Farisha Rose sangat meminati TJ,
seorang penulis yang sangat sangat terkenal dengan identiti yang sangat misteri. Wajahnya tidak pernah didedahkan. Segala-segalanya sangat misteri tentang penulis itu.
Namun pertemuan dengan jejaka bernama Tengku H...
Nafas ditarik. Lama dah aku berdiri depan pintu bilik Tengku Harriz James ni.
"Tak nak masuk ke?". Suara itu. Betul-betul dekat belakang aku. Dekat sangat. Kalau boleh masuk terus dalam badan aku. Haa gitu. Yalah dekat sangat. Aku boleh cium bau sabun dia. Wangi wei. Perlu ke dekat-dekat ni?.
"Nak". Sepatah haa jawapan aku. Habis kalau aku tak masuk aku nak tidur dekat mana?. Kat ruang tamu?. Nak kena bebel dengan bonda?.
Jejaka itu tergelak kecil. Apa?. Kelakar ke?.
Masuk je bilik dilihat jejaka itu membuka baju. Woi apa tu?. Eiii jangan cakap...
"I'm not wearing my shirt tonight". Okay dia dah bukak baju baru bagitahu aku. Hesh. Dia ni memang nak aku sesak nafas sepanjang 7 hari 7 malam agaknya. Woaaa. Bilakah semua ini akan berakhir?.
"Pakai please". Rayu aku.
"Tak boleh. Sebab sakit sangat. Dah lupa ke siapa yang buat abang macam ni?".
Yalah aku yang buat. Oh nak ungkit-ungkit ya?. Aku picit sekali tompok merah tu menjerit karang.
"Yalah tak payah pakai baju tu. Senang buka semua tak payah pakai apa-apa". Gumam aku perlahan.
"Rose nak macam tu ke?".
Heol dia dengar. Macam dah cakap perlahan tadi.
"Jangan saya gurau je". Gurau nak mati tu namanya Farisha Rose. Jangan buat main. Seorang Tengku Harriz James sukar diduga. Boleh jadi dia buat betul-betul. Seorang Tengku Harriz James sukar dijangka.
Tapi memang tak selesa. Sebab gatal gila. Sebab aku pernah la tapi tangan je. Sebab aku ada alergik pada sabun pencuci pinggan. Tapi dia bukan gatal la pedih.
"Rose tidur dengan abang kan?". Aku angguk. Habis dengan siapa lagi?. Dengan Mel?. Boleh je aku nak pergi sana. Tapi kesian ada orang tu sakit. Tapi ayat dia ajak aku tidur dengan dia tu macam ajak main masak-masak. Macam dah biasa.
"Come". Dia dah panggil aku dah.
Tempat kosong sebelah Tengku Harriz James terlihat seolah-olah jauh. Dekat sebenarnya. Aku nak bagi alasan apa ni?. Aku tak selesa la. Aku naik je atas katil ni confirm dia akan peluk aku. Memang dah hobi dia rasanya suka nak peluk orang.
Betul sangat cakap aku. Aku tak baring lagi baru duduk atas katil dia dah peluk aku. Backhug nama dia. Hanya seketika. Tapi buat jantung aku berdegup tersangat kencang. Bahaya ni. Belum lagi aku baring.
"I miss how you sleep next to me". Yalah. Masa malam perkahwinan tu je aku tidur sebelah dia. Yang hari lain aku tidur... Dekat bilik lain. Tapi dia tahu kan?. Sebelum subuh memang aku akan masuk semula dalam bilik dia. Tak kantoi lagi kan?.
Bismillahirrahmanirrahim.
Tubuh direbahkan disebelah jejaka itu.
"Goodnight my cactus". Bibirnya dikucup sebentar oleh jejaka itu.
Huh?. Dengan selamba?. Tanpa rasa bersalah?.
"I want to kiss you even more. Tapi abang tengah sakit. So I'll keep it". Eleh. Sakit-sakit pun selamba je kiss aku. Pastu buat macam tak ada apa-apa. Dia ni memang suka skinship kan?.
Ni yang aku takut kalau tidur dengan seorang Tengku Harriz James. Tindakan dia sukar dikenal pasti. Tiba-tiba peluk aku. Jangan tiba-tiba aku tergoda dengan semua tu sudah. Farisha Rose ini masa yang sangat sesuai untuk tidur.
○○○●●●
Hari ni aku ambil keputusan untuk keluar dengan Aleesya Sofhea. Ada berita yang perlu aku sampaikan.
Keluhan dilepaskan.
"Why?." Tanya Aleesya Sofhea pada aku.
"Ben dah nak kawin". Aleesya Sofhea membulatkan mata yang dah sejak azali bulat. Terkejut kan?. Aku lagi terkejut. Tapi aku berjaya kawal reaksi muka aku. Walaupun agak kecewa la dengan berita tu. Tak sangka Ben boleh ambik keputusan untuk rahsiakan pertunangan dia dengan Miasara Mikayla dan hanya beritahu yang tiba-tiba nak kawin.
"Dengan siapa wei?. Kan senior Ben sukakan kau". Sukakan aku?. Ya. Tapi aku tolak. Malah Ben pernah lamar aku. Pun aku tolak. Tapi aku tak pernah ceritakan pada Aleesya semua tu.
"Suka tu boleh bawak kemana je Aleesya?. Aku ni haa kawin dengan orang yang aku suka ke?".
Aleesya Sofhea geleng.
"Tapi husband kau kan suka kau". Nak gelak rasanya dengar ayat Aleesya tu. Mengarut. Tapi kalau Tengku Harriz James je yang suka aku tapi aku tak suka dia tak jadi jugak.
Aku bukan tak suka Tengku Harriz James. Bukan maksudnya aku suka dia jugak. Cuma aku tak biasa. Tak biasa tiba-tiba dia ada. Yalah. Hidup aku yang selama dipenuhi dengan TJ tiba-tiba muncul THJ. Mana boleh macam tu. Dia macam TJ sorang dah la. Orang lain tak boleh masuk dalam hidup aku.
"Kau jealous ke Rose?". Gelengan diberikan sebagai jawapan. Jealous?. Tak kuasa la nak jealous bagai. Ben dah dapat perempuan yang lebih baik pun.
"Bukan aku ada perasaan pada Ben pun". Betullah. Aku anggap Ben sebagai kawan baik aku je. Tak lebih daripada tu.
"Jadi kau ada perasaan pada husband kau la kan?". Huh?. Bila masa?.
"Belum lagi". Jawab aku laju. Betullah. Belum lagi. Aku kena usaha lagi kot. Mencari dimana perasaan itu menyorok. Mungkin masih lagi dilubuk hati yang paling dalam lagi. Macam seluas lautan. Masih perlu diterokai.
"Kacak gitu kau tak suka?". Ini bukan pasal kacak Aleesya Sofhea. Ini tentang hati. Kalau kacak tu boleh bahagiakan aku tak apa la jugak. Tapi aku bahagia ke?. Entah. Aku tak rasa lagi.
"Kacak ke Tengku Harriz James tu?". Tanya aku pula.
"Kacak maut weh". Maut?. Dahsyat sangat tu.
Memang kacak. Aku kalau sekali pandang nak pandang berkali-kali lagi. Aku takkan jemu pandang wajah tu. Terlalu kacak. Tapi tak ada la sampai kacak maut. Mengarut la tu.
"Apa-apa la Aleesya". Suka sangat puji Tengku Harriz James tu.
Apa yang kacak maut sangat pun aku tak tahu. Tapi yang pasal kacak tu memang betul la tak ada siapa nak nafikan. Hmmm.
"Kau tau tak Aleesya?".
Aku ceritakan sesutu pada Aleesya selepas itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.