Bab 19

2.1K 94 5
                                    

     Tangan Hanan ralit membaiki tudung sekolah bagi kelihatan lebih kemas. Mata Eryn pula tidak lepas menatap Hanan yang kelihatan agak lain dari minggu-minggu sebelum ni.

Something wrong.

Berkali-kali Hanan memandang Eryn dari sisi cermin. Dia sedar yang dari tadi Eryn pandang dia dengan pandangan tajam.

Hanan tiba-tiba berdehem.

"K...kau dah kenapa pandang aku macam nak telan je ni?" Tergagap-gagap Hanan menyoal sambil tangan tu tidak berhenti memegang kain tudung di atas kepalanya.

Padahal awning Hanan berbentuk cantik dah. Apa yang nak di baiki pun dia tak tahu.

Eryn yang mulanya berdiri tegak terus berjalan ke sebelah Hanan sambil memeluk tubuh. Mata sengaja dikecilkan memandang Hanan yang kelihatan cuak.

Sebenarnya dia perasan je cara Eryn pandang dia tu lain macam sedari tadi tapi dia cuma hiraukan.

Tapi semakin lama dibiarkan, dia pula rasa macam tak selesa pun ada.

"Aku tahu kau ada masalah. Berapa banyak kali dah kau mengelamun sampai aku panggil pun kau tak perasan. Kau ada masalah family ke Hanan?"

Mata dia yang pada mulanya merenung dengan tajam mula bertukar dengan pandangan risau.

Hanan mati kutu. Soalan yang keluar dari mulut Eryn membuatkan dia benar-benar kelu. Cepat betul Eryn dapat tangkap dengan perubahan dalam dirinya.

Fikirnya tiada sesiapa yang perasan perubahan dirinya.

Hanan menggigit bawah bibirnya lembut. Mahu cerita kepada Eryn tapi dia rasa was-was. Bukan tak percaya tapi dia ingat lagi amaran Qairul kepadanya.

Jangan sesiapa pun tahu hubungan dia dengan Qairul. Ha itu lah yang lelaki itu pesan.

Sebagai isteri mithali dia perlu juga bersetuju. Tak nak dilabelkan derhaka lah, kata mudah.

"Tak ada apa lah, jangan risau lah, dah jom masuk kelas!" Hanan laju menarik Eryn keluar dari tandas tanpa menunggu reaksi gadis itu.

Keluar je dari tandas Hanan dan Eryn mengambil beg yang terletak di luar pintu tandas. Hanan kembali memaut lengan Eryn dengan erat. Senyuman juga turut dilakarkan buat Eryn supaya kelihatan tidak begitu curiga.

Tetapi makin bertambah pelik ada lah.

Eryn masih lagi tampak begitu. Dia tahu Hanan menipunya. Nampak sangat Hanan cuba menyembunyikan sesuatu darinya.

Kedengaran keluhan halus dilepaskan. Mata kembali terarah ke Hanan yang masih tersenyum ke arahnya.

"Betul ni kau tak nak share?" Eryn menyoal ingin kepastian dengan kening sebelah dijongketkan.

Hanan menganggukkan kepala. Muka Eryn yang masih pandang dia dengan penuh kerisauan itu ditampar lembut.

Gurau dengan member lah katakan.

"Aku okay je, dah jangan risau." Hanan kembali menarik Eryn untuk berjalan tetapi Eryn cepat-cepat memberhentikan langkahnya.

Hanan turut memberhentikan langkah. Hanan menjongketkan kening melihat riak muka Eryn yang tiba-tiba diam di situ.

"Aku lupa sesuatu lah!" Kata Eryn separa menjerit. Sisi kepalanya dipegang dengan mulut sedikit ternganga.

"Kau lupa apa? Kau ada masalah ke?" Tanya Hanan agak gelabah apabila melihat riaksi Eryn yang terkaku macam tiang lampu.

Bahu Eryn juga ditarik perlahan supaya memandang ke arahnya.

"Weh! Aku lupa nak ambil! Ikut aku sekejap."

[C] Please Remember Where stories live. Discover now