Bab 51

1.5K 52 15
                                    

      Kedinginan Qairul terhadapnya semakin menjadi-jadi. Bukan setakat itu sahaja, Qairul juga sudah berani pulang lewat sejak akhir-akhir ini. Acap kali dia bertanya ke mana Qairul pergi, namun lelaki itu tidak menjawab. Apabila didesak, dihamburkan kemarahan kepadanya. Hanan hanya mampu diam walaupun di dalam dasar hatinya terluka dengan Qairul. Dia cuma mahu tahu ke mana selama ini suaminya pergi.

Salah dia ke sebab bertanya?

Tetapi walaupun dia ditegah oleh Qairul, tetap sahaja dia menunggu kehadiran lelaki itu sehingga pulang. Sampai tertidur dia diatas sofa. Kalau tertidur tu, sampai ke esok kedudukan dia masih sama berbaring seperti semalam. Ada kalanya, lelaki itu aku gerak dia tetapi layanan itu penuh dingin. Dingin sangat, dia dapat rasakan.

Hanan termangu merenung sejadah sambil tangan menekan-nekan tasbih digital. Mulutnya juga tidak henti bergerak-gerak mengalunkan zikir.

Rasa kosong kembali himpit ke dadanya. Dia rasa kesunyian. Terasa diabaikan.

Dia bencikan perasaan ini.

Tangan diangkat, menadah tangan untuk berdoa. Merayu-rayu dia memohon kemaafan di dalam doanya kepada sang pencipta. Tidak putus-putus doanya terhadap kedua-dua ibu bapanya dan suami yang dia sanjungi. Dia cuma mampu berdoa semoga hati suaminya berlembut dengan dia. Buat kesekian, dia menangis lagi disetiap doanya.

Usai berdoa dia terus bangun melipat sejadah lalu diletakkan ke hujung katil. Seperti biasa, Hanan sedikit terasa lapang selepas meluahkan segala yang dia pendam di dalam doanya.

Hanan keluar dari bilik bersama telekung ditubuh lalu menuruni tangga menuju ke sofa. Tempat biasa dia menunggu kepulangan Qairul sejak akhir-akhir ini. Dah jadi satu tugas baru untuknya.

Dia duduk di atas sofa. Kedua-dua kakinya diangkat untuk memeluk tubuhnya. Tangannya tidak henti menekan-nekan tasbih digital beserta mulut basahnya kering mengalunkan zikir. Hujan renyai-renyai di luar rumah jelas kedengaran.

Suasana sepi yang membelenggu dirinya membuatkan Hanan sedikit tidak senang duduk. Mahu membuka tv pun dia takut memandangkan kedengaran guruh berdentum dilangit.

Hakikatnya dia sangat takut dengan guruh yang berdentum sehingga menyambar kilat. Dia paling tidak suka, lagi-lagi ditinggalkan seorang diri seperti ini. Namun, dia cuba beranikan diri. Dia tetap akan menunggu Qairul di sini.

Lama dia berzikir cuba menangkan hatinya yang gundah sehingga matanya mula terasa memberat, mengantuk. Kepalanya berkali-kali mahu terlentok ke sofa, namun ditahan.

Rasa kantuk yang bermaharajalela di dalam dirinya membuatkan Hanan tidak tahan lagi. Akhirnya dia terlena merengkok di atas sofa sambil memeluk tubuhnya yang masih bertelekung.

Lena sangat.

Entah berapa lama dia terlena. Tiba-tiba dia merasakan ada satu tangan yang menepuk bahunya lembut. Mulanya dia malas nak melayan tetapi bila terasa kuat cengkaman dibahunya baru dia mencelikkan matanya.

"Awak baru balik?" soal Hanan dalam mamai. Matanya kecil memandang Qairul yang duduk disebelahnya.

Qairul pandang Hanan lama. Hanan pula sudah kuyu matanya memandang Qairul juga. Kepala dijatuhkan kembali ke sofa. Rasa mengantuk masih menguasainya dirinya. Dia hanya fikir nak tidur sahaja sekarang.

"Aku dah cakap kan, tak payah tunggu aku. Kenapa kau ni susah sangat nak faham?" tegur Qairul berbau tegas. Wajah lelaki itu turut tegang.

Dia bukan apa, sudah berpesan tetapi Hanan tidak langsung ambil peduli. Dia rasa bersalah teramat setiap kali dia pulang, tubuh Hanan pasti berbaring di sini. Tidak pun gadis itu akan menyambut dia ke muka pintu.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now