Bab 66

2.4K 79 18
                                    

          Jari jemarinya dibawa ke bibirnya. Kehulur-kehilir kaki Hanan berjalan di hadapan muka pintu bilik Qairul. Masih berkira-kira mahu mengetuk pintu bilik itu atau tidak. Hatinya sedikit terganggu apabila batang hidung lelaki itu langsung tidak kelihatan sedari tadi. Riak kerisauan jelas terpampang di serata wajahnya.

Hanan berhentikan langkah. Tangan dijatuhkan dari memegang bibirnya. Nafas ditarik sukar sebelum dia mengangkat kepala merenung muka pintu bilik itu dengan perasaan bercampur aduk.

"Dia dah tidur ke eh?" soalnya sendiri. Kini pemegang pintu itu pula direnung lama. Serba tak kena Hanan dibuatnya.

Nak redah, rasa tak sopan. Kalau ketuk, lelaki itu dengar ke?

"Ketuk je lah." Penat berperang dengan diri sendiri, Hanan membuat keputusan untuk ketuk sahaja.

Muka pintu itu diketuk. Hanan masih menunggu respon Qairul tetapi bilik itu seakan-akan tidak berpenghuni. Sepi sahaja tanpa sahutan sesiapa di dalam. Sekali lagi Hanan mencuba nasib mengetuknya lagi. Namun, kali kedua ini masih begitu. Qairul tidak menyahut.

Hatinya mula gusar. Bermacam-macam jenis fikiran negatif mula menghentam kepalanya. Debaran di dadanya juga semakin kuat terasa. Risau akan keadaan Qairul di dalam.

Tidak sanggup menunggunya lagi, akhirnya Hanan menolak pemegang pintunya. Hatinya sedikit lega apabila didapati pintu bilik Qairul tidak berkunci.

Hanan menjengulkan kepalanya di dalam. Matanya meliar memandang sekeliling bilik yang masih bercahaya ini. Tiba-tiba matanya melekat ke arah sekujur tubuh yang berbaring dengan selimut di seluruh badannya. Hanan masuk ke dalam.

Langkah di aturkan merapati tubuh itu. Apabila memastikan dia kini dihadapan lelaki itu, Hanan memeluk tubuhnya sambil mengecilkan matanya merenung belakang tubuh lelaki itu yang sedap berbaring itu.

"Boleh eh awak berbaring kat sini? Saya rasa saya cuma beri awak tumpang salin baju je." Sebelah keningnya terangkat. Suara sengaja dikuatkan. Pergerakan tubuh Qairul diperhatikan sehingga lelaki itu dengan lemah mengiring ke arahnya.

Qairul mencelikkan matanya kecil. Di birai bibirnya terukir senyuman nipis biarpun air muka lelaki itu kelihatan pucat dan tidak bermaya.

"Saya rasa tak larat lah. Bagi saya masa  untuk rehat sekejap, boleh?" Pinta Qairul. Lemah sahaja suaranya meminta izin.

Air mukanya yang mulanya menegang, perlahan mengendur. Qairul benar-benar tidak tampak sihat. Tanpa disedari, hatinya mula dipagut risau melihat keadaan Qairul yang boleh tahan agak kritikal itu. Tengok lah, nak balas senyum pun nampak hambar.

"Awak tak sihat?" soal Hanan risau. Punggung dilabuhkan di birai katil. Matanya bergerak-gerak memerhati Qairul yang berbaring turut merenungnya.

"Sikit je ni, saya rasa pening je." Balas Qairul masih senyum tawar. Padahal, hanya Allah je tahu rasa sakit yang dia hadapi sekarang.

Balasan Qairul langsung Hanan tidak percaya. Kerana rasa ragu-ragu dengan kata-kata lelaki itu. Tanpa memikirkan balasan Qairul, belakang tapak tangannya melekap ke dahi lelaki itu membuatkan Qairul terkaku serta merta.

Air muka Hanan bertukar merah.

"Awak tipu, awak kata awak sakit kepala je tapi ni badan awak panas ni bukan main saya rasa. Kenapa awak tak cakap yang awak demam?" soal Hanan bertubi-tubi. Bibir diketap kuat menahan rasa marah dengan tindakan Qairul yang sanggup  menyembunyikan rasa sakitnya. Langsung tidak ambil peduli tentang dirinya.

"Hanan..." Qairul cuba menarik tangan Hanan dari meraba-raba serata dahinya tetapi laju Hanan menepis.

"Awak ingat saya suka ke awak tipu saya macam ni? Awak ni selalu macam ni, sakit tak bagitahu saya. Tak pernah berubah kan awak?" Kata-kata Qairul terus dipotong. Langsung tidak memberi peluang Qairul bercakap. Malah, terus dihamburkan rasa geram terhadap lelaki itu.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now