♡BAB 13♡

22 1 0
                                    

Diam. Dia pandang aku. Apa?. Ada yang tak kena ke?. Aku masih pakai tudung kan?.

Oh ya. Majlis akad nikah dah selesai. Maka aku sudah sah menjadi isteri kepada Tengku Harriz James.

"I can help you take off that hijab". Tanpa amaran satu persatu kerongsang aku dibuka. Hanya tinggal anak tudung. Taraa. Maka hari ini aku buka tudung depan lelaki selain abi dan abang Rish.

"You're so beautiful Rose".

Tubuh aku dipeluk dari belakang. Dan aku dapat rasakan dia cium rambut aku. Dan jantung ni rasa nak meletop dah ni. Kenapa nak buat macam tu?. Jangan buat aku macam ni boleh tak?.

"Tengku".

"Okay, you go take shower first, solat and sleep". Arah dia. Aku berlalu pergi.

Pyjama couple?. Kelakar ke abang Rish?.

"It's look good on you". Pyjama?. Aku rasa biasa je. Dia ni kenapa nak puji-puji aku ni?. Dan aku tak suka langsung semua ni. Aku dah cakap dah tak nak bermalam dekat sini. Dah aku kena satu bilik dengan Tengku Harriz. Aku tak nak la.

"Saya tak ada pilihan lain." Ucap aku.

Kenapa yang aku nak berdebar sangat ni?. Dia bukan buat apa-apa pun dekat kau Rose. Tapi Tengku Harriz James memang sukakan skinship. Tak boleh buat apa dah. Tindakan dia mengejutkan. Dia takkan minta pelik-pelik kan?.

Selesai solat isyak. Alhamdulillah.

Tubuh direbahkan disebelah jejaka itu.

Jantungnya berdegup tersangat kencang. Lagi pantas daripada larian kuda. Mungkin cheetah takpun jaguar. Apa-apa je la.

Mata dipejamkan.

Diam. Selepas itu tiada lagi kedengaran suara jejaka itu. Inilah masanya. Aku kena pergi dari sini.

Baru sahaja ingin bangun lengannya digenggam. Harriz tak tidur lagi?. Aku ingat dia dah tidur. Hish. Aku baru je nak tidur bawah katil. Cadangnya begitulah. Esok awal pagi tidur atas katil balik. Failed.

"Where are you going?."

"Toilet. Boleh Tengku lepaskan lengan saya?."

Lengannya dilepaskan jejaka itu perlahan.

Langkah dibawa menuju ke tandas.

Aku tak boleh la tidur sebelah Tengku Harriz. Jantung aku ni tak nak bagi kerjasama. Itu baru sekejap. Kalau aku tertidur tadi. Esoknya mahu aku terpeluk dia. Rose. Jangan mengarut.

"You can't sleep right?." tanya jejaka itu sebaik dirinya melangkah semula ke katil.

Aku diam.

Haa. Betullah tu. Betul sangat. Terpaling betul. Tapi memang aku dah gila kalau jawab 'ya'. Nanti Tengku Harriz akan rasa bersalah. Dahlah Rose. Tidur je. Takkan ada apa-apa yang jadi.

"Taklah." aku memang dah mengantuk.

"Can you face me while sleeping?." arah jejaka itu.

Dia ni memang nak aku pengsan agaknya. Tapi itu adalah arahan seorang suami. Aku tak boleh ingkar.

Tubuh dipalingkan menghadap jejaka itu.

Gelap. Tapi aku tahu dia tengah pandang aku.

"Please don't hate me." huh?. Tak mungkin aku boleh bencikan dia. Tak pernah sekali aku fikirkan tentang tu. Siapa aku nak bencikan dia?.

Mata dipejamkan.

Tak boleh. Aku tak boleh tidur. Harriz terlalu dekat dengan aku.

Tanpa amaran jejaka itu merapatkan jarak mereka. Hidung bertemu hidung dan bibir merah jejaka itu menyapa lembut bibirnya. Hanya seketika.

C.A.C.T.U.SWhere stories live. Discover now