Hanan dan Qairul duduk berlutut di depan Puan Suhaida. Hanan menggenggam kedua-dua tangannya di atas bahagian pehanya. Bibir bawahnya digigit lembut.
Pinggang Hanan disiku dari tepi. Hanan cepat kalihkan ke tepi dengan menjengkelkan mata ke arah Qairul. Mulut lelaki itu pula terkumat-kamit bergerak seperti 'Cepat lah cakap!'
Tak nampak ke dia ni separuh berdebar. Si Qairul ni pun tak menyabar langsung!
"U...umi..."
Dengan ragu-ragu kedua-dua tangannya menggapai tangan Puan Suhaida lalu digenggam erat. Qairul di sebelah hanya memerhatikan tindak tanduk Hanan. Mimik wajah gadis itu pun mula bertukar kemerahan seperti menahan tangis.
"Adik minta maaf, adik sedar salah adik sebab berahsia dengan umi. Adik buat ni semua untuk kebaikan umi juga. Adik tak nak umi risau dengan keadaan adik." Luah Hanan dengan perasaan sayu. Kepala menunduk merenung ke lantai.
Tiba-tiba tangan Puan Suhaida mengelus bahunya lembut. Hanan pantas mendongak memandang wajah Puan Suhaida yang tersenyum nipis ke arahnya.
"Adik tak salah, yang salahnya mak su. Umi minta maaf sebab umi tak ada kat situ nak pertahankan adik. Umi minta maaf juga bagi pihak mak su dekat adik. Umi rasa umi ni gagal jadi umi yang terbaik untuk adik. Dari dulu anak umi juga yang jadi mangsa dan sampai sekarang, umi masih gagal untuk pertahankan adik." Air matanya mengalir turun ke pipi tiap kali terkenangkan sikap layanan kasar adiknya terhadap anak angkatnya.
Tetap juga tak berubah, masih juga dengan ego dan keras kepala.
Tangkas jari Hanan menyapu air mata di kedua-dua pipi Puan Suhaida. Dia tak sanggup melihat air mata berharga itu turun kerana dia.
Sakit Puan Suhaida turut dirasai olehnya.
"Umi nak tahu tak, umi the best mother I have ever. I'm so grateful and glad of you to be my mother."
Kepala dilabuhkan di atas riba Puan Suhaida dengan mata terpejam. Perlahan-lahan air matanya turun membasahi seluar Puan Suhaida.
"Umi tetap umi yang terbaik untuk adik. Umi dan walid syurga adik, dunia dan akhirat. Umi dah berkorban macam-macam untuk adik selama ni. Bukan salah umi tak jadi yang terbaik untuk adik tapi adik yang salah sebab selalu buat masalah."
Tergeleng-geleng kepala Puan Suhaida menidakkan kata-kata Hanan.
"Anak umi tak pernah buat masalah dengan umi. Jangan cakap macam tu... "
Anak mata Puan Suhaida beralih ke arah Qairul yang turut duduk melutut di sebelah Hanan. Seulas bibir itu tersenyum kelat.
"Maafkan umi sebab tuduh Shad. Umi ingat kamu yang dera Ikha sampai macam ni."
Qairul hanya mampu tersengih sambil tangan naik menggosok belakang tengkuknya. Memang dia dah agak, kalau gadis itu tidak membuka mulut memang orang pertama yang dicarinya dia juga. Siapa lagi kan?
"Eh tak ada lah umi. Takkan Shad nak buat macam tu kat Ikha. Kan sayang kan?"
Tubuh badannya mengeras. Dia tak salah dengar bukan?
Hanan memandang ekspresi wajah Qairul yang tidak lekang senyuman di bibir. Mana tak terkejut kalau tak ada angin ribut tiba-tiba dipanggil begitu.
Buang tabiat ke apa laki dia ni?
Tapi tidak sampai sesaat senyuman itu bertukar lebih sinis. Ya, lelaki itu sengaja buat macam tu!
Nafas ditarik panjang. Senyuman paling manis turut dilakarkan.
"Ha, betullah tu umi. Shad ni baik, takkan dia nak naik tangan dengan adik. Lagipun adik tahu Shad sayangkan adik lebih dari nyawa dia. Kan bie?"
Dengan penuh lembut, lengan itu dirangkul kemas kemudian melentokkan kepalanya di bahu lelaki itu dengan manja. Tapak tangan kasar lelaki itu juga sengaja digenggam kemas. Hanan tersenyum penuh seribu makna.
YOU ARE READING
[C] Please Remember
Romance𝐐𝐀𝐈𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 | 𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Hanan Zulaikha (Ikha), mahu atau tidak dia perlu menerima demi menjaga hati keluarga angkatnya. Walaupun di usia muda, namun demi keluarga angkatnya yang telah banyak berjasa dan menjaganya dar...