Tengku Harriz James Pov~
Mata dibuka. Jam hampir menunjukkan pukul 2 petang. Aku tak solat zuhur lagi. Lamanya aku tidur. Rasanya dari pukul 12 tadi.
Matanya mencari seseorang. Siapa lagi kalau bukan gadis itu. Farisha Rose. Mana isterinya itu?. Tidak kelihatan langsung pun?.
Tubuhnya masih ada tompok-tompok merah itu. Gatal sangat-sangat. Tapi tak boleh nak garu nanti melecet. Dah la gatal yakmat. Susah nak mandi nanti. Tulah kau Harriz sengaja cari penyakit. Dah tahu tak boleh makan buah peach tu pergi makan jugak.
Yalah sebab Farisha Rose yang suap guys. Memang tak la nak tolak. Jarang-jarang dapat peluang itu. Dah la dapat panggilan 'abang' hari ni tapi dapat sakit jugak. Tak apa lah sakit yang berbaloi.
Langkah dibawa ke bilik air untuk mengambil wudhu bagi menunaikan solat zuhur.
Baru je nak keluar gadis itu masuk.
"Abang nak pergi mana?".
Gadis itu melihatnya atas bawah. Tak pula menutup mata. Sebab badan sakit sangat malas nak pakai baju. Jadi dibiarkan tubuh atasnya terdedah. Bukan rumah orang lain pun untuk dirinya sebegitu. Rumah parents nya juga.
"Dapur. Nak makan. Abang lapar".
"Macam ni?". Anggukan diberikan sebagai jawapan.
"Rose ambilkan abang rest je. Oh ya. Tak nak pakai baju ke?".
Gelengan diberikan.
Serius la Tengku Harriz James?.
Tidak sampai 10 minit gadis itu masuk kembali bersama dulang berisi makanan. Ada bubur disitu. Hmm. Asal sakit je makan bubur. Boring.
"Rose suapkan abang boleh?". Gadis itu angguk. Senyum diukir. Bahagia. Kalau dengan cara sakit ni isterinya itu mengambil berat padanya hari-hari sakit pun tak apa je. Tapi alergik ni memang tak sanggup la. Badan gatal sangat-sangat. Macam demam tu okay la. Aik nak sangat ke sakit Tengku Harriz James?.
Dilihatnya pipi gadis itu berona merah. Kenapa?.
"Pakai baju please". Pinta isterinya itu.
"Tak boleh. Nanti nak mandi susah". Bukan dia sengaja nak menayang ye. Keadaan memaksa.
"Okay". Bagus. Gadis itu tidak bergaduh kata dengannya. Direnungnya gadis itu. Lama. Cantik. Dari alis matanya turun ke sepasang mata bundar, hidung yang mancung dan turun ke bibir comel merah merekah itu. Ingin sahaja dikucup bibir itu. Hesh. Jangan cari penyakit lagi boleh tak?.
"Jangan pandang saya macam tu boleh?". Yalah orang pandang lama-lama gitu. Siapa je yang selesa?. Tapi tak boleh. Kena tengok jugak. Gadis itu sangat cantik.
"Kenapa?. Abang suka pandang Rose". Suka la. Isteri sendiri. Bukan isteri orang lain.
"Suap sendiri la''. Ugut gadis itu.
"Jangan. Rose suap abang sampai habis". Yalah.
Manja.
"Lepas tu kan Rose boleh tolong mandikan abang?".
"Huh?".
Tidak menjawab soalan sungguh. Tapi dah tahu dah jawapannya. Pasti gadis itu akan menolak.
"Abang nak jawapan boleh atau tak boleh je".
Adoi la Tengku Harriz James. Kau ni dah kenapa?. Confirm-confirm la Farisha Rose akan jawab
"Boleh tapi malu la". Aik?. Wooo. Kemajuan ke ni?. Malu?. Nak malu apa?. Hello Tengku Harriz James kau ni gaya macam Rose tu dah biasa je mandikan orang. Mestilah dia malu gila.

ANDA SEDANG MEMBACA
C.A.C.T.U.S
RomanceFarisha Rose sangat meminati TJ, seorang penulis yang sangat sangat terkenal dengan identiti yang sangat misteri. Wajahnya tidak pernah didedahkan. Segala-segalanya sangat misteri tentang penulis itu. Namun pertemuan dengan jejaka bernama Tengku H...