Bab 72

2.5K 72 4
                                    

          Usai tangan Puan Zahra di salam penuh hormat, terus tubuh wanita itu dipeluk kemas. Tersenyum kecil Puan Zahra melihat gelagat manja Hanan. Pelukan Hanan turut dibalas dengan penuh kasih sayang yang mencurah.

Alhamdulillah, hubungannya dengan Hanan semakin bertambah baik. Malah, gadis itu sudah boleh ajak bergurau dengannya. Bersyukur keadaan sudah kembali membaik. Telatah manja yang ditunjukkan oleh Hanan pula semakin bercambah dari hari ke hari.

"Ibu jangan skip makan tau. Kalau Hanan dapat tahu ibu skip makan, Hanan terus terbang sini." Amaran Hanan dalam gurauan. Puan Zahra tergelak kecil.

"Ya, ibu tak skip makan. Hanan ni dah macam Riez pesan dekat ibu. Penat ibu dengar benda yang sama je," Puan Zahra buat-buat keluh. Kononnya sudah lali dengan pesanan anak-anaknya.

Tergelak Hanan mendengarkan itu. "Dah, ibu selalu macam tu. Hanan dah hafal sangat lah dengan ibu. Liat betul kalau nak makan tu."

Puan Zahra tersenyum kecil. Hatinya cukup senang melihat tawa menghiasi di bibir Hanan. Mata sengaja beralih ke arah Qairul yang tidak jauh dari dia dan Hanan. Lelaki itu sebuk mengagah Anas. Anas pula bukan main gembira siap membebel lagi dalam bahasanya. Tangan kecilnya pula sebuk menepuk-nepuk di bahagian muka Qairul.

Melihatkan itu, hatinya mulai sebak. Cara layanan Qairul terhadap Anas lebih kurang sahaja dengan arwah Haiyan. Andai saat ini Haiyan masih ada di sini, pasti anak sulungnya berkesempatan mengetahui segala tentang Hanan tetapi dia tahu. Allah sebaik-baiknya perancang. Susah macam mana sekalipun dia mahu menerima, tetapi ini memang ketentuan ilahi.

"Ibu..."

Puan Zahra toleh ke arah Hanan. Gadis itu memandangnya dengan penuh perasaan risau.

"Ibu okay tak ni?"

"Ibu okay je cuma tiba-tiba teringatkan arwah," ujar Puan Zahra.

Hanan tersenyum tawar. Tangan Puan Zahra dipegang kemas.

"Hanan pun rindukan arwah Abang Haiyan dan Aisyah. Kita doakan untuk mereka di sana ya?" pujuk Hanan. Hatinya Tidak kuat melihat air muka yang ditunjukkan oleh Puan Zahra.

Hanan tahu, di sudut hati ibunya itu pasti sarat dengan kerinduan mereka.

"Hanan, ibu tak minta banyak."

Tangan Hanan yang menggenggam jari jemarinya kini dia pula bertukar ke posisi Hanan. Tangan anak gadisnya digenggam erat sambil mata menatap Hanan dengan satu harapan.

"Hanya Qairul dan Hanan yang ibu harapkan untuk jagakan Anas. Anas sangat memerlukan kasih sayang dalam umurnya sebegini. Ibu tahu, Hanan dah anggap Anas sebagai anak Hanan sendiri tapi ibu sangat berterima kasih sebab Hanan sudi ambil keputusan untuk ambil Anas duduk dengan Hanan sekali,"

Hanan melorek senyum tipis.

"Ibu jangan lah cakap macam tu lagipun sejak awal lagi Hanan dah bincang dengan Qairul, dan Qairul pun izinkan. Ibu jangan risau, Anas tetap anak Hanan yang pertama."

Perlahan Puan Zahra menepuk belakang tapak tangan Hanan. Rasa bahagia yang singgah, tidak mampu dia lafazkan. Sejak awal Hanan hadir dalam keluarganya, jasa dan keikhlasan yang terpancar di seraut wajah itu sangat dikagumi oleh nya.

"Dah, cepat. Qairul dan Anas dah lama tunggu Hanan. Lagi satu, pesan dekat Qairul hati-hati memandu tu," suara Puan Zahra setelah merasakan dia sudah mengambil masa terlalu lama dengan Hanan di sini.

Tanpa amaran, sekali lagi tubuh Puan Zahra didakap. Agak terkejut pada mulanya itu tetapi Puan Zahra turut membalas. Belakang tubuh Hanan digosok perlahan.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now