Farisha Rose P.O.V~
"It's already 2 am and I can't sleep at all.What's wrong with me?."
Nafas ditarik sedalam-dalamnya.
Tak boleh jadi ni. Mesti semua orang dah tidur waktu ni. Cuma aku. Woaa kenapa mata ni tak boleh nak lelap?.
Hoodie dicapai. Langkah dibawa ke balkoni biliknya.
Cactus. Pokok kesukaan aku.
Pokok paling senang nak jaga. Cuma perlukan air dan matahari untuk hidup. Sesuai untuk aku yang kalau tanam pokok takkan menjadi. Jadi beli cactus je la. It's my healing. Tengok je cactus. Semua masalah akan hilang. Bagi aku la. Walaupun banyak duri dan bahaya. Tapi bila tiba masanya bunga akan keluar juga nanti. Macam penampilan seseorang. Jangan judge orang hanya dengan melihat luaran sahaja.
Jadi dia Tengku Harriz James. Serius aku tak pernah jumpa langsung dia sebelum ni.
No no no. Stop it Rose. Jangan fikirkan sesiapa.
Dia cuma anak aunty Lisa. Kau tak nak jumpa dia lagi. Tapi kan aunty Lisa memang ada anak. Aku tahu ada dua orang. Tapi aku tak tahu la pulak aunty Lisa ada anak lelaki. Umi pernah cakap anak aunty Lisa tu lawyer dekat LA.
Wait dia lawyer?. TJ pun lawyer.
Kenapa dia balik Malaysia?. Ada sesuatu yang berlaku ke?.
Rose, kau fikir apa ni?. Sudah. Jangan fikir tentang anak aunty Lisa yang baru diketahui kewujudannya tu.
Aku berjiran dengan dia?. Kenapa aku boleh tak tahu aunty Lisa ada anak sekacak itu?. Kacak?. Hmm diakui memang anak aunty Lisa tu ada rupa yang kalau boleh tak nak pandang sekali. Ishh tapi mustahil la single kan orang sekacak tu?. TJ tu pun tak mungkin la masih belum berpunya kan?. Bercakap tentang TJ kan nama penuh TJ pun aku tak tahu. Aku hanyalah pemerhati dari jauh beribu batu.
●●●
Kepala diletakkan diatas meja cafe. Mata dipejamkan.
Ringtone telefon berbunyi.
Panggilan dijawab.
"Rose dekat mana?." tanya suara ditalian. Benjamien Alief.
"Meja paling hujung, tudung purple."
"Okay." panggilan tamat.
"Assalamualaikum." kepala diangkat. Jejaka itu ukir senyum. Kacak. Tapi tak boleh lawan seorang tu. Farisha Rose. Lupakan mamat tu.
Benjamien Alief, senior merangkap kawan baiknya.
"Waalaikumusalam."
"Dah lama Rose tunggu?." gelengan diberikan sebagai jawapan.
"Ben tahu kan Rose suka cactus? " okay jarak dia dengan aku 2 tahun je. Jadi aku lebih selesa panggil nama dia je.
''Jadi untuk birthday tahun ni Rose nak cactus?."
Bukan. Aku nak dia berhenti bagi aku hadiah hari jadi setiap tahun.
"No. Just stop giving me a present when it's my birthday. I don't need it. Ben boleh simpan duit tu untuk orang lain. Jangan spend untuk Rose."
"Rose." Nama aku dipanggil.
"Ben please." Tolonglah faham. Aku dah tak nak terima apa-apa dari dia lagi. Jangan buat macam tu lagi boleh tak?.
Jejaka itu diam.
"Why?."
Tahu. Sebab tu aku nak elakkan. Makin aku terima makin aku bagi dia harapan. Dalam masa yang sama aku tak nak rosakkan hubungan ni. Aku dah berkawan dengan Ben untuk jangka masa yang sangat lama. 6 tahun dah.
"Rose rasa Ben terlalu baik. Dan jangan baik sangat dengan Rose. Rose tak nak sakitkan hati sesiapa. Rose..."
"Is there someone that you like?."
Diam.
Aku?. Ada. TJ. Aku sukakan TJ. Bukan suka yang macam tu eh jangan salah faham. Aku cuma sekadar suka sebab dia adalah penulis yang aku paling minat. Tak pernah aku beranggapan untuk memiliki TJ. Tapi aku tahu aku takkan dapat TJ. Sebab dia hanyalah seorang penulis misteri yang sangat rahsia orangnya. He's a private person. Aku cuma tahu dia seorang lawyer di LA. Itu je.
Siapalah perempuan bertuah yang dapat memiliki TJ tu ye?.
"The answer is yes then. Hmmm..."
Apa ayat Ben yang seterusnya?.
YOU ARE READING
C.A.C.T.U.S
RomanceFarisha Rose sangat meminati TJ, seorang penulis yang sangat sangat terkenal dengan identiti yang sangat misteri. Wajahnya tidak pernah didedahkan. Segala-segalanya sangat misteri tentang penulis itu. Namun pertemuan dengan jejaka bernama Tengku H...