkan benda ni sampai bila-bila ke?" Dahlia memintas Sara.
Tiba-tiba pintu dibuka. Figura tegap terpampang. Faheem. Faheem melihat mereka semua. Matanya beralih kearah Dahlia. Mata mereka bertembung.
Bila pula gadis ini pulang?
Nasuha menarik Dian dan berjalan ke pintu. Nasuha memberikan isyarat kepada Faheem untuk keluar dan membiarkan Dahlia dan Sara berdua sahaja.
LENGAN Sara ditepuk geram. Tawa halus Sara terletus. Marah benar Dahlia apabila tahu sebab Sara rahsiakan penyakitnya daripadanya.
"Dalam keadaan macam ni pun kau boleh gelak? Tak kelakarlah, Sara.."
"Jangan risaulah, aku okay aje. Lagipun masa kau dekat London, dua ketul tu jagakan aku."
"Kau patut bagitahu aku awal-awal. Aku balik, Sara. Aku akan balik." katanya.
"Ha sebab ni lah malas bagitahu kau," balasnya.
"Ish.."
Pintu dikuak. Terpampang wajah Faheem. Dahlia dan Sara beralih kearah pintu.
"Kacau ke?" soalnya.
Sara menggeleng dengan senyuman dibibir. Dahlia melarikan anak matanya kearah Sara. Tak sanggup hendak menatap lelaki itu lama-lama. Sudahlah kepunyaan orang. Kepunyaan sahabatnya pula.
Faheem berjalan kearah mereka.
"Mama ada buatkan tauhu begedil, haritu awak kata craving." Faheem meletakkan bekas makanan berisi tauhu begedil diatas meja makan itu.
Sara mengangguk.
"Terima kasih, susah-susah0 aje.."
Faheem melorekkan senyuman. Matanya beralih ke arah Dahlia.
"Dahlia, makan lah sekali." pelawanya.
"Hah? Ye, ye.. Terima kasih."
Sara melihat mereka berdua. Senyuman terloret.
"Saya dah nak kena pergi, nanti saya datang lagi." pamit Faheem.
Sara mengangguk.
"Hati-hati drive.. Bye,"
Faheem mengangguk lalu pergi.
MATA ralit menatap langit malam. Malam ini ada bintang-bintang dan bulan juga. Cantik dan bersinar menerangi langit gelap itu.
Sesekali nafas dihela.
Rasa berdosa.
Kenapa dia perlu ada rasa suka pada milik orang lain? Kuku ditekan antara satu sama lain. Mahu saja dia menjerit dengan sekuat hati.
"uh..."
Saat dia lihat cara Faheem memperlakukan Sara siang hari tadi, timbul rasa cemburu di dada. Mengapa dia harus rasa ini?
Dan saat Faheem menyapanya, jantungnya berdegup laju seolah-olah Faheem menyapanya dengan rasa padahal tidak.
Batu dibaling dengan geram. Geram dengan diri sendiri.
Dia juga buntu. Tidak tahu lagi bagaimana untuk membuang rasa ini. Berkali-kali dia minta pada Allah agar buang rasa suka dan cinta terhadap Faheem. BERKALI-KALI.
Tapi semakin hari, semakin terpaut.
YOU ARE READING
𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧
RomanceMelepaskan seseorang untuk orang yang disayanginya... Perit... Namun dia melebihkan persahabatan dari hubungan percintaan. Dialah Dahlia Amanda. Disaat usia nya masih remaja,tentu saja dia ada seseorang yang dia kagumi dan cintai. Dia ialah Faheem A...