𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭 4

201 11 0
                                    

DAHLIA melepaskan kasutnya lalu diletakkan di rak yang disediakan sebelum melangkah masuk ke dalam perpustakaan sekolah. Baru sahaja kepala berpusing sekilas,terlihat Sara dan Faheem duduk di meja yang sama dan berborak bertentangan. Berborak mesra ya!

Ditenung saja dua manusia itu. Kemudian Sara ternampak Dahlia dihadapan pintu perpustakaan itu. Merenung kearah mereka.

"Eh Lia! Sini lah." ajaknya sambil melambaikan tangan pada Dahlia.

Dahlia tersentak ditempat. Senyuman kekok terukir dibibir lembut itu. Mahu menolak tetapi tidak tahu bagaimana.

Tiba-tiba Wafi muncul entah dari mana.

"Dahlia?" soalnya hairan apabila gadis ini menghalang pintu dihadapan. Yelah, dah kenapa tercegat macam kayu kat situ kan? Halang orang nak masuk la.

"Eh ha! Wafi,"

"Err takpe lah Sara,kau sambung lah borak. Aku ada hal nak bincang dengan Wafi,"

Berkerut kening tebal Wafi itu. Sejak bila pula? Mereka ada janji apa-apa ke sebelum ni? Rasanya tidak.

"Eh Wafi,jom lah.." ajak Dahlia.

Anggukan diberi. Wafi kemudiannya menutup pintu dan membuntuti Dahlia. Dahlia sengaja mencari meja yang jauh dari Sara dan Faheem.

Bukan menghindarkan diri. Cumanya takut tidak dapat menahan diri melihat kemesraan dua manusia itu.

Wafi melabuhkan diri diatas kerusi.

"Awak nak bincang apa?" soalan mula terpacul dari mulut Wafi.

Ha sudah.

"Err...Pasal..."

Wafi setia menunggu si gadis berkata.

"Ha! Pasal MTD yang awak tak jadi nak masuk tu.."

Topik random dibuka Dahlia. Otaknya memang tak berfungsi untuk fikirkan topik lain yang hendak dibuka.

"Oh... Maktab Tentera tu.. Kenapa?"

"Saja nak tanya... Kenapa awak tak jadi masuk?"

"Oh.. Takde apa pun,rasa macam tak sesuai pula bidang tu untuk saya."

Celah mana entah yang tidak sesuai. Bukannya si Wafi ni tidak tahu matematik, sains dan mata pelajaran lain yang melibatkan bidang ketenteraan. Badannya juga sedang. Tinggi dan tegap.

Apa lagi yang kurang?

"Aik? Kenapa pulak?" tiba-tiba pula rasa ingin tahu. Sebelum ini mana pernah dia kisah. Bila Wafi buka cerita tiba-tiba ingin tahu.

"Um...Complicated sikit la wak,"

Berkerut dahi licin Dahlia.

"Ada macam-macam sebab. Salah satunya, jadi askar ni tak banyak masa sangat boleh luang dengan family. Tak kisah sangat kalau kena hantar pergi misi tapi takut tak sempat nak berbakti dengan ibu bapa la."

Baru Dahlia terfikir tentang itu. Betullah. Menggalas tanggungjawab sebagai seorang tentera bukanlah mudah. Melindungi negara dan keluarga.

"Second... Nanti saya pun nak ada family sendiri. Of course lah saya nak tumpukan perhatian pada isteri dengan anak-anak saya and besarkan family. Tak mudah, tak susah.."

Sejuk perut mak si Wafi. Bukan main gentle lagi lelaki ini. Berfikiran matang dan terbuka. Memikirkan segala kesan sebelum membuat keputusan.

"Bagus awak ni,"

Senyuman saja diberi. Inilah cara ibunya mendidiknya. Tak pernah-pernah dia lupa.

BEBERAPA bulan kemudian..

𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧Where stories live. Discover now