Kakinya berdiri di tengah-tengah ruang tamu, memandang redup ke arah Hanan yang duduk bersila di tepi swimming pool. Gadis itu masih dalam dunia ciptaannya sendiri sambil merenung langit malam yang penuh dengan kesunyian.
Aisyah lepaskan keluhan lemah.
Sejak peristiwa Hanan dihalau. Sikap gadis itu berubah menjadi pendiam dan dingin. Sudah seminggu berlalu tetapi Hanan tetap begitu. Setiap malam pasti gadis itu akan duduk di sini. Apabila waktu hujan tiba, Hanan pula akan berkurung di dalam bilik.
Melihat perubahan sikap sahabatnya sendiri membuatkan Aisyah ditimpa kerisauan. Hanan lebih suka bersendirian buat masa ini. Pernah dia melihat Hanan menangis dalam diam. Sungguh, hatinya turut terasa sakit melihat sahabatnya sendiri sedih.
Kakinya melangkah mendekati Hanan yang masih termenung itu. Dengan penuh berhati-hati, Aisyah labuh kan punggungnya disebelah Hanan. Kehadirannya masih tidak disedari oleh Hanan yang termenung melihat ke dada langit.
"Hanan, kau okey tak?" Tangan Hanan di atas riba ditepuk perlahan. Keningnya mula berkerut kerisauan melihat titisan air mata jatuh ke pipi Hanan.
Bahu Hanan sedikit terhinjut dengan sentuhan Aisyah di pipinya. Pandangan terkalih ke arah Aisyah seketika sebelum tangannya naik mengusap air mata yang berbekas ke pipinya.
Senyuman tipis diukir kan.
"Aku okey cuma tiba-tiba teringat. Maaflah kalau kau risau. Mungkin ni cara proses untuk lupakan?" ujar Hanan sambil tertawa perit. Tangannya masih mengusap matanya.
Bahu Hanan dipeluk erat lalu ditepuk lembut seperti memujuk.
Dia bukan lah pakar dalam memujuk tetapi disaat Hanan bersedih, dia cuba untuk sentiasa ada di sisi gadis itu.
Sweet tak? Haa dah tahu dah.
"Aisyah, boleh tak tengah hari esok aku pergi rumah aku? Aku nak ambil semua barang aku kat sana. Sekejap je, tak lama pun," pinta Hanan tiba-tiba.
Aisyah toleh sekejap ke arah Hanan. Sebelah keningnya terangkat.
"Kau nak pergi seorang diri ke?"
Hanan mengangguk perlahan. Pelukan dibahu Hanan terus dileraikan. Dahinya mula berkerut tidak suka.
"Tak boleh, aku nak ikut juga. Biar aku teman kau." Aisyah melarang keras. Air mukanya juga berubah tegang.
Aisyah tak akan sesekali membenarkan Hanan pergi seorang diri. Kalau Hanan nak pergi pun mesti ada teman. Cuba bayangkan sewaktu Hanan pergi ke rumah suaminya itu lepastu bertembung dengan si Qairul? Tak ke haru hidup kawannya?
Hanan tertawa halus. Terhibur pula dengan prihatin Aisyah. Punya lah bimbang jika dia pergi berseorangan diri.
"Ye, memang aku nak minta kau temankan aku. Kau ni risau sangat." Hanan tertawa halus seraya menggeleng kepala perlahan.
Aisyah mencebik bibir. Mata kembali terarah ke dada langit. Suasana kembali bertukar sepi. Kesunyian itu tidak terasa panjang apabila Hanan kembali bersuara.
"Aku fikir nak failkan perceraian," ujar Hanan.
Permintaan tiba-tiba itu membuatkan Aisyah segera menoleh ke arah Hanan yang menunduk sambil merenung kaki di dalam kolam. Hanan langsung tidak mengangkat wajah.
Hanan tahu, Aisyah merenungnya tajam.
"Kau serius dengan keputusan kau?" soal Aisyah minta kepastian.
Tidak teragak-agak Hanan mengangguk.
Dia sudah buat keputusan sejak semalam. Bagi Hanan, mungkin ini yang terbaik untuk semua orang dan dirinya. Hatinya dah lelah memperjuangkan hubungan halalnya.
YOU ARE READING
[C] Please Remember
Romance𝐐𝐀𝐈𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 | 𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Hanan Zulaikha (Ikha), mahu atau tidak dia perlu menerima demi menjaga hati keluarga angkatnya. Walaupun di usia muda, namun demi keluarga angkatnya yang telah banyak berjasa dan menjaganya dar...