BAB 25

8 1 0
                                    

Aku pernah jumpa Tengku Harriz James?. Eh salah soalan tu. Tengku Harriz James pernah jumpa aku?. Bila?. Dikehidupan lepas?.

Keluhan dilepaskan.

Aku tak boleh tidur ni. Tapi takkan aku nak tanya dia?. Macam mana kalau aku dapat jawapan yang aku tak nak dengar?. Macam sebenarnya dia adalah... Eii. Takkan la. Jangan mengarut Farisha Rose. Semua tu takkan terjadi. Sebaiknya aku tak tanya. Tapi takkan nak biarkan diri sendiri tertanya-tanya?. 

Hishhh. Aku tak tenang ni.

"Nak masuk atau nak berdiri terus dekat luar?".

Hmmm.

"Saya nak tanya soalan".

"Come in".

"Tapi ni bilik kerja Tengku". Yalah. Takkan aku nak kacau dia pulak kan?. Mana tahu tadi dia tengah buat kerja?. Aku pulak datang sini menyibuk. Hmmmm.

"I'm free now".

Diam. Aku kena tanya soalan ni kalau aku nak tidur dengan tenang malam ni.

"Saya nak tanya dekat sini je. Soalannya adalah, dekat mana kita jumpa?".

"Yang tu Rose kena ingat sendiri. Abang ada jawapannya tapi Rose kena cuba cari sendiri jawapannya".

Hish. Apa ni?.

Keluhan dilepaskan.

"I'm sleepy now. Let's go to sleep''.

"Tengku...". Panggil aku.

"Ya sayang?". Dia pandang aku dan aku pandang dia. Apa?.

Sayang?. Dia sayang aku ke?. Dia pernah ucapkannya. Tapi ikhlas ke ucapan tu?. Ke saja je nak mainkan perasaan aku?.

Dia pandang aku dengan senyuman. Macam mana la reaksi aku bila dengar panggilan sayang tu kan?. Yang tu Tengku Harriz James je nampak.

"Saya nak tahu jawapannya".

"Okey, we sleep first I'll tell you tommorow".

"Janganlah mainkan saya macam ni".

"Abang tak mainkan Rose. Jom". Tangan aku digenggam erat.

"Tengku...". Panggil aku meleret.

"Kiss me first".  Dekat mana?. Kalau pipi aku boleh walaupun malu la jugak. Tapi aku akan buat jugak.

"Pipi kan?". Aku halakan bibir kearah pipi kiri dia. Entah bila dia alihkan wajah. Ciuman tersasar dibibir merah jejaka itu.

Mata aku membulat.

Bukan ini yang aku nak buat tadi.

"Rose nak ambil kesempatan ke?". Apa?. Aku?. Aku ambil kesempatan?. Mana ada. Jangan tuduh- tuduh ye.

"Bukan macam tu. Saya minta maaf".

"Abang bergurau je tadi. Kenapa Rose ambil serius?. Hmmm tapi not bad la. Abang dapat...". Aku tekup mulut dia laju-laju dengan tangan aku. Dapat dapat. Dapat apa?. Dapat penumbuk daripada aku nak?.

Setitis demi air mata mulai mengalir disaat itu.

Langkah aku bawa pergi dari situ.

Ingat semua ni kelakar ke?. Aku tak suka langsung semua ni. Gurauan tu tak kelakar langsung la.

○○○●●●

"Rose lapar?. Kalau lapar turunlah. Abang ada masak untuk Rose".

Aku rasa dah 2 hari aku merajuk dengan Tengku Harriz James. Dan tak pernah walaupun sekali dia lupa untuk panggil aku makan. Aku akan makan. Tapi masa dia pergi. Betul dia green forest. Tak pernah sekali pun dia marah pada aku.

Pintu dibuka.

Jejaka itu dihadapan matanya.

"Abang...". Tak expect aku akan keluar?. Hmmm. Aku rasa cukup dah kot merajuk aku ni. Maleh aku. Sampai bila aku nak macam ni?.

"Tengku dah makan?".

Tengku Harriz James geleng.

"Tengku tunggu saya?".

"Ya. Abang tunggu Rose. Setiap hari tunggu nak jumpa Rose. Nampaknya Rose dah bencikan abang".

Aku bencikan Tengku Harriz James?. Heh. Bila masa?.

"Rasa benci tu berat macam sebuah beban. Untuk apa saya nak susahkan diri sendiri angkat beban tu?. Baik saya lepaskan je". Ucap aku.

Tubuh aku dipeluk erat.

"Abang rindu Rose". Aku ukir senyum. Aku?. Rindu ke aku pada Tengku Harriz James?. Aku tak tahu. Yang pasti aku nak dia selalu ada dengan aku. Yang pasti itu bukan cinta. Itu perasaan yang sukar aku gambarkan. Sekali lagi itu bukan perasaan cinta.

Dan untuk keberapa kali itu bukanlah cinta.

''Saya tak rindukan Tengku pun''. Dia pandang aku sekilas sebelum ukir senyum lagi.

''Tak apa mungkin belum masanya lagi. Abang akan tetap tunggu Rose''. Tunggulah ye.

 Tunggulah ye

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
C.A.C.T.U.STempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang