Ziyad mengerling ke arah Qairul. Sejak Qairul balik ke rumah mamanya, lelaki itu lebih banyak berdiam. Hanan juga lebih banyak diam, bila ditanya baru jawab itu pun sepatah je. Sesampai sahaja ke rumah, mamanya terus menghantar Hanan masuk ke kamar. Katanya Hanan perlukan rehat secukupnya.
"Kau okay tak?" soal Ziyad.
Qairul mengangguk perlahan."Shad okay," balas Qairul.
Ziyad diam, malas soal banyak-banyak. Mata Qairul menilau mencari seseorang. Ziyad yang perasan dengan perilaku Qairul sedari tadi terus bertanya.
"Shad cari apa?"
"Ril mana abang? Dari tadi tak nampak pun budak tu." Matanya melilau mencari budak kecil itu namun hampa.
Ziyad menggeleng, rindu benar dia dengan adik bongsunya. Dia pun tak berapa rapat dengan adik bongsunya. Mungkin Qiyadh masih kekok untuk bergaul dengannya.
"Ada, dia ada dalam bilik rasanya--"
"Acik!"
Berlari-lari anak kecil itu turun dari tangga. Suara budak yang memanggil gelaran 'acik' itu segera Qairul menoleh. Tersenyum lebar dia.
"Eh, Ril jangan lari nanti jatuh!" pesan Ziyad tetapi langsung tidak dipedulikan.
Qiyadh terus berlari mendapatkan Qairul lalu memeluk kaki Qairul dengan erat.
"Acik pergi mana selama ni? Ril rindu tau kat acik. Sampai hati acik tinggalkan Ril. Acik tak sayang Ril ke?" Bagaikan peluru berpandu Qiyadh menyoal. Muka pun dah macam nak menangis tengok.
Qairul melepaskan tawa kecil. Manakala Ziyad pula hanya mampu menggeleng dengan senyuman kecil terukir di bibir. Qairul segera mengangkat tubuh kecil itu.
"Acik tak tinggalkan Ril lah. Acik ada je kat sini. Acik sayang lah Ril cuma acik tak boleh lah duduk sini." Pujuknya lembut.
"Kenapa tak boleh pulak? Acik kena jugak duduk sini! Ril bosan kalau tak ada acik. Acik selalu bawa Ril pergi taman. Ril tak ada kawan," ujar si kecil dengan bibir tercebik-cebik. Qairul ketawa kecil haih... parah ni parah.
"Ye lah nanti acik bawa Ril pergi taman ya? Dah, lap air mata tu. Tak handsome Ril bila nangis."
"Eh! Ril Handsome eh. Lagi handsome dari acik."
Berdekah-dekah mereka berdua ketawa dengan lagak si kecil. Dalam menangis pun masih puji diri sendiri. Kelibat Hanan menarik perhatian Qiyadh. Mata Qiyadh sudah bercahaya tatkala kelibat Hanan menyapa matanya.
"Akak cantik!"
Segera Qiyadh turun dari dukungan Qairul. Berlari dia mendapatkan Hanan. Tubuh Hanan dirangkul kemas. Hanan terkejut bukan kepalang apabila seseorang memeluk pinggangnya.
"Eh! Ril!" jeritnya turut teruja.
Senyuman Hanan mula terpancar. Rindunya dengan si comel ni tidak usah dikatakan. Pipi Qiyadh di tarik perlahan.
"Akak cantik dah lama Ril tak nampak. Ril rindu Akak cantik lah!"
Hanan tersenyum nipis. "Akak pun rindu Ril juga. Dah lama tak jumpa Ril si comel ni." Hidung anak kecil itu dicuit kejap.
Perilaku mereka tanpa mereka sedar Qairul perhatikan. Melihat wajah Hanan yang kembali ceria itu membuatkan dia sedikit lega.
"Shad ada masalah ke. Dari tadi abang perasan Shad banyak termenung, kenapa?" Akhirnya Ziyad memberanikan diri untuk bertanya.
Melihat dua hubungan dingin ini membuatkan perasaan prasangka dia sangat kuat. Mereka berdua seakan-akan gaduh tapi dia tak tahu apa puncanya. Semalam elok je mereka berdua melayan sesama sendiri tapi sekarang sorang ke utara, sorang lagi ke selatan.
YOU ARE READING
[C] Please Remember
Romance𝐐𝐀𝐈𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 | 𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Hanan Zulaikha (Ikha), mahu atau tidak dia perlu menerima demi menjaga hati keluarga angkatnya. Walaupun di usia muda, namun demi keluarga angkatnya yang telah banyak berjasa dan menjaganya dar...