Bab 14

2.4K 95 0
                                    

     Hanan masih terpegun dengan rumah agam yang kelihatan mewah dan besar di matanya. Dia nak duduk sorang diri pun takut. Puan Zainun memandang ke arah Hanan seketika dia tertawa kecil.

"Haih... Ikha? Tak kan lah tercongok duduk sini je. Tak nak masuk ke? Mulut tu dah habis ternganga mama tengok." Segera Hanan menutup mulut, dia mula tersengih janggal. Aduh, malu-malu depan mak mentua ni.

"Tak lah ma, Ikha tengok besar sangat. Rumah umi pun sederhana je, tapi Ikha selesa je duduk macam umi, cuma kalau..."

"Tak selesa duduk dengan mama? Ala Ikha kene biasakan. Lagi-lagi Ikha kan tahun ni SPM? Tak apa, sekarang Ikha dah jadi sebahagian anak mama, mama nak Ikha pun dapat apa yang anak-anak mama dapat. Faham?" Sedikit sebanyak kata-kata Puan Zainun membuatkan Hanan terharu. Siapa saja tidak terharu. Hanan mengangguk laju. Puan Zainun mengelus bahu Hanan perlahan.

Bagi Hanan walaupun dia bukan siapa-siapa dan bukan juga anak kandung kepada Puan Suhaida tapi semua melayan dia dengan baik kecuali Mak Su Ria.

"Kenapa mama layan Ikha baik biarpun Ikha ni hanya anak yatim? Lagipun Ikha pun tak tahu yang Ikha ni anak..." Puan Zainun segera meletakkan jari telunjuknya ke bibir Hanan. Hanan mematikan bicara. Puan Zainun menggeleng, dia menarik Hanan masuk ke halaman belakang rumah.

Hanan tanpa banyak bicara mengikut sahaja. Puan Zainun melabuhkan punggung di kerusi yang telah disediakan. Di hujung depan itu pulak kolam ikan koi.

"Ikha duduk lah sebelah mama ni," kata Puan Zainun sambil menepuk kerusi di sebelahnya.

Hanan segera duduk di sebelah Puan Zainun. Zainun mengubah kedudukannya dengan menghadap Hanan. Dia tersenyum nipis.

"Ikha... walaupun Ikha bukan darah
daging umi tapi kita sama-sama manusia. Orang yang baik dengan kita mestilah layan dengan baik juga bukan?"

Perlahan-lahan tangan Hanan ditarik. Puan Zainun mengusap lembut.

"Ikha tahu tak kenapa kita dilahirkan? Sebab Allah tahu kita mampu hidup macam ni. Apa yang berlaku semuanya yang terbaik. Mama yakin, ibu kandung Ikha mesti ada sebab buat macam ni. Kalau dia tak sayang Ikha kenapa dia biarkan Ikha hidup, betul tak?" Hanan mengangguk perlahan. Dia sedar semua yang dituturkan memang benar.

"Jadi mama nak Ikha tahu yang Ikha sangat penting. Semua sayangkan Ikha dan mama yakin kalau dah tertulis Ikha akan jumpa ibu Ikha mesti saat tu akan tiba. Ikha kena banyak bersabar. Semua manusia tidak ada yang sempurna tapi apa yang dia rancang semua yang terbaik. Ikha faham maksud mama?"

Puan Zainun menarik nafas panjang. Dah tiba masanya Hanan perlu tahu. Lagipun Hanan bukan lagi anak kecil yang tidak perlu tahu apa-apa.

"Kalau Ikha nak tahu, umi tak boleh dah mengandung selepas melahirkan abang Ikha sebab masa umi melahirkan abang Ryl, kecederaan serius berlaku dan mengakibatkan rahim umi tidak lagi kuat macam dulu. Kalau umi mengandung buat kali kedua ia akan ambik risiko dan disebabkan itu juga umi terpaksa buang rahim..." Puan Zainun mengerling ke arah Hanan, saja nak tengok perubahan wajah Hanan.

"Umi sebenarnya nak anak lagi tau tapi dah ada abang Ryl dia pun dah bersyukur sangat. Bertahun tau umi nak dapat abang Ryl tu. 5 tahun diorang berusaha dan akhirnya dapat juga zuriat tapi bila umur abang Ryl dah mencecah 7 tahun, abang Ryl selalu nak ada adik sebab dia bosan. Dia asik main sorang-sorang je dan umi pun buat keputusan dengan walid untuk mengambil Ikha dari rumah anak yatim." Hanan kian menunduk. Puan Zainun tahu perasaan anak ini. Dia tak dapat bayangkan keadaan dia seperti Hanan.

"Tengok Ikha dah besar panjang, umi dan walid tak kira latar belakang Ikha asalkan Ikha menjadi anak solehah di atas didikan mereka.

Jadi Ikha kena tahu yang diri Ikha ni sangat penting. Mama yakin ibu kandung Ikha pasti gembira tengok kehidupan Ikha macam ni. Ikha jangan sedih ye, Ikha masih ada umi dan mama."

[C] Please Remember Where stories live. Discover now