SUASANA sepi saja tatkala kedua manusia itu langsung tidak membuka mulut untuk berbicara. Dahlia lagilah memang langsung tak bercakap apa. Malu la kan bila berdepan dengan encik crush begini.
Dahlia mengangkat kepala melihat Faheem yang tinggi lampai sedang berjalan dengan tenang menemaninya pulang kerumah. Bila fikir balik Faheem teman dia begini,terharu pula.
"Faheem..." seru Dahlia perlahan.
Faheem menunduk sedikit memandang Dahlia.
"Hm?"
"Err..."
Dia tidak tahu bagaimana hendak tanya Faheem tentang ini. Argh! Menyesal pergi panggil dia!
Faheem masih menunggu Dahlia menyambung kata-katanya dengan penuh sabar.
"Kenapa? Kau okay tak?"
"Err takde apalah..."
Berkerut wajah Faheem. Kadang-kadang hairan juga Faheem dengan si Dahlia ni. Apabila mereka berdua saja,pasti Dahlia jadi tak keruan dan nampak janggal dengannya. Apa buruk sangat ke dia ni?
MALAM ini, ibu Dahlia Puan Darwiyah dan Dato' Daris hendak buat kenduri kesyukuran atas kepulangan anak sulung mereka yang berada di Itali. Daniel Akasyah.
Dato' Daris dan Puan Darwiyah hanya memiliki sepasang anak. Iaitu anak lelaki dan perempuan. Daniel Akasyah yang berusia 26 tahun dan anak bongsu mereka Dahlia Amanda yang berusia 17 tahun.
Ramai orang datang membantu dan makcik-makcik yang berusia sekita umur ibu nya mula memuji kejelitaan Dahlia sejak menganjak ke usia 17 tahun.
"Dulu makcik tengok kamu kecik molek aje... Sekarang dah besar ye... Boleh dah ni kahwin ye.." usik Maksu Kiah.
"Haah... Makcik ada anak lelaki. Sebaya kamu la ha... Kamu kenal? Si Adam?" Makcik Zaharah mula bersuara.
"Yelah kak, besar dah anak kamu ni ye... Cantik pulak tu. Dahlah rajin,pandai memasak..."
"Untung benor bakal suami kamu ye Amanda.. Pakej dapat bini..."
Bertalu-talu makcik-makcik disitu memuji nya. Bukan main kembang lah dia. Siap ada makcik yang nak meminang dia untuk anak lelaki mereka. Dia pula hanya memberikan senyuman saja. Kekok sebenarnya.
Dahlia meneruskan kerjanya. Dia tidak lah begitu mahir memasak. Semua dipelajari dari ibunya saja, Puan Darwiyah.
Puan Darwiyah tersenyum saja mendengar pujian positif yang dilemparkan mereka pada anak gadisnya.
Sibuk benar Dahlia, Puan Darwiyah, Dato' Daris sekarang berada di airport. Menunggu kepulangan putra tersayang.
DENGAN kaca mata hitam di mata menampakkan betapa maskulinnya Daniel Akasyah. Dia menanggalkan kaca matanya saat dia tiba di rumahnya dan memeluk erat si ibu.
"Ibu sihat?"
"Sihat alhamdulillah... Kasyah macam mana? Sihat?"
"Alhamdulillah..Sihat juga,"
"Pergilah,kalau nak mandi ibu dah letak towel semua dekat bilik eh.."
"Okay ibu,thanks.."
"Ha yelah.."
Setelah itu,dia masuk ke rumahnya. Dapat dilihat ramai wanita sedang sibuk memasak. Bukan itu sahaja, ada juga gadis yang sibuk menatap ketampanannya. Dia hiraukan saja lalu naik ke atas untuk berehat seketika.
Karang ada juga potong tembikai terpotong jari tu ha.
Dia menghempaskan tubuh sasanya ke tilam empuk.
Dia membuka telefonnya dan menatap gambar majlis pertunangan nya dengan si dia dulu. Dia menghelakan nafas. Wanita itu memutuskan pertunangan mereka angkara orang ketiga.
Dia tidak pasti dimanakah gadis itu sekarang.
MALAM menjelang,dimana para tetamu mula berpusu-pusu tiba di rumah Dato' Daris. Dahlia tidak henti melakukan kerja dari petang hingga ke malam.
Dahlia meletakkan dan menyusun bekas lauk di luar dengan teratur. Ketika hendak masuk kerumah semula, tiba-tiba saja kepala menyapa dada keras.
"Aduh!"
Dia mengangkat wajah dan melihat gerangan itu.
"Eh, Wafi.. Err baru sampai ke?" soal Dahlia.
"Haah... Dahi awak okay tak tu? Sakit ke? Sorry, sorry.."
"Eh haha takpe okay je. Saya lah yang cuai sangat."
Sedang rancak dia berborak dengan Wafi dia terlihat Faheem baru sahaja tiba dan langsung tidak perasan akan dirinya.
"Err jemput lah makan... Saya nak sambung kerja sikit..."
Wafi mengaanguk sambil tersenyum pada Dahlia. Alah... Manis benar gadis dihadapannya ini. Berbaju kurung cotton brown dengan tudung bawal berwarna cream. Sesuai untuk Dahlia. Nampak comel gitu.
Dahlia cepat masuk kedalam. Rasa makin rajin pula bila si Faheem datang. Bukan dia tidak lihat cara Faheem berborak dengan papa nya. Ada dah tu ciri-ciri menantu mithali.
Tersengih dia sendiri. Kacak benar Faheem malam ni.. Dengan baju melayu berwarna royal blue ditubuh sasa nya. Aish! Tergugat iman!
Mummy dia mengidam apa masa mengandungkan dia? Taehyung BTS ke? Apasal lah kacak sangat!
Dia meneruskan pekerjaannya yang tertunggak tadi sambil menggeleng. Ish teruk betul fikirkan pasal anak teruna orang!
KETIKA Faheem sedang makan, Dahlia curi-curi memandang wajah tampan itu. Bertuah betul kan bakal isteri dia... Dapat suami kacak... Rajin,sopan santun... Aiseh!
Nampak santai saja gayanya..
Tapi apa yang Dahlia perasan pada lelaki ini,dia tak pernah bagi hint atau tunjuk pun yang dia juga turut suka akan dirinya. Hanya Dahlia yang terhegeh-hegeh dan beria mendekatinya.
Apa dia ni desperate sangat ke nak kan Faheem?
Tiba-tiba dia mengeluh sendiri. Memang setiap saat hanya Dahlia saja yang perasan sendiri dan terlalu mengharap agar Faheem turut menyukai nya dan mempunyai perasaan yang sama bagaimana Dahlia rasa padanya.
Ke dia dah ada orang lain? Cantik ke?
Manakan tidak, Faheem langsung tak pernah tunjuk yang dia berminat nak dekat atau kenali Dahlia lebih dalam. Apa yang Dahlia nampak, Faheem hanya melayannya seperti dia melayan perempuan biasa yang lain. Apa dirinya ini tidak istimewa ke bagi dia?
Ke betul dia suka orang lain? Kalau macam tu... Dia suka siapa?
YOU ARE READING
𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧
RomanceMelepaskan seseorang untuk orang yang disayanginya... Perit... Namun dia melebihkan persahabatan dari hubungan percintaan. Dialah Dahlia Amanda. Disaat usia nya masih remaja,tentu saja dia ada seseorang yang dia kagumi dan cintai. Dia ialah Faheem A...