“AKU terima nikahnya Aileen Syifa Binti Syarif dengan mas kahwin sebanyak seribu ringgit tunai.”
Dengan sekali lafaz, Aileen sah menjadi isteri kepada Hayl Ayash. Siapa sangka perkenalan mereka yang kurang daripada setahun membawa kepada sebuah ikatan perkahwinan.
Hubungan mereka bermula apabila Aileen mula bekerja di bawah syarikat J&J Holdings. Hayl juga bekerja di bawah bumbung yang sama sebagai pengurus sumber manusia. Di situlah titik permulaan hubungan mereka.
Aileen jatuh cinta pandang pertama pada Hayl. Siapa sangka Hayl juga menyimpan perasaan terhadapnya. Lepas je Hayl luahkan perasaannya pada Aileen dia terus melamar Aileen menjadi isterinya. Tidak mahu bercinta lama-lama katanya.
Sungguh Aileen jatuh cinta pada Hayl. Sikap lelaki itu membuatkan dia jatuh cinta berkali-kali pada lelaki itu. Hayl sangat memahaminya. Lelaki itu juga seorang yang penyabar. Tabah saja dia layan perangai Aileen yang kuat merajuk itu. Berkahwin dengan lelaki seperti Hayl adalah satu perkara yang cukup bermakna dalam hidup Aileen.
“Tahniah Leen.” Hani, kawan baiknya mengusap perlahan lengan Aileen. Matanya berkaca melihat Aileen kini sudah sah menjadi seorang isteri. Rasa macam tak percaya yang kawan baiknya itu sudah menjadi isteri orang. Rasa macam baru semalam mereka tamat menduduki SPM.
Usai mengaminkan doa, Hayl bangun daripada tempat duduknya lalu bergerak ke arah isteri yang baru saja dinikahinya itu.
“Assalammualaikum isteriku, Aileen Syifa.”
Bibir Aileen melengkung senyum saat suara garau itu menampar gegendang telinganya. Ya Allah macho betul! Kalau dia tak fikirkan dia berada di masjid sekarang ni dan tetamu tengah ramai, dah lama dia peluk Hayl. Ya Allah Aileen! Jangan buat hal. Kena hempuk dengan ibu nanti baru tahu.
“Waalaikumsalam,” jawab Aileen malu-malu. Eh, betul ke malu ni?
Huluran tangan Hayl disambut. Tangan lelaki itu dikucup lama. Serentak dengan itu Hayl tundukkan kepala mengucap dahinya.
“Sayang cantik sangat hari ni.” Sempat lagi Hayl berbisik perlahan di telinganya.
Bila kena puji dengan suami sendiri, kembang semangkuk dibuatnya. Automatik senyum sampai ke telinga. Aileen... Aileen...
***
SELEPAS majlis akad nikah di masjid selepas asar tadi, mereka terus pulang ke rumah kembali. Banyak kerja sedang menanti. Ini kerana majlis perkahwinannya akan diadakan pada esok hari.
Jadi selepas je majlis akad nikah tadi, mereka semua sudah mula sibuk menyiapkan apa yang patut. Jiran-jiran dan saudara mara mula memenuhi teratak keluarga Aileen. Beginilah kenduri di kampung. Rewang beramai-ramai. Saling membantu dengan ikhlas.
Zaman sekarang mungkin tak ramai yang memilih untuk masak sendiri. Maklumlah sekarang ni semuanya di hujung jari. Tempah saja katering. Tak pening kepala dah nak uruskan semuanya. Tapi dengan adanya rewang, dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai begini. Waktu inilah nak berjumpa dengan saudara-mara yang sudah lama tidak bertemu.
Aileen tersenyum-senyum sendiri sambil merenung telefon bimbitnya. Melihat gambar pernikahan mereka. Rasa macam tak percaya yang sekarang ni dia dah bergelar isteri kepada Hayl.
Sedang dia leka melihat gambar-gambar pernikahannya tadi, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Tertera nama Hayl di skrin telefonnya.
“Hayl!” panggil Aileen teruja. Lepas je akad nikah tadi, Hayl ikut keluarganya pulang ke homestay. Tak sempat mereka nak berjumpa lagi.
“Hai sayang... Buat apa tu?” soal Hayl di hujung talian.
“Leen tengah tengok gambar waktu akad nikah tadi. Hayl tengah buat apa tu?”
YOU ARE READING
Jika Harus Begitu
Romance"I still love her." Hati isteri mana yang tak terluka apabila ayat itu keluar daripada bibir sang suami di malam pernikahan mereka. Namun Aileen tak mengalah. Sedaya upaya dia cuba membuat Hayl jatuh cinta padanya dan melupakan cinta lamanya. Namun...