Farisha Rose sangat meminati TJ,
seorang penulis yang sangat sangat terkenal dengan identiti yang sangat misteri. Wajahnya tidak pernah didedahkan. Segala-segalanya sangat misteri tentang penulis itu.
Namun pertemuan dengan jejaka bernama Tengku H...
"Are you trying to create a gap between this relationship?."
Huh?. Apa maksudnya?. Sejak bila aku ada hubungan dengan dia ni?. Dia hanyalah jiran aku dan tak lebih daripada itu. Tolonglah faham. Buat masa sekarang aku tak nak ada hubungan dengan sesiapa pun. Aku nak stay loyal as a single women. That's what gonna happen. No men and it will be less hurt. Beri harapan pada orang lain adalah bukan aku. Jangan berharap dan jangan cepat sayang dengan seseorang. Sebab sayangkan seseorang ni boleh buat kita terluka kalau tak kuat.
Tengku Harriz James apa yang cuba awak maksudkan dengan ayat tu?.
"Tengku."
Nama dia Tengku Harriz James. Aku tak tahu nak panggil apa. Aku rasa betul dah tu. Masih dalam nama dia.
"I prefer Harriz than Tengku." Aku pandang dia tajam. Aku tahu semua orang panggil dia dengan gelaran Harriz tapi suka hati aku la. Aku nak panggil dia dengan gelaran Tengku.
Panggil je la apa-apa. Tengku tu pun masih lagi ada dalam nama dia. Tak sekarang ni pasal nama pun nak cari gaduh ke?.
"Now tell me what do you mean by those words?. Awak tipu ke?." tanya aku. Yalah. Tiba-tiba cakap pasal pertunangan. Jangan nak main-main boleh tak?.
"What lies?. I'm speaking the whole truth. Our parents want us to get married. And..."
"Jom kita masuk beritahu kita tak setuju. Demi masa depan kita. Saya tak nak kawin dengan Tengku " Sebelum segalanya terlambat. Baru episod 5 ni. Takkan dah kahwin kot?. Tak boleh jadi ni. Aku tak setuju dan tak terima langsung.
"I agree to do so Rose. Marry me and we will know each other. I know it's too early and you're still young. But it's the only way."
Mudahnya dia berkata-kata. Aku ni baru 25 tahun tau. Aku belum bersedia nak kawin. Kalau aku setuju pun bukan dengan dia. Aku nak kawin dengan TJ. Eh?. Mengikut angan-angan aku la. Tapi angan-angan pun tak mustahil kan?. Boleh jadi kenyataan.
Diam.
Lari. Mungkin itu yang aku perlu buat sekarang.
Baru je nak melangkah pergi dari situ tangannya digenggam kemas. Dia. Sentuh. Aku. Lagi. Suka hati dia je kan?.
"Can't you stop run away from reality?". Apa?. Dia ingat aku ni suka berkhayal dialam fantasi ke sampai tak boleh nak bezakan realiti dan fantasi?. This is too much Tengku Harriz James.
"Can't you let go of my hand?. Siapa beri awak izin untuk pegang tangan saya?. You're not even my husband dan saya tak kan kawin dengan Tengku". Pegangan dileraikan.
Betullah. Dia bukan sesiapa pada aku. Hanya jejaka yang bergelar suami aku je boleh pegang tangan aku. Dia bukan setakat dah pegang tangan aku ada pakej peluk sekali. Dia ni memang suka skinship ke apa?. Oh lupa orang baru balik dari LA kan. Kejutan budaya.
"Farisha Rose." Tengku James Abdullah.
Senyuman diukir.
Panggilan itu menghentikan pergaduhan bukan tapi lebih kepada perbincangan antara kami.
Langkah dibawa masuk ke banglo 2 tingkat itu.
"Kami bercadang untuk..." ayat seterusnya kau orang pun mesti dah tahu. Kan?.
Cincin dijari dipandang bagai nak tembus.
Adakah ini balasan kerana aku menolak lamaran Ben?. Aku. Tak. Nak. Kawin.
Setitis demi setitis air mata mengalir disaat itu. Biar. Aku memang nak menangis sekarang. Air mata kau jangan berani nak berhenti ya. Hari ni kau kena keluar sebanyak yang mungkin.
"Rose." nama aku dipanggil.
●●●
Kini tinggallah aku dan Tengku Harriz James dekat ruang tamu tu. Umi dan abi yang suruh. Untuk dia pujuk aku.
Pujuk?. Heh. Ingat aku nak dengar cakap dia?. Aku takkan terpujuk.
Tapi bau wangian ni. Bau wangian dia kuat sangat la. Sembur sebotol habis terus ke apa?. Lepas tu boleh tak duduk jauh sikit daripada aku?. Buat jantung aku ni berdegup tersangat kencang. Lagi pantas dari larian kuda. Dia wangi sangat.
"Stop crying please. I don't want to see a girl cry because of me."
Hish. Salah siapa semua ni?. Tapi aku bukan menangis sebab dia. Aku rasa dalam situasi macam ni semua perempuan akan menangis. Kalau aku anggap semua ni biasa je maksudnya aku dah putus 3 wayar. Siapa je dalam dunia ni nak dijodohkan?. Walaupun berkali-kali aku cakap dengan umi yang aku cuma sukakan TJ. Semua tu dah tak berguna dah sekarang. Sebab umi pernah cakap.
''Saya tak nak kawin''. Beritahu aku. Air mata dah mengalir semakin laju. Nampak tak betapa kalau aku tak nak tu maknanya aku tak nak?.
"TJ tu hanyalah fantasi Rose. Apa faedah yang Rose dapat sukakan orang yang Rose sendiri tak tahu paras rupanya?." itulah antara kata-kata umi yang aku ingat dan takkan lupakan sampai bila-bila. Hari dimana aku masih bertekad dan akan tetap sukakan TJ. Biarlah TJ tak tahu sekalipun. Aku peduli apa?.
"Bagi saya masa selama sebulan. Dan dalam tempoh tu saya tak nak kita berjumpa, terjumpa atau terserempak."
''A month?." aku angguk.
Kelihatan jejaka itu berfikir sejenak.
Dia fikirkan apa?. Takkan dia rasa berat hati dengan cadangan aku tu?. Tapi atas alasan apa?. Kami baru je kenal. Tak sampai seminggu. Aku nak nampak muka dia pun jarang-jarang. Kalau difikirkan semula semua ni mengarut yang tak masuk akal.
"Why?." tanya dia pada aku.
"Saya perlukan masa untuk terima semua ni."
"And a month is enough for you?". Tanya Tengku Harriz James lagi.
"Mungkin." jawapan itu diberikan. Tapi tak boleh kunci lagi jawapan tu. Sebab tak pasti. Tapi macam-macam boleh jadi dalam masa sebulan tu. Yang pasti aku ada masa sebulan untuk fikirkan pelbagai cara supaya tiada perkahwinan yang berlangsung antara kami sebab aku tak nak kawin dengan sesiapa. Buat masa ini.
Akhirnya Tengku Harriz James setuju dengan cadangan aku. Yes. Bagus aku tak payah nak jumpa dia untuk sebulan ni. Bersedia la dengar kisah sedih lepas ni. Aku akan pastikan pertunangan ni diputuskan. Hehehe.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.