Kepala yang masih tersarung hoodie itu perlahan-lahan ditarik kebelakang. Nafas dihela perlahan melepaskan rasa sesak yang kian menghimpit dadanya.
"Aku cintakan dia Mar... Aku sayangkan dia tapi kenapa dia buat aku macam ni?" ujar Syazryl lirih. Air laut direnung dengan pandangan yang kosong. Kosong tanpa sebarang corak yang terukir di dasar hatinya.
Ammar diam sebentar. Cuba memberi ruang untuk Syazryl. Dia tahu Syazryl tengah mengalami kekusutan. Bahu Syazryl ditepuk perlahan cuba memberi semangat buat kawannya.
"Jodoh bukan kuasa kita Ryl... kau kena tahu benda tu. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk kau. Semua yang berlaku ada hikmahnya."
Syazryl segera memalingkan muka ke arah Ammar. Entah kenapa kata-kata Ammar membuatkan rasa marahnya kian membara. Gigi dilagakan sehingga menghasilkan bunyi.
Tangan Ammar yang memegang bahunya serta merta ditepis kasar. Ammar terkedu sesaat. Syazryl lantas bangun dari duduk dengan riak muka ketat.
"Kau nak ajar aku? Eh, kau pun sama je lah dengan aku. Masa Sumayyah tinggalkan kau pun kau tergila-gilakan dia lagi even dia jadi bini orang pun. Kau tak perlu cakap lah kalau kau sendiri pun sama macam aku!"
Beristighfar Ammar apabila Syazryl membangkitkan masa silamnya. Ayat-ayat yang keluar dari bibir Syazryl sungguh menyentak kannya.
Ammar menggeleng kecewa. "Tu dulu Ryl. Sekarang aku dah boleh terima yang Sumayyah bukan untuk aku. Aku dah ada tunang dan tak lama lagi nak berkahwin dengan pilihan aku sendiri," tegasnya.
"Kalau kau datang sini sekadar nak menyakitkan hati aku, baik tak payah. Aku datang sini sebab aku serabut tapi kau tambahkan serabut aku. Sangat membantu Am." Syazryl merengus kasar sambil menapak pergi meninggalkan Ammar yang hanya mampu memandang kelibat dia yang kian menjauh itu.
Ammar meraup wajahnya kasar. Syazryl yang dia kenal dulu sudah berubah. Perwatakan Syazryl sangat ketara, seolah-olah bukan kawan yang dia kenal tika dulu.
Syazryl lah seorang yang ada tika dia sedih, menjadi pendengar dia dan alhamdulillah, dengan adanya Syazryl dia mampu meluputkan segala kenangan kisah silamnya dengan Sumayyah tapi kenapa bila Syazryl duduk di tempatnya, lelaki itu sekeras mungkin menolak ketentuan Allah?
"Apa yang jadi dengan kau Ryl. Kenapa kau berubah sampai macam ni sekali?"
🌸🌸🌸
Riuh-rendah suara orang kampung dan sanak saudara yang semakin rancak berborak. Tak lupa juga makcik-makcik yang riuh sakan bersuara sewaktu melakukan kerja di bahagian dapur.
"Ikha sini sekejap!"
Namanya yang dipanggil oleh Puan Suhaida membuatkan perbualan dia dengan Athirah terhenti. Hanan senyum pendek.
"Ikha minta diri dulu ya?" Sopan Hanan meminta diri.
Athirah mengangguk perlahan. Hanan lantas bangkit dan menyusun langkah ke arah dapur. Makcik-makcik yang sedari tadi tidak henti berbual itu menoleh ke arah Hanan yang kini sudah menghampiri Puan Suhaida.
"Ya, ada apa umi?"
Renungan dari makcik-makcik itu membuatkan Hanan sedikit janggal. Macam dia ni buat salah pulak. Mata Hanan terpandang susuk tubuh seorang gadis yang tidak henti-henti menjeling ke arahnya. Hanan hanya buat tidak endah.
"Tolong hantar air dengan kuih-muih ni dekat bawah kanopi tu. Dari tadi diorang asyik buat kerja je."
Puan Suhaida menghulurkan sedulang air lalu Hanan menyambut dengan berhati-hati, namun baru sahaja dia mahu menapak pergi. Uminya menyeru nama gadis yang sedari tadi merenungnya dengan pandangan menjengkelkan.
YOU ARE READING
[C] Please Remember
Romance𝐐𝐀𝐈𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 | 𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Hanan Zulaikha (Ikha), mahu atau tidak dia perlu menerima demi menjaga hati keluarga angkatnya. Walaupun di usia muda, namun demi keluarga angkatnya yang telah banyak berjasa dan menjaganya dar...