SUASANA sepi saja tatkala mereka berdua langsung tidak membuka mulut untuk berbicara. Dahlia sesekali menoleh kearah Faheem.
"...kenapa kau sukakan aku?"
Terpinga-pinga Dahlia dibuatnya. Soalan cepumas ditanya si Faheem.
"a...apa?"
"Kenapa sukakan aku?"
Dahlia menunduk mengenggam tangan sendiri. Pipi dalam digigit sedikit.
"Penting ke untuk awak tahu?"
Faheem mengangguk.
"Baru lah aku tahu kau suka aku kenapa."
"Tak payahlah tahu..."
"...malu lah," dia menggumam perlahan.
Faheem tersenyum senget.
"Nanti aku balik sini, cerita lah. Nak dengar."
Dahlia menguis kukunya sedikit sambil melirik kearah suami.
MATA terkedip-kedip memandang Faheem. Menunggu giliran untuk salam dengan suaminya. Faheem sibuk bersalaman dengan ibu bapanya sebelum dia berangkat ke Johor.
Pandangan Faheem beralih kearah isterinya. Tangan tua Hajah Aisyah dilepaskan perlahan-lahan sebelum dia menuju kearah Dahlia.
Dahlia tidak keruan. Seperti cacing kepanasan. Nak cakap apa? Jaga diri? Yelah, mestilah jaga diri. Jangan lupa makan? Takkan lupa makan pula.
Lelaki itu berdehem.
"Jaga diri, jangan lupa solat." pesan Faheem.
Dahlia Amanda memberi angguk perlahan.
"...nanti dah sampai, call eh?"
Angguk dibalasnya. Tangan disua.
Perlahan-lahan Dahlia menyalami tangan suaminya lalu dicium kekura tangan itu. Kepala diangkat semula menatap suami.
Kepala isteri diusap seketika sambil senyuman kecil diberinya.
Manakala Hajah Aisyah tersenyum lebar sahaja memandang anak menantunya. Tentu saja gembira melihat Faheem mencuba membuka hati untuk Dahlia.
"Seronok kan tengok anak kita bang," ujar Hajah Aisyah pada Dato' Khalid.
"Alhamdulillah,"
"Tak sabar saya nak timang cucu bang."
"In shaa Allah, awak pun jangan lah pressure diorang sangat."
"Eh awak ni! Mana ada, saya cuma taknak diorang melambat-lambatkan benda baik. Masa muda nilah nak timang anak, nanti dah tua dah tak larat."
"Aih, apa-apa lah Siti Aisyah oi.."
BADANNYA dibaringkan diatas katilnya. Baru sahaja beberapa jam ditinggal Faheem, sudah rindu. Ini belum lagi Faheem pergi ke misi yang di luar negara. Entah bagaimana nanti.
Keluhan perlahan dilepas. Telefon dicapai. Dibukanya. Menunggu panggilan dari Faheem.
"...taknak call ke," gumamnya.
Mata berkeliling memandang siling bilik.
Tiba-tiba telefon berdering. Cepat-cepat dia melihat skrin mengharap Faheem yang menelefonnya.
Dian.
Dahlia menghela nafas. Sangka suami yang menelefon. Dia menjawab panggilan itu.
"Helo, assalamualaikum."
"Waalaikumussalam, buat apa tu?"
"Buat apa... Kat rumah jelah. Kenapa?" balasnya tidak bersemangat.
"Aih? Pehal ni? Dah macam kerang busuk dah bunyi. Kenapa?" soal Dian.
"Haa, ni mesti kes laki tinggal. Kan, kan?" teka Dian.
"Ish kau ni, takdelah." nafinya.
"Eleh nak nipu aku konon. Call ajelah kalau rindu,"
"...bukan taknak call, mana tau dia busy. Taknak lah kacau dia."
Dian menggeleng sendiri.
"Suka kau lah. Ni mama pesan, jangan lupa datang majlis tunang aku." ujarnya malas-malas.
Tidak ada mood hendak berbicara tentang ini. Sudahlah lelaki itu pilihan mama nya. Tunang paksa mungkin.
"Kau ni dah kenapa. Tak happy je bunyi?"
"Malaslah cakap pasal benda ni. Tua sangat ke umur 26? Mama tak habis-habis paksa aku terima dia. Semak tau tak." luah Dian dengan geram.
"Ish kau ni! Dia tu dah nak jadi tunang kau tau, tak lama lagi, laki kau. Kau cubalah terima dia. Aku tengok baik aje dia. Celah mana yang kurangnya?"
"Amboi, amboi. Sejak bila kau jadi dukun cinta pulak ni? Mana kau tau dia baik? Kalau dia baik macam yang kau cakap tu, takde maknanya aku tak suka dia. Ih dahlah malas aku cakap pasal benda ni." balas Dian.
"Suka kau lah,"
YOU ARE READING
𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧
RomanceMelepaskan seseorang untuk orang yang disayanginya... Perit... Namun dia melebihkan persahabatan dari hubungan percintaan. Dialah Dahlia Amanda. Disaat usia nya masih remaja,tentu saja dia ada seseorang yang dia kagumi dan cintai. Dia ialah Faheem A...