Telefon berbunyi. Ringtone Dust kedengaran ketika itu.
Telefon diletak ditepi telinga.
"Get out from the cafe now". Suara Aleesya Sofhea kedengaran ditalian.
"Kenapa?". Pelik. Aku dapat rasakan aura yang sangat kuat. Aleesya sengaja nak takutkan aku ni. Hmm nak buat apa ni?.
"Kau takkan suka dengar jawapan ni. Patah balik. Kita tak jadi jumpa dekat situ".
"Okay".
Versace Eros Flame.
Bau ni.
TJ?.
''Cik sila ke sini''. Tapi aku nak balik.
Mungkin sekejap lagi.
Segelas air masak diminum. Panasnya. Kenapa aku rasa macam panas sangat tempat ni?. Ada aircond kan?. Ya sekarang ni Malaysia tengah ada heatwave tapi ini panas betul.
''Are you okay?''. Pandangannya kabur selepas itu.
•••
Mata dibuka. Peningnya kepala aku.
''Rose dah sedar?''. Tengku Harriz James?. Mana dia tahu aku dekat sini?.
Sekejap. Ini bukan baju yang aku pakai semalam. Tubuhnya kini tersarung tshirt putih gambar teddy bear. Aku tak pernah ada tshirt macam ni. Dan baju ni besar.
''That was my shirt''. Huh?. Maksudnya kami dah...
Tidak. Aku nak menangis sekarang ni. Setitis demi setitis air mata mulai mengalir disaat itu. Menyesal. Menyesal pergi cafe tu. Tapi aku tak boleh salahkan sesiapa sebab Aleesya pun dah halang aku masuk cafe tu semalam.
Mukanya ditekap pada bantal.
''Rose...''.
Tak nak aku tak nak dengar cakap sesiapa sekarang ni. Boleh tolong keluar dari bilik ni tak?.
''I'm not doing anything to you''. Kepala diangkat. Tubuh aku dipeluk erat.
Lega dalam masa yang sama aku takut. Macam mana kalau dia tipu aku?. Sebab aku tak sedar semalam. Mustahil...
''Jangan fikir bukan-bukan. Ingat abang ni apa?''. Pelukan dileraikan. Air matanya dikesat jejaka itu.
''Saya takut''.
''Abang ada dekat sini''. Diusapnya belakang tubuh isterinya itu.
''Semalam...''.
''Rose ada minum apa-apa dari cafe tu?''.
''Plain water''.
'That's the reason why you became like that''. Perlahan namun cukup untuk kami berdua dengar.
''Huh?''.
''Someone drugs you''. Aku pandang dia lama. Siapa?. Siapa yang nak buat macam tu?. Dasar gila. Gila tak masuk akal. Ini semua gila. Siapa si gila tu?. Aku tak boleh fikirkan sesiapa sekarang ni. Dasar gila kenapa nak buat macam ni?.
Tiba-tiba aku terpandang tangan dia. Ada kesan kena cakar. Okay siapa yang buat tu?. Nampak macam luka baru je.
''Kenapa dengan tangan tengku?''.
''Someone scratched me''. Siapa?. Aku pandang dia dan dia pandang aku. Eii takkan la the culprit ada dekat sini?. Hanya ada kami berdua dekat sini. Kalau bukan dia mestilah tidak lain dan tidak bukan...

ANDA SEDANG MEMBACA
C.A.C.T.U.S
RomanceFarisha Rose sangat meminati TJ, seorang penulis yang sangat sangat terkenal dengan identiti yang sangat misteri. Wajahnya tidak pernah didedahkan. Segala-segalanya sangat misteri tentang penulis itu. Namun pertemuan dengan jejaka bernama Tengku H...