Bab 71

2.6K 77 14
                                    

          Tubuhnya yang sejuk dibawa rapat ke dada. Angin yang menderu menambahkan lagi rasa dingin. Malam-malam sebegini, hatinya tiba-tiba terdetik ingin melepak di tepi beranda setelah seharian dia tidak keluar dari kamarnya ini. Makan minumnya pun Qairul yang hantarkan. Tipu lah kata hatinya tidak terdetik rasa bersalah berbuat begitu tapi dia masih tidak sedia dan mampu menghadap Puan Zahra.

Selepas dia discharge, Qairul terus membawa Hanan ke rumah Puan Zahra tanpa berbincang dengannya. Masa tu hampir sahaja dia bergaduh dengan Qairul, namun lelaki itu tidak putus asa memujuknya agar duduk di sini beberapa hari. Dengan hati yang memberat, Hanan menerima juga permintaan Qairul itu.

"Rasanya ada juga orang tu kena serang demam balik. Baru je demam tu nak baik."

Hanan diam, sudah kenal benar dengan suara orang yang berdiri di tepi sliding door itu. Hanan dapat rasakan seseorang melabuhkan duduk di tepinya. Dia hanya membiarkan lalu pandangan dihalakan ke arah langit yang mendung berserta rintikan hujan.

"Masih marah dengan saya lagi ke pasal semalam?" soalnya apabila Hanan mengambil keputusan tanpa memperdulikan dia. Jawab pun tidak apa yang dia cakap tadi.

Qairul helakan nafas berat. Tubuh berpusing menghadap Hanan.

"Sampai bila awak nak marah dengan saya macam ni?" soal Qairul sedih.

"Saya tak marah pun," balas Hanan mendatar tanpa toleh ke arah Qairul di sisinya.

"Kalau tak marah kenapa awak diam?"

Hanan mati kata sebentar sebelum kembali membuka mulut. "Saya rasa tak ada tenaga nak bersuara. Lagipun saya perlukan ruang sendirian." Jujurnya tanpa menoleh sedikit pun ke arah Qairul. Kepala disandarkan ke lengannya yang memeluk lutut.

Qairul pula terdiam setelah mendengar balasan daripada Hanan. Wajah Hanan dari sisi dipandang redup.

"Hanan masih tak dapat terima semua ni sebenarnya kan?"

Sedang asyik Hanan menghayati angin malam ini, terus dia bertukar arah apabila Qairul menembaknya sebegitu. Anak matanya hazelnya disambut oleh anak mata hitam Qairul yang setia memandangnya dari tadi.

Entah kenapa rasa malu di tenung sebegitu, wajahnya tiba-tiba bertukar panas tanpa sebab. Kulit mukanya yang awalnya sejuk terus berbahang.

"Eh, muka awak merah ni dah kenapa?" Tegur Qairul agak terkejut.

Hanan berkerut marah. "Awak tu, tak payah lah pandang saya macam tu."

Pada mulanya Qairul agak terkebil-kebil, namun bila sudah dapat ditangkap, dia tertawa kecil melihat gelagat Hanan itu. Terus hilang mood seriusnya bila pipi Hanan yang putih itu bertukar rona walaupun suasana di sini sedikit suram.

"Awak!" Marah Hanan. Bibir diketap apabila rasa malunya kian menjadi-jadi.

"Ya, ya. Saya tak gelak dah." Perlahan-lahan tawanya hilang.

Jelingan diberikan sedas. "Iya lah tu awak tu. Entah-entah nanti buat lagi." Sambil berkata, mimik mukanya main peranan.

Qairul senyum sedikit. Wajah Hanan ditatap lama. "Rindunya saya dengan perangai awak yang ni. Rasa macam dah lama tak nampak. Hari ni terubat sedikit rindu," katanya jujur.

"Awak!" Jerit Hanan sedikit membentak. Terjegil matanya memandang Qairul.

Qairul ketawa lepas. Seronok betul lagat nya.

"Apa? Saya cakap benda betul. Dua hari ni saya rasa macam bukan diri awak yang sebenar." Qairul menghabiskan sisa tawanya. Wajah Hanan yang kemerahan itu dipandang.

"Mungkin bagi Hanan sukar untuk terima semua ni tapi Hanan kena tahu. Ibu tetap ibu Hanan yang sebenar. Saya tahu, isterinya saya yang saya kenal ni tak akan pernah marah, apatah lagi membenci kan?"

[C] Please Remember Where stories live. Discover now