Farisha Rose sangat meminati TJ,
seorang penulis yang sangat sangat terkenal dengan identiti yang sangat misteri. Wajahnya tidak pernah didedahkan. Segala-segalanya sangat misteri tentang penulis itu.
Namun pertemuan dengan jejaka bernama Tengku H...
"Rose tolong umi beli barang ni ya?." kertas bertukar tangan.
"Okay umi." kunci kereta dicapai.
List ditangan dilihat.
Banyaknya barang. Macam mana aku nak angkat sorang-sorang ni?.
Tak apa Rose call Ben.
Eh jangan. Mood Ben tengah tak okay. Jangan kacau dia. Habis tu siapa?. Aku ada contact number Ben je lepas number umi, abi, Aleesya dan Kak Zieha. Siapa?. Hmmm. Rose kau angkat sendiri je la semua tu.
"Rose." namanya dipanggil.
"Aunty Lisa." senyum diukir buat wanita sebaya umi itu.
Lama dah aku tak jumpa aunty Lisa sebenarnya. Sebab aku selalu busy dengan assignment dan jarang keluar rumah. Jadi potensi untuk jumpa orang dan jiran adalah kadar 0.1%. Jadi ya. Aku dah lama tak jumpa aunty Lisa. Dan memang pantas la aku tak kenal anak aunty Lisa. Sebab lagi satu aku memang jenis tak ambik tahu hal orang lain jugak. Tapi aku kenal la Tengku Emelda Sofea. Itu je sorang. Tak sangka Tengku Emelda ada abang rupanya. Kenal maksud aku kenal begitu-begitu je la. Tak rapat sangat pun.
"Rose nak pergi mana?."
"NSK, umi minta beli barang." beritahu aku. Senang beli barang dekat situ harga pun murah je.
"Kalau macam tu pergi sekali dengan Harriz la anak aunty. Kebetulan aunty nak suruh dia beli barang jugak''. Huh?. Harriz?. Macam pernah dengar nama itu tapi di mana ya?.
Masa tu muncul jejaka malam 2 minggu yang lalu. Kacak. Hari ni dia pakai tshirtPolo colour dark blue. Rose. Dia Harriz rupanya. Oh aunty Lisa panggil dia Harriz. Nama penuh dia apa dah?. Lama dah tak jumpa . Hari tu je la sekali. Sorry aku memang tak ingat.
Aku dah kata dah pada diri sendiri tak nak jumpa dia ni dah. Hmmm. Tak apa la baru kali ke 2 jumpa dia ni. Lepas ni diharapkan tak berjumpa dengan mamat ni lagi. Cukuplah kali ni sahaja. Noktah.
"Rose pernah jumpa Harriz?." nak jawab apa ni?. Kalau aku kata tak pernah menipu pulak. Tapi cara aku jumpa dia tu tak berapa nak manis la. Dan dia... Boleh pulak sesuka hati je peluk aku?. Hishh. Dipandang tajam jejaka itu.
"Pernah." Jawab aku sepatah.
"Dekat mana tu?." tanya Tengku Amalin Lisa.
Lama aku diam. Nak merangka ayat sebenarnya. Aku nak jawab apa ni?. Cepatlah tolong aku.
"I met her at her house. She was so scared to get in inside and... We're just go to the playground and I accompany her there. That's how we met bonda." dia jawab bagi pihak aku.
Dan banyak-banyak ayat dia satu je perkataan Melayu dia. Panggilan bonda tu. Dia ni memang nak speaking sepanjang hayat ke apa?. Memang aku boleh faham ayat tu tapi... Dia tak cerita pulak dekat bonda dia yang dia peluk aku tanpa izin tu?.
"Oh, jadi Rose setuju dengan Harriz?."
"Huh?." setuju apa ni?. Aku tak faham la. Setuju ni ada macam-macam jenis. Macam setuju nak berkenalan dengan dia. Setuju nak berkahwin... Sekejap. Tapi setuju yang tu dah merepek.
"Maksud aunty setuju pergi dengan Harriz?."
"Saya kena tanya umi dulu aunty". Aku kena minta izin dekat umi dulu. Sebab Harriz adalah lelaki ya. Dan umi jarang la nak bagi aku keluar dengan lelaki selain abang Farish dan senior Benjamien Alief.
"Harriz." aunty Lisa panggil anak dia.
"Yes bonda." isyarat mata diberikan pada anak lelakinya itu.
Apakah maksudnya isyarat itu?.
●●●
Krik krik krik krik. Awkward. Okay mari sini aku beritahu korang bayangkan baru jumpa lelaki tu sekejap tak sampai 1 jam mungkin pastu lepas 2 minggu korang jumpa dia lagi dan korang kena beli grocery sama-sama dengan dia. And he's not even Ben. Kalau Ben tu aku dah biasa la keluar sama-sama. Pernah la jugak Ben tolong aku beli barang tapi yang ni lelaki yang aku tak pernah keluar sama-sama dengan dia dalam jarak yang agak jauh dari rumah.
Macam mana umi boleh izinkan?. Sebab ni anak aunty Lisa ke?. Aku sebagai anak yang solehah dan menurut kata hanyalah ikut je. Tapi tak selesa sebenarnya sebab mamat ni pernah peluk aku. Hishh. Memikirkannya buat aku rasa nak marah tapi kena sabar.
Bukan rasa. Tapi aku memang marah. Kalau aku ceritakan semua ni pada umi dan abi mesti aku tak ada dekat sini dah. Sebab mungkin umi takkan izinkan aku keluar dengan dia ni.
Tapi mesti aku kena ceramah jugak sebab terlalu takut. Ya aku mengaku aku ni penakut. Kalau dalam gelap aku selalu bayangkan macam-macam. Sebenarnya tak ada pun. Aku yang fikir bukan-bukan.
''It's nice to meet you again Rose". Dia ingat nama aku lagi rupanya. Tak la sebab dah lama kan. Habis kau ingat mamat ni lupa?. Dia amnesia anterograde ke?.
Diam.
Takkan aku nak kata 'nice to meet you again too?' jugak. Memang tak la. Tapi kan bau wangian yang dia pakai ni macam seseorang. Tapi lama dah aku bau wangian macam ni. Dalam dunia ni bukan ada sorang je pakai perfume tu.
"So it happens that you're a introvert person."
Sesuka hati je dia nak label aku macam tu?.
"Bergantung dengan siapa saya jumpa. Saya boleh jadi dua-dua. Mungkin sebab kita tak kenal." beritahu aku selamba.
Jejaka itu ukir senyum. Kacaknya dia. Stop it Rose berhenti puji mamat ni boleh tak?.
Hish boleh tak?. Maksud aku jangan senyum macam tu boleh tak?.
"Do you really think that night was the first time we meet?". Tanya jejaka itu perlahan namun kedengaran jelas dipendengarannya.
Maksud dia?. Kami pernah jumpa sebelum ni?. Bila?. Ke aku yang tak ingat orang?. Tapi betul jugak aku ni ambik masa yang sangat lama untuk kenal dan ingat orang. Bukan sebab apa. Bagi aku tak semua orang aku perlu kenal dan fahami.
"Ya?. Lagipun saya susah nak ingat orang. Lagipun kita bukan kenal sangat pun kan?". Soalan itu dibiar tanpa jawapan. Ikut suka la nak jawab ke tak. Yang pasti memang aku tak kenal sangat seorang Tengku Harriz James. Walaupun aku cuba untuk ingat pun tak boleh sebab aku memang tak nak ingat apa-apa yang tak penting.
Keluhan dilepaskan. Pandangan dihalakan ke arah jalan selepas itu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.