Farisha Rose sangat meminati TJ,
seorang penulis yang sangat sangat terkenal dengan identiti yang sangat misteri. Wajahnya tidak pernah didedahkan. Segala-segalanya sangat misteri tentang penulis itu.
Namun pertemuan dengan jejaka bernama Tengku H...
Siapa ni?. Oh aku tahu Ben sekarang dah ada orang yang dia suka. Baguslah dia dah boleh move on dengan aku.
"Assalamualaikum". Gadis itu hampiri kami.
Manis bertudung. Lemah lembut dan sesuai dengan Ben.
"Waalaikumusalam". Aku ukir senyum. Sopan santun. Aku setuju dia ni dengan Benjamien Alief. Wait. Siapa aku nak beri kata setuju?. Aku tak layak. Aku dah kecewakan Ben. Tapi aku gembira Ben dah ada seseorang yang boleh bahagiakan dia. Lagipun sebelum Ben luahkan perasaan pun aku dah tahu dia ada simpan perasaan pada aku. Aku buat bodoh dan teruskan macam biasa. Sebab aku tak nak rosakkan hubungan persahabatan kami.
"Saya Miasara Mikayla. Tunang Ben". Tunang?. Sejak bila?. Kenapa Ben tak jemput aku dekat majlis pertunangan dia?. Ketepikan soal perasaan aku ni masih kawan dia kan?.
"Farisha Rose". Aku ukir senyum.
"Congrats. Saya tak tahu pulak Ben dah bertunang". Kata kawan. Ya. Lepas aku kawin Ben ni macam jauhkan diri daripada aku je. Tak macam dulu lagi. Jangan-jangan dia memang nak putuskan hubungan persahabatan kami ni?. Ya aku faham dan ingat kata-kata umi yang lelaki dan perempuan tak boleh berkawan. Tapi untuk kehilangan seorang kawan yang baik macam Benjamien Alief adalah tidak.
"Pertunangan kami secara tertutup". Beritahu Ben.
"Sampai hati Ben tak jemput Rose".
"Ben nak jumpa Rose ni untuk jemput Rose hadir ke majlis perkahwinan kami". Oh tunang tak jemput aku?. Majlis kawin jemput pulak?. Kalau boleh dilipat macam kerusi seorang Benjamien Alief ni dah lama aku buat.
Kad jemputan bertukar tangan. Cantik. Warna hijau. Warna kesukaan Ben. Warna hijau mengingatkan aku pada seseorang. Bukan Ben orang lain.
"Terima kasih. Rose akan datang dengan suami".
"Rose dah kawin?". Aku angguk. Mesti dia tak sangka kan?. Kawin paksa namanya. Eh bukan kawin terkejut. Kalaulah dorang berdua ni tahu aku dijodohkan.
"Dah nak masuk seminggu". Sedar tak sedar dah nak seminggu usia perkahwinan aku dan Tengku Harriz James.
"Saya ingat Rose masih single". Single tu dulu sekarang dah bertukar status. Dah buat album. Cuma tak ada mini album je lagi. Heol. Ingat ni apa?.
"Ceritalah macam mana korang kenal".
Dan kami mula berbual selepas itu. Tapi Ben banyak mendiamkan diri. Mikayla yang banyak berbual dengan aku. Ke Ben masih belum terima hakikat yang aku ni dah bergelar isteri orang?. Dia tak boleh move on lagi?. Sampai bila?. Dan kenapa setelah lama tak jumpa aku tiba-tiba Ben dah nak kahwin?. Musykil ni.
●●●
C.A.C.T.U.S
Buku yang baru sampai itu dilihat. Cantiknya. Warna ni aku suka.Cantik. Tulisan pada tajuk dan nama penulis warna hijau. Warna hijau adalah warna kegemaran TJ.
Dah sampai dah buku TJ ni. Tak sabar nak baca. Senyum diukir. Aku memang selalu tunggu karya TJ. Katanya ini karya terakhir untuk seketika waktu. Tak faham la. Maksudnya cerita ni tak ada kesinambungan la?. Tapi genre kali ni berbeza. Kali ni ada romance. Ini yang aku tunggu-tunggu sebenarnya. TJ buat cerita cinta cinta.
I'm jealous. Siapa la perempuan bertuah yang dapat memiliki hati TJ kan?. Aku selalu nak tahu semua tu.
Sebab?. TJ seorang yang berbakat. Dia layak dengan siapa ya?.
Siapa perempuan bertuah tu?.
Aku teringin sangat nak tahu. Wait. Tapi macam mana kalau sebenarnya TJ dah berkahwin?. Eii. Tak mungkin la Rose. Jangan merepek Rose. Tapi jangan berharap jugak. Sebab dia ada aura tu. Aura dah kahwin?.
Okay berbalik pada sinopsis cerita C.A.C.T.U.S tadi. Dia tentang seorang pelukis yang merahsiakan identiti dia. Kemudian bertemu seorang gadis. Dia dah lama sukakan gadis tu. Jadi dia berjumpa dengan gadis tu menyamar sebagai orang yang berbeza. Tapi... Aku tak baca lagi buku ni. Ini sekadar sedikit daripada sinopsis yang aku faham. Agak-agak aku boleh habiskan baca buku ni berapa hari ya?.
Buku ni tak ada signatureTJ. Macam mana ye nak dapatkannya?. Bila TJ nak buat Meet & Greet lagi ni?. Aku nak pergi. Tengku Harriz James akan izinkan ke aku pergi?.
Mengantuknya mata. Aku tak nak tidur dalam master bedroom tu. Tahu tak aku bagi alasan apa?. Aku nak study dalam bilik ni. Jadi masa aku masuk bilik tu Tengku Harriz James dah tidur. Jadi aku akan tidur sampai sebelum subuh dekat bilik ni. Dan akan kejutkan dia untuk solat subuh sekali. Bilik ni ada katil jugak.
Keluhan dilepaskan.
Bukan aku tak nak cuba untuk tidur sekatil dengan Tengku Harriz. Aku dah cuba. Daripada malam pertama perkahwinan tu lagi. Bila jadi macam tu. Terus aku jadi takut nak tidur sana. Takut diapa-apakan. Walaupun hakikatnya Tengku Harriz tak buat apa-apa pun. Aku mungkin terlalu takut dengan kemungkinan.
Entah bila dirinya terlelap jua.
●●●○○○
Tengku Harriz James P.o.v~
Mata dibuka. Tiada gadis itu disebelahnya.
Hampir seminggu lebih sebenarnya. Bukan dia tidak tahu. Gadis itu ingin mengelak daripadanya.
Mungkinkah idea untuk satu bilik dan sekatil itu bukanlah idea yang bernas?.
Langkah dibawa ke bilik sebelah master bedroom itu.
Dipandangnya lama gadis yang sedang tidur diatas katil itu. Direnung lama wajah cantik milik isterinya itu. Farisha Rose. Entah kenapa melihat wajah itu berkali-kali pun dirinya tidak akan puas. Dia terlalu mencintai gadis itu hampir 8 tahun lamanya.
Memiliki gadis itu sebagai isterinya merupakan impiannya sejak pertemuan pertama mereka.
"Back then I pretending I was strong. I was hiding my weakness. Until I find you".
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.