BAB 4

29 2 0
                                    

Fikirannya mengingat kembali perbualan dirinya dan Benjamien Alief seminggu yang lalu.

"I like you Rose."

Terpana seketika disaat perkataan itu diungkapan.

Ben sukakan aku?. Huh?. Bila?. Maksud aku sejak bila?. Kenapa dia boleh bukan soalan yang sebenarnya macam mana dia boleh sukakan aku?. Kami kan hanya kawan.

"Lelaki dengan perempuan tak boleh jadi kawan sebenarnya. Akan timbul satu perasaan lain. Rose pernah tengok Kuch Kuch Hota Hai kan?."

Anggukan diberikan sebagai jawapan.

Kisah persahabatan Rahul dan Anjali. Lalu muncul pula Tina. Tapi aku suka watak Aman. Kesian Aman tak dapat Anjali. Kenapa si Anjali tu nak balik dekat Rahul padahal Rahul dah sakitkan hati dia?. Aku tak faham la. Aku nak pengakhirannya Anjali dengan Aman.

"Tapi umi, Rose memang anggap Ben sebagai kawan je tak lebih daripada tu. Ben tu yang..." tak bukan ni. Salah. Aku tak boleh cakap macam tu. Nanti orang akan anggap yang Ben paling bersalah dalam hal ni. Tapi mana boleh salahkan aku jugak. Aku memang anggap Ben hanya sebagai kawan sahaja. Tak lebih dan tak kurang daripada tu.

Dan Ben layak dapat orang yang lebih bagus daripada aku. Aku ni banyak kekurangannya. Dengan cokia cokia lagi, tak matang, minat Kpop. Mana ada lelaki yang nak. Kalau nak pun aku yang tak nak. Bukan memilih tapi menjaga hati daripada tersakiti.

"Kalau ada orang masuk meminang Rose, Rose akan terima ke?."

Huh?. Apa maksud umi dengan soalan tu.

"Rose dah masuk 25 tahun dah. Umi dan abi nak Rose..."

Kahwin?. Adakah ini dinamakan cliche?. Oh tidak. Aku tidak mahu semua ini berlaku. Jangan. Aku tidak mahu.

"Apa pendapat Rose dengan Harriz?."

Jejaka yang dengan selamba peluk aku malam umi abi tak ada di Malaysia tu?. Don't tell me... No. Tidak mungkin. Jangan fikir yang bukan-bukan Rose. Itu bukan apa yang kau nak fikir.

"Anak aunty Lisa tu kan?." umi angguk.

"Dia masih bujang." beritahu abi pula.

Jadi?.

"Umi dan abi cadangkan..." tidak. Aku tak nak dengar dah ayat seterusnya.

Ringtone 'Dust' kedengaran selepas itu.

Nama Benjamien Alief tertera di skrin. Kenapa dia call aku ni?.

"Rose kena jawab panggilan ni."

Panggilan diangkat.

Kedengaran suara Ben ditalian.

"Can we meet?."

"Okay." panggilan ditamatkan.

●●●

Nervous nya aku. Semenjak Ben buat pengakuan hari tu dah masuk 2 minggu jugak aku tak jumpa dia. Kenapa dia tiba-tiba tergerak hati nak jumpa aku ni?. Kenapa aku rasa tak sedap hati ni?. Patut ke aku balik?.

Okay. Aku balik.

Baru je nak pusing matanya bersatu dengan anak mata seorang jejaka. Dia pakai mask. Bau perfume ni.

Versace Eros Flame.

Macam...

Tak mungkin.

Dia dekat LA kan?. Hahaha. Kelakar la Farisha Rose kau ingat ni cerita novel ke nak acah-acah terserempak dengan jodoh?. Jangan mengarut. Itu tidak mungkin.

"Rose." panggilan Ben mengembalikan dirinya kealam nyata. Tadi aku dialam mana?.

"Ben." nama itu aku sebut. Dan bila aku cari balik jejaka tadi dah tak ada. Dia wujud kan?.

Diam.

Ben awak memang nak terus pandang saya macam tu ke?. Tak nak cakap apa-apa?. Tapi bagus la sebab Ben ajak jumpa ni aku tak perlu dengar ayat seterusnya daripada umi. Aku selamat.

"Kenapa Ben nak jumpa Rose?." tanya aku.

"It's for you." kaktus. Ben bagi aku kaktus.

Aku pandang Ben. Aku dah kata jangan bagi aku apa-apa. Kenapa dia ni degil sangat?.

"Will you marry me?."

Terpana. Gurauan apakah ini?. Tapi bila aku pandang wajah serius Ben aku tahu dia tak bergurau. Kenapa Ben boleh buat keputusan macam ni?. Aku takkan setuju. Maksud aku buat masa sekarang. Aku tak boleh terima sesiapa.

"No." langkah dibawa pergi dari Cafe itu. Kaktus yang Ben bagi tadi pun aku tolak.

Keluhan dilepaskan.

It's just not right. He's not the one.

●●●

"Farisha Rose." nama aku dipanggil.

Siapa?. Siapa yang nak panggil aku Farisha Rose sangat ni?.

Dia?. This Tengku Harriz James guy. Masuk ni dah kali ketiga kami jumpa. Kata orang...

Orang mana yang mengarut tu?. Jangan percaya. Tapi aku banyak dengar la kata orang kalau kita jumpa orang tu 3 kali maksudnya orang tu ada jodoh dengan kita. Tapi jangan percaya sangat. Sebab kalau Allah dah takdirkan ada jodoh maka ada lah. Kalau tiada siapa kita nak menidakkannya?. Tapi aku dan Ben dah bertemu lebih dari 3 kali. Dan pengakuan dia semalam buat aku tertanya kenapa dengan mudahnya aku mengatakan tidak?. Jadi betullah aku dan Ben tidak berjodoh?. Habis siapa jodoh aku?.

"Assalamualaikum." ucap aku. Daripada dia sebut sangat nama aku baik bagi salam.

"Waalaikumusalam." jejaka itu ukir senyum.

"Kenapa kita jumpa lagi?." tidak. Katakan bukan aku yang tanya soalan tu.

Jejaka itu angkat kening. Pelik ke soalan tu?. Bagi aku pelik la. Oh jadi bagi dia pelik juga la kan?. See aku dah agak. Ke dia tak faham Bahasa Melayu?. Tapi dia ni asal memang orang Melayu. Yang omputih tu ayah dia.

"Maybe you're my destiny." destiny?. Awak Merepek apa ni Tengku Harriz James?.

Orang herlok macam dia ni nak jadi destiny aku?. Oh tidak mungkin. Tapi tak mustahil juga. Tapi mustahil dekat LA mamat ni tak ada girlfriend. Aku sebagai seorang yang berwaspada tidak akan mengganggu boyfriend orang ya.

Jangan jadi relationshipbreaker ya. Sebab sekarang banyak betul kaki sondol. Aku tidak mahu tergolong didalamnya.

"Jangan merepek boleh tak." ucap aku perlahan. Sedaya upaya tak nak bagi mamat speaking ni dengar.

Aku pandang wajah kacak itu. Bak kata Aleesya 'Perfecto'. Ya kacak. Mata hazel dia, hidung mancung, kulit yang cerah, badan yang sado. Weh. Aku ni tengah analisis seorang Tengku Harriz James ke?.

"What are you staring at?." tegur jejaka itu.

Merona merah wajahnya ketika itu.

B.o.d.o.h. Farisha Rose. Jangan buat macam tu lagi. Anak teruna orang ni.

"Tak ada apa-apa. Awak buat apa dekat rumah saya?."

"Today is our engagement day".

Huh?.

Huh?

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
C.A.C.T.U.STempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang