Setelah 5 hari berlalu, mereka sudah berbincang tentang perkahwinan anak mereka.
Puan Zainun kata, pasal baju, kad dan pelbagai barang kahwin, biar Puan Zainun dan Puan Suhaida yang uruskan. Hanan dan Qairul hanya mengikuti sahaja.
Kata Puan Suhaida pula, tali pertunangan akan di langsungkan dalam 2 minggu dari sekarang, dan perkahwinan akan dilangsungkan bulan hadapan.
Cepat sungguh!
Cakap pasal Qairul pula, buat pertama kali Qairul memandang Hanan sedekat ini setelah sekian lama berpisah. Sungguh, banyak perubahan diri Hanan yang dapat dilihat jika dibandingkan dengan waktu mereka di zaman kanak-kanak. Hanan yang seorang budak polos dan comot, kini bersyukur menjadi seorang gadis yang cantik dan jelita.
Dia tak dapat nafikan semua itu.
"Tak sangka adik akak ni kuat berangan."
Mati terus lamunan Qairul tatkala Zailatul menyergah dia sebegitu. Zailatul yang duduk di sebelah sofa itu di pandang tidak puas hati.
"Berangan apa? Mana ada." Nafi Qairul, wal hal dah terang lagi bersuluh lagi.
Zailatul ketawa, kedengaran amat mengejek. "Ye lah tu..."
"Huh... akak ni sebuk je, pergi lah melayan boyfriend akak tu." Halau Qairul selamba badak.
"Eh, mana ada. Tak baik tau memfitnah orang." Kata Zailatul konon-konon buat muka tak bersalah.
Qairul menjeling sambil membuat muka meluat. Iya, iya lah tu. Padahal setiap malam macam dia tak tahu kakak dia yang seorang ni dah pandai bergayut.
"Acik... Mama ada cakapkan pasal baju akad nikah korang? Kalau boleh akak nak uruskan dengan busana pengantin milik kawan akak untuk baju kau dengan bakal isteri kau." Riak muka Qairul berubah, dia sebenarnya malas nak cakap tentang perkahwinan ini. Malas nak fikir!
"Entah, Shad malas ambil tahu."
'Pap!'
Qairul menggosok bahunya yang terasa senggal. Zailatul menjengkelkan mata sambil menunding jari.
"Ei, perangai tak matang langsung! Walaupun Shad tak suka ambil lah tahu serba-serbi sedikit." Zailatul menggeleng. Haih, macam mana lah Qairul ni nanti.
"Pasal baju nikah korang tu, biar akak yang uruskan. Cuma nanti akak akan ukur badan korang." Dahi Qairul berkerut. Baju nikah? Oi lama lagi lah nak nikahnya!
"Bukan ke tunang dulu ke?" Sekali lagi bahunya di pukul, Qairul mengaduh dan menjengkelkan mata. Zailatul pulak menggeleng sambil mengeluh.
"Apasal kau ni lurus bendul sangat? Nak kata bodoh, bijak je kat sekolah. Aih...fikirlah Shad. Tunang korang dengan nikah dekat aje. Lagipun, mama malas nak tangguhkan tunang dengan nikah katanya. Orang kata tunang jangan lama-lama nanti terlepas, faham?"
Memuncung mulut Qairul. Suka hati je kakaknya memanggilnya lurus bendul. Hei mulut!
"Ha muncung! Muncung! Nak kena ikat ke?"
"Malas lah cakap ngan akak ni."
Qairul mula membuka langkah. Malas duduk berlama-lama dengan Zailatul. Tak pasal-pasal nanti bergaduh. Dia pernah bergaduh dengan Zailatul. Gaduh pun mula-mula mulut dulu lepastu segala apa tah tangan, kaki semua naik. Abangnya Ziyad hanya menggeleng sambil menyaksikan aksi tidak matang mereka berdua.
"Ei! Akak tak habis cakap lagi lah!"
"Akak cakaplah sorang-sorang! Tak pun pergi ber miss call dengan boyfriend akak! Apa nama? Firas kan?" Memerah muka Zailatul. Ini sudah melampau!
YOU ARE READING
[C] Please Remember
Romance𝐐𝐀𝐈𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐑𝐒𝐇𝐀𝐃 | 𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Hanan Zulaikha (Ikha), mahu atau tidak dia perlu menerima demi menjaga hati keluarga angkatnya. Walaupun di usia muda, namun demi keluarga angkatnya yang telah banyak berjasa dan menjaganya dar...