Farisha Rose sangat meminati TJ,
seorang penulis yang sangat sangat terkenal dengan identiti yang sangat misteri. Wajahnya tidak pernah didedahkan. Segala-segalanya sangat misteri tentang penulis itu.
Namun pertemuan dengan jejaka bernama Tengku H...
"Kau bertunang dengan jiran kau?." tanya Aleesya. Anggukan diberikan sebagai jawapan.
Keluhan dilepaskan.
"Uncle James?." dengar je soalan tu tangan aku laju mencubit tangan Aleesya. Siapa suruh pandai-pandai teka. Uncle James?. Aunty Lisa nak campak mana?.
"Sakitlah Rose." tahu pun.
"Anak dia." Aleesya Sofhea mengerutkan keningnya.
"Uncle James ada anak lelaki?. Weh. Mesti kacak. Melayu kacukan omputih. Jadi calon suami kau tu mesti handsome kan?."
Kacak?. Biar aku ingat balik muka Tengku Harriz James. Hmmm. Boleh la daripada tak ada. Tapi secara jujurnya boleh dikategorikan sebagai 'good looking' jugak la. Tapi rupa boleh bawak pergi mana?. Bercakap tentang rupa aku selalu teringin nak tahu macam mana la rupa TJ. Bila aku dapat tengok wajah sebenar dia eh?.
"Kacak la jugak." beritahu aku. Bukan aku nak puji sangat Tengku Harriz James tu. Dia memang dah natural handsome kan. Nak buat macam mana lagi?.
"Rose jom jumpa dia. Aku nak tengok muka dia."
Buat apa Aleesya?.
"Nanti masa akad nikah je la kau tengok." aku sengaja bagi alasan. Aku tak nak jumpa Tengku Harriz James buat masa sebulan ni.
Aleesya Sofhea mencebikkan bibir.
"Rose."
Aku tak nak jumpa dia.
Diam. Lama.
"Kau kena kawin paksa ke?."
Buk. Pertanyaan itu menusuk masuk terus ke hatinya. Sakitnya. Kalau boleh tak nak dengar part 'kawin paksa' tu. Tapi benda memang betul. Kenapa?. Kenapa aku mesti terjebak dengan semua ni?. Aku tak nak kawin dengan sesiapa. Aku bukan tak nak kawin langsung. Tapi untuk jangka masa sekarang itu bukanlah pilihan yang terbaik. Mungkin bagi umi dan abi. Tapi bukan aku.
Anggukan diberikan sebagai jawapan.
"Kenapa kau tak tolak?."
"Ini keputusan kedua belah pihak." Aku ni hampir setiap hari ketuk pintu bilik umi dan abi merayu-rayu untuk batalkan perkahwinan ni tapi semua tu sia-sia sebab umi dan abi tetap dengan keputusan diorang. Nak menangis pun dah penat dah.
"Rose yang nak bahagia tu kau." woa. Memang la aku. Ada orang lain ke yang kena kawin paksa dengan Tengku Ryan James selain aku?. Tapi ayat ni memang boleh buat aku menangis. Boleh tak jangan mulakan Aleesya Sofhea?.
"Kau nak gantikan aku?". Itu soalan gila namanya.
"Kau dah gila ke Rose?." memang. Setiap hari aku bagai nak gila fikirkan semua ni. Aku selalu anggap semua ini adalah mimpi yang ngeri. Seseorang tolong bangunkan aku dari mimpi ni. Tapi bila aku tidur dan bangun aku terpandang cincin tu. Cincin pertunangan tu. Masa tu aku sedar semua ni bukan mimpi itulah kenyataannya. Kenyataan yang perlu aku hadapi.
"Patut ke aku pergi Korea?." dah kenapa pulak kau nak pergi sana Rose?. Untuk larikan diri dari realiti?.
"Jom." Aleesya macam biasa akan setuju dengan cadangan aku.
●●●
Seoul, South Korea~
Tenangnya angin malam di Han River. Betullah cakap Joshua dalam Mindset tu. Korang dengar sendiri la ya. Esok aku kena berjogging dekat sini.
Tindakan yang bijak Rose. Dengan cara ni aku boleh lupakan seketika masalah yang terjadi. Aku tenang dekat sini. Kalau boleh tak nak balik Malaysia. Aku nak tinggal sini hmm atau lebih pada nak pindah tinggal sini. Bukan dekat HanRiver ni ya dekat Seoul. Tapi sara hidup dekat sini tinggi ya guys. Mana aku mampu. Kalau ada orang support aku setuju sangat. Sedar tak sedar dah 2 minggu aku tak jumpa anak uncle James tu. Baguslah.
Tapi lagi 3 hari aku akan balik ke Malaysia. Rindunya aku dekat sini nanti. Semua best. Tteokbokki sedap, bibimbap sedap, eomuk sedap, japchae sedap. Makanan sini semua sedap, suasana okay. Hmmm cuma aku je yang tak okay.
Tak nak balik. Nak tinggal sini.
Oh. Apa khabar buku baru TJ tu eh?. Aku dah order buku tu. Tunggu nak sampai je. Tak sabarnya nak baca buku tu.
Senyuman diukir.
"Rose, jom." anggukan diberikan.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.