Bab 64

2.2K 74 12
                                    

            Hanan membetulkan beg carriec di badannya. Sesekali dia jenguk ke hadapan  ke arah Anas. Anas macam tahu-tahu je dia berada di luar. Terlalu behave sangat!

Sedari tadi Anas diam sahaja memerhatikan gelagat orang yang lalu lalang di dalam mall. Tidak merengek. Tangan kecilnya pula tidak habis-habis disumbat masuk ke dalam mulut. Jenuh Hanan nak tarik tangan si kecil keluar dari mulut comelnya.

"Jom kita shopping baju baby nenas Mama Nan ni. Kali ni Mama nak belanja baju untuk anak kesayangan mama." Pipi Anas dicubit lembut.

Tanpa membuang masa, kakinya melangkah masuk ke dalam kedai barangan jenis bayi. Baju bayi lelaki menjadi arah tujunya.

Sesampai sahaja di situ, matanya mula meliar. Baju berwarna kuning dan biru diambil. Rambang mata Hanan melihat berbagai-bagai jenis baju comel untuk bayi lelaki. Ada bercorak dinasour, itik, ayam dan yang paling dia minat teddy bear.

Ini kalau Anas pakai, dia lah yang paling teruja. Dia yang nak beli baju untuk Anas pun dia yang terlebih gembira.

Hanan mencapai baju bayi berwarna hijau bercorakkan dinasour. Dibelek-belek baju itu lalu sebelah tangannya lagi mengambil baju berwarna kuning. Corak sama, namun warna yang berlainan. Mata tertunduk memandang Anas yang turut terkebil-kebil melihat baju dikedua-dua tangannya.

"Anas rasa patut mama beli yang mana?" Hanan menyoal kepada Anas. Macam si kecil itu faham.

Tangan Anas bergerak-gerak ingin mencapai baju berwarna kuning di tangan kanan Hanan. Hanan tersenyum lucu.

"Anas nak yang ni? Okey mama ambil yang ni," ujar Hanan ceria. Anas seakan faham mula mengeluarkan bahasa bayinya. Riang sekali.

Setelah mengambil baju tidur, kini Hanan berjalan di tempat baju bahagian hoodie bayi. Entah kenapa dia tertarik dengan rekaan hoodie teddy bear itu. Nampak comel sekali.

Tangan Hanan membelek-belek hoodie bayi bercorakkan teddy bear itu. Dalam kepalanya sudah terbayang Anas berjalan sambil memakai hoodie itu. Nanti bila Anas dah besar, mesti bila Anas pakai nampak comel.

Hanan tersengih. Dia mula terbayang.

"Kenapa pegang je tu. Ambil je lah kalau dah suka."

Bayangan di kepalanya terus hilang tatkala disapa sebegitu. Pergerakan tangan Hanan terhenti.  Mendengarkan suara yang menegur, serta merta tubuhnya mengeras. Detak jantungnya mula tidak sekata. Suara yang dia dengari, amat familiar. Hanan sangat mengenali gerangan suara itu!

Hanan mengangkat kepalanya.

Anak matanya hazelnye bertembung dengan anak mata hitam lelaki tersebut. Lelaki itu mempamerkan senyuman tipis di wajahnya.

"Kenapa awak tengok saya macam tu? Terkejut sangat ke?" soal Qairul cuba menahan tawa melihat riak wajah Hanan yang jelas terkejut itu.

Hanan ketap bibirnya kuat.

"M...macam mana awak boleh ada kat sini? Awak stalk saya?" Hanan tidak menjawab soalan Qairul, malah ditanya kembali lelaki itu dengan riak wajah yang serius.

Qairul senyum tipis. Sempat dia melirik ke arah Anas yang terkebil-kebil memandangnya.

"Saya ingat lepas beli barang, saya nak jalan-jalan sekejap sebelum balik. Alih-alih saya nampak awak kat sini. Saya pun tegur lah awak. Tak salah kan?" Bibirnya masih utuh dengan senyuman manis.

Hanan mengecilkan mata. Riak wajahnya jelas sukar hendak mempercayai Qairul.

Sejak akhir-akhir ni pun Hanan perasan, dia sering bertemu dengan Qairul.  Bertembung tak dirancang pula tu. Kadang kala, Hanan dapat rasakan yang Qairul ni mengekorinya.

[C] Please Remember Where stories live. Discover now