Bab 73

2.2K 70 12
                                    

"Tuan... cuba tengok saya bawa apa ni." Suara Hanan ceria setelah pintu pejabat ditolak. Tangan kirinya memeluk plastik yang terisi bekal makanan sambil mengatur langkah ke arah Harriez.

Harriez yang kelihatan kusyuk menulis sesuatu di atas permukaan kertas itu diperhatikan sekejap sebelum matanya beralih ke arah kertas-kertas yang bertaburan di atas meja.

Harriez dengan kerja berpisah tiada. Dah macam rakan sejati. Terlampau workaholic!

Harriez berhenti menulis. Kepala diangkat memandang Hanan yang setia berdiri disebelah kerusi dihadapannya. Pen di tangan diletakkan ke tepi.

"Duduk Hanan, berdiri bercegat kat situ buat apa? Ingat ni kawad ke?" Tegur Harriez, menyuruh Hanan duduk. Badan disandarkan ke kerusi apabila sakit dibadannya mula aktif.

Hanan ketap bibir. Kerusi segera ditarik lalu dia melabuhkan duduk di hadapan Harriez apabila lelaki itu mengarahkan dia untuk duduk.

Ingatkan perangai beku lelaki itu dah mula mencair sikit bila semuanya sudah terbongkar tapi Harriez tetap Harriez. Lelaki itu kalau tak menyinis dan sarkastik, itu bukannya Harriez.

Plastik bekas makanan di dalam pelukannya itu diletakkan ke atas meja lalu ditolak ke arah Harriez. Terjungkit kening Harriez. Huluran Hanan dipandang sepi.

"Ni untuk Tuan Harriez. Saya bawakan bekal untuk Tuan. Saya masak banyak sarapan tadi jadi tak nak membazir apa salahnya saya bagi kat Tuan, kan? Lagipun saya tahu, tuan mesti belum makan lagi. Tuan kan kalau dah sebuk bukannya ingat pasal makan pun."

Harriez jeling Hanan sekilas. Hanan pula hanya sengih tak bersalah. Ingat dia tak tahu ke Hanan perli dia secara halus?

File yang berterabur di atas meja dialihkan ke tepi sebelum dia menarik bekas makanan itu.

"Kau masak apa ni?" soalnya sambil tangan ralit membuka penutup bekas. Buka sahaja, semerbak bau aroma masakan Hanan.

"Saya masak nasi goreng untuk tuan. Ni kan favorite tuan," ujarnya lagi.

"Ouh patut lah kau bagi kat aku, ya?"

Hanan angguk laju sambil memetik jari. "Ya! Betul lah tuan teka tu. Kalau saya bagi mi kat tuan, belum tentu tuan makan." Selamba Hanan membalas.

Harriez diam. Tangan bergerak mencapai sudu di dalam bekas. Hanan turut memerhati perbuatan Harriez menyudu nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Sedap tak?" soal Hanan ingin tahu.

Harriez menjawab dengan menjatuhkan kepalanya beberapa kali. Tersenyum panjang Hanan dibuatnya. Tangan menongkat kepala sambil memerhatikan Harriez yang tenang makan. Tindakan itu tidak dipedulikan oleh Harriez.

"Kau memang suka tenung orang makan ke apa?" Dia perasan je Hanan pandang dia tak lepas sewaktu dia ralit mengunyah makanan.

Seronok sangat agaknya tengok dia buat demo makan.

"Saya buat Tuan tak selesa eh? Sorry, hehehe... Tuan Harriez sambung lah makan balik." Tangan kanan dihayun kan ke hadapan menyuruh Harriez kembali menyambung makan.

Hanan mengambil keputusan untuk meliar ke arah dokumen dan beberapa kertas di tepi lelaki itu. Sengaja buat-buat sibuk sementara menunggu Harriez selesai makan.

"Hanan, aku nak cakap dengan kau sikit." Sudu dikesat dengan tisu sebelum dibalut. Dia sudah kenyang. Wajah diangkat memandang Hanan yang sudah tertumpu ke arahnya.

"Setiap kali waktu kerja tamat, aku tak nak kau panggil aku tuan or Tuan Harriez. Kau panggil lah aku apa-apapun but not panggilan waktu kerja. Aku tak suka," arahan dikeluarkan sedikit tegas. Tangan kanannya sempat mencapai tisu yang sedia ada di dalam laci kerjanya.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now