Langkah dibawa keluar dari bilik itu. Membiarkan Tengku Harriz James tidur seketika.
"Harriz dah okay?". Tanya bonda sebaik aku tiba di ruang tamu.
"Sikit. Sekarang tengah tidur. Bonda...".
Aku kena minta maaf dengan bonda. Anak teruna dia jadi macam tu sebab aku weh. Bersalahnya aku. Dah la benda jadi depan mata bonda.
"Rose minta maaf". Tengku Amalin Lisa ukir senyum.
"Bukan salah Rose. Rose pun baru je kenal Harriz. Disebabkan Rose ada dekat sini boleh la bonda berbual lama-lama dengan Rose. Apa-apa yang Rose nak tahu tentang Harriz, Rose boleh tanya bonda".
Baiknya bonda pada aku. Buat aku rasa bersalah.
Matanya tiba-tiba terpandang rak kaca yang berisi pelbagai jenis buku. Tapi itu macam buku TJ. Woah siapa yang baca buku ni dekat rumah ni?.
"Bonda baca buku ni ke?". Rak kaca itu dihampiri. Ditunjuk buku itu dari luar. Yalah takkan nak ambik buku tu pulak. Aku pun dah ada.
Tengku Amalin Lisa angguk.
"Rose suka penulis buku ni". Suka karya dia sekali pakej termasuk orangnya sekali la. Hehehe. Tak salah kan?. Bukan aku pernah jumpa TJ secara personal pun. Walaupun aku nak je masuk kalau ada buat kontes 1 day with TJ gitu. Takkan ada ya korang. Jangan harap Lilac Publication nak buat kontes. Kalau ada aku orang pertama yang daftar.
"Bonda pun".
"Rose ada semua buku TJ".
Woaaa. Bercakap tentang TJ dalam Instagram dia pernah post tentang buah peach jugak. Haa dengan caption 'It's delicious actually but I can't eat it' #peach #allergic. Aku masih ingat lagi.
Tengku Harriz James pun ada alergik yang sama.
Tak mungkin.
"Rose dah baca buku baru TJ".
"Rose suka TJ ke suka karya TJ ni?". Tanya bonda. Nampak macam aku over sangat ke cerita pasal TJ tadi?. Oh my gucci. Jangan la bonda tahu.
"Karya dia. Mengingatkan Rose pada seseorang. Tapi lama dah. Rose cuba lupakan. Bonda nak tahu..." Aku mula ceritakan pertemuan yang bukanlah pertemuan sangat 8 tahun yang lalu. Bukan perasaan suka tapi lebih pada perasaan ingin tahu. Biskut kaktus tu. Siapakah pemiliknya?.
Habis je cerita tentang kejadian 8 tahun yang lalu tu. Aku bertanyakan soalan tentang Tengku Harriz James. Bermula dari warna kegemaran, filem, semualah. Tapi aku tertarik pada satu. Bonda bagitahu Tengku Harriz James teringin nak jadi penulis buku. Tapi dia terpaksa kuburkan impian tu sebab dalam masa yang sama dia nak jadi seorang lawyer. Menarik. Kalau Tengku Harriz James jadi seorang penulis agak-agak nama pena apa yang sesuai untuk dia ya?.
T...THJ kot. TJ kan dah ada orang ambik. Tapi boleh je ambik nama pena gempak sikit?. Kalau macam aku sebab aku suka warna ungu aku akan ambik nama pena ni LilacVioletPurple singkatannya LVP. Woah. Gempak kan?. Berangan je la. Tapi aku bakal... Aku nak jadi penulis buku jugak. Inspired by TJ. Boleh tak macam tu?. Boleh kan je la ye.
"Akak". Tengku Emelda aka adik iparnya menegurnya pula. Tubuh aku dipeluk erat.
Oh ya. Dalam rumah bonda ayahanda ni ada 4 orang je duduk. Tengku Harriz James anak sulung dan Tengku Emelda adik bongsu Tengku Harriz James. Dia baru balik dari kolej.
"Mel nak jumpa abang Riz". Baru je Tengku Emelda nak melangkah naik ke bilik abang sulungnya itu cepat-cepat aku panggil.
"Emelda".
"Ya?".
"Abang Riz tengah sakit. Akak tak sengaja suapkan dia buah peach". Beritahu aku.
"Oh. Teruk ke?". Aku angguk.
"Sorry". Aku mohon maaf lagi. Aku rasa kalau ayahanda tahu ni memang aku minta maaf jugak. Hari ni sesi mari sama-sama kita saling bermaaf-maafan gitu. Heol.
"Eh bukan salah sesiapa. Abang Riz tu kalau orang suap mana pernah nak menolak. Rezeki jangan ditolak katanya. Tak sangka dia makan jugak buah tu".
Sebab aku suap dia. Hmmm.
"Agak-agak kalau kak Rose suapkan abang Riz tu pasir dia makan jugak kot". Aku ketawa mendengar lawak Tengku Emelda. Kelakar ke?. Tak mungkin la.
Tengku Emelda turut sama ketawa. Seronok jugak ye sekali-sekala dapat membahan Tengku Harriz James.
"Jom pergi bilik Mel. Mel nak tunjuk gambar abang Riz masa kecil". Aku mengikuti langkah Tengku Emelda.
Masuk je bilik Tengku Emelda penuh dengan warna pink. Pink lover sungguh. Cantik. Confirm masa movie Barbie haritu Tengku Emelda ni dah tengok. Peminat pink la katakan. Kan Barbie tu pink saja.
"Ini..."
"Ini la abang Riz, kacak kan?. Untung la kecik-kecik dah kacak". Comel plus handsome. Tapi aku macam pernah nampak la gambar ni. Bila eh?.
Lupakan la yang pasti comel. Ada satu gambar Tengku Harriz James pegang buah peach.
"Abang Riz memang suka buah peach masa kecik. Tapi lepas je badan dia naik merah-merah sebab alergik terus dia tak sentuh buah tu dah. Kami semua tak ada pulak alergik. Dia sorang je gitu". Aku hanya mendengar.
Tengku Emelda menunjukkan gambar 4 orang yang terdiri daripada Tengku Harriz James, Tengku Emelda, bonda dan ayahanda. Bergambar dihadapan sebuah taman tema. Rasa ni kat oversea ni.
"Masa ni kami pergi Los Angeles. Best gila. Tapi masa ni kan ada kejadian kelakar. Abang Riz dia buat degil dia peluk tiang dekat Santa Monica Pier tu sebab tak dapat apa yang dia nak. Dia menangis-nangis tak nak lepaskan tiang tu".
Aku ketawa mendengar cerita Tengku Emelda.
Tengku Harriz James mesti kuat menangis masa kecil. Aku pulak?. Ada la berberapa kali menangis depan Tengku Harriz James. Buat malu je.
"Akak tidur sini kan?". Aku angguk. Aku ambil keputusan untuk tidur sini selama beberapa hari. Sampai Tengku Harriz James sembuh.
Tengku Emelda ukir senyum bahagia. Benar dia bahagia abang sulungnya telah bertemu gadis yang baik sebagai isteri.
"Yeay tak bosan la Mel malam ni. Tapi akak kena temankan abang Harriz. Dia tu kalau sakit manja sangat". Manja?. Macam tak biasa dengar je ayat tu. Tengku Harriz James manja?.
Manja yang macam mana tu?. Jangan la manja yang bukan-bukan. Tak tahu nak hadap macam mana nanti.
Tengku Harriz James tengah sakit kan?. Please behave.
YOU ARE READING
C.A.C.T.U.S
RomansaFarisha Rose sangat meminati TJ, seorang penulis yang sangat sangat terkenal dengan identiti yang sangat misteri. Wajahnya tidak pernah didedahkan. Segala-segalanya sangat misteri tentang penulis itu. Namun pertemuan dengan jejaka bernama Tengku H...